Dato' Hairuddin yang sedari tadi memerhatikan merpati dua sejoli itu menguntum senyuman nipis di bibir. Seorang sedang duduk bersimpuh di atas pangkin sambil memasukkan telur rebus ke dalam sarangnya pada bunga telur yang menjadi adad buah tangan kepada tetamu yang hadir ke mana - mana majlis perkahwinan kaum melayu. Manakala yang seorang lagi sedang berdiri asyik mengusik si gadis. Ada sahaja telatah lelaki tersebut untuk mengusik anak gadisnya itu. Kadang - kadang sampai terjerit Intan Natasha memarahi lelaki itu. Dato' Hairuddin tergeleng - geleng kepalanya melihat kedua - dua manusia tersebut. Kemudian dia juga turut menguntum senyuman bahagia.
" Besar dah anak papa. " Ujarnya perlahan namun dapat didengari oleh seseorang. Kemudian dia mengeluh kecil." Tasha tu dah besar. Elok dah kalau kamu kahwinkan dia je. " Dato' Hairuddin memanggung muka untuk menghadap wajah tua ibunya itu setelah bahu kanannya ditepuk perlahan oleh tangan tua tersebut. Selepas itu, dia kembali menguntum senyuman manis kepada ibunya.
" Rasanya macam tu lah. Lagipun lelaki tu saya tengok okay je. " Luah Dato' Hairuddin mengenai Adam Hafeizul. Sejak pertama kali dia melihat wajah lelaki yang temankan anaknya pulang ke sini semalam. Hatinya terus menjadi sejuk. Mungkin kerana Adam seorang pendidik dan mempunyai aura yang positif yang mampu mempositifkan minda sesiapa sahaja. Lain kata, dia berkenanlah dengan Adam untuk jadi calon menantu dia. Ahaks!
" Ibu pun tengok dia baik je. Sopan santun, ada budi bahasa. Tengok tu, dia layan cucu ibu elok je. " Luah wanita tua yang dipanggil maktok itu. Orang kata, orang tua - tua selalunya sudah makan garam terlebih dahulu sebelum kita. Begitu juga maktok, wanita itu mempunyai banyak pengalaman untuk membaca air muka seseorang. Bak kata pepatah, sekilas air di sungai sudah tahu jantan atau betina . Eh betul ke? Ahaks!
" Ibu tahu, nak lepaskan anak ni susah rasanya. Tambah - tambah lagi kalau anak perempuan. " Ujarnya lagi setelah Dato' Hairuddin hanya mendiamkan diri. Dia tahu, anaknya itu susah untuk menerima hakikat bahawa Intan Natasha sudah pun menginjak usia dewasa. Tambah - tambah lagi Natasha sudah mempunyai kawan lelaki yang rapat macam itu. Ayah mana yang tak sedih kalau nak melepaskan seorang anak perempuan yang dijaga dari sebesar biji sawi kepada seorang lelaki untuk dijadikan suaminya?
" Saya macam tak percaya Tasha dah besar sekarang. " Sukar untuk jiwa kebapaannya mengatakan yang gadis itu sudah besar. Di mindanya sudah terbayangkan macam mana gadis itu menangis teresak - esak kerana jatuh dari basikal suatu ketika dahulu dan bagaimana gadis itu yang baru mula menyebut perkataan ' papa ' . Tetapi gadis yang berada pada pandangannya itu sudah cukup dewasa untuk melakukan semua hal yang berada di dalam fikirannya saat itu.
" Ibu lahirkan Hairuddin dulu kecil je. Tengok sekarang dah besar panjang. Berjaya lagi macam adik beradik yang lain. Dah ada keluarga sendiri. Ibu pun sama jugak macam Hairuddin dulu, susah nak percaya yang ibu bakal melepaskan seorang anak lelaki itu jaga anak orang lain. " Ujar wanita itu setelah lama mendiamkan diri. Kata - katanya disambung lagi setelah dia berhenti seketika untuk memberikan ruang kepada anaknya itu mentafsir maksudnya.
" Tapi semua itu permainan kata. Sekali kita lepaskan orang yang kita sayang, beribu kasih sayang yang kita bakal dapat. Buktinya, ibu ada ramai cucu sekarang. Cicit pun tak lama lagi keluar lah. " Wanita itu mengukirkan satu senyuman kebahagian bila terkenangkan yang dia mempunyai sebuah keluarga yang besar. Itulah pasal kenapa semalam Natasha dengan Adam susah sangat nak cari parking dekat halaman rumahnya itu. Dah semua anak dan cucu balik dengan kereta - kereta mereka. Memang penuh lah kawasan itu dengan kereta.
Dato' Hairuddin memandang wajah ibunya itu sambil tersenyum nipis. Kata - kata ibunya tadi sedikit sebanyak dapat menenangkan hatinya yang sudah gundah - gelana itu. Terdetik di dalam hati perasaan bangga terhadap wanita itu. Wanita kelahiran Kelantan itu pandai memberikan nasihat kepada sesiapa pun. Tambah lagi wanita itu boleh berbicara dalam pelbagai loghat. Contohnya tadi, wanita itu menasihatinya dengan menggunakan loghat yang dirinya selalu gunakan. Tidak menggunakan loghat Kelantannya memandangkan Dato' Hairuddin sudah meninggalkan loghat tersebut sudah hampir berabad.
Daun kering yang bertaburan berdekatan dengan pangkin kayu tersebut di ambil dan diperhatikan bentuk daun yang berwarna perang itu. Sesekali gadis yang berada di atas pangkin itu diperhatikan dengan senyuman nakal.
" Awak... " Panggilnya kepada Intan Natasha meleret. Natasha sudah mendengus kasar. Manakala Adam Hafeizul hanya menyembunyikan senyumnya apabila wajah gadis itu sudah bertukar menjadi masam setelah dikacaunya berkali - kali.
" Awak nak apa lagi? Jangan lah kacau saya buat kerja! " Bentah Intan Natasha ketika namanya sekali lagi dipanggil oleh lelaki itu. Matanya sudah menjeling Adam Hafeizul yang berdiri dekat dengan dirinya.
" Amboi garangnya. " Usiknya ketika Natasha menjelingnya tajam. Natasha sudah memutarkan bola matanya ke atas dan kembali menyambung kerjanya yang sedang memasukkan telur rebus ke dalam sarangnya.
" Tengok lah saya kejap. " Rayu Adam Hafeizul setelah Natasha tidak mengendahkannya disitu yang tergedik - gedik ingin mengusik gadis itu.
" Buat apa nak tengok muka awak yang macam tu? " Ujar Intan Natasha senada. Malas nak layan lelaki kuat mengusik itu. Sekali lagi matanya dipusingkan ke atas.
" Awak boleh nampak masa depan kita lah. " Balasnya selamba sambil menayangkan sengihnya yang nakal. Natasha yang mendengar pick up line daripada Adam ketawa kecil.
" Awak ingat awak sweet ke? " Tanya Natasha kepada Adam seraya menganggkat muka untuk memandang wajah ' masa depan ' nya itu. Ketika dia menggangkat mukanya itu, cepat sahaja tangan Adam mencuit hidung mancung gadis itu dengan menggunakan daun kering tersebut.
" Adam! " Terjerit Natasha setelah diperlakukan seperti itu. Kalau tadi tudungnya yang menjadi mangsa usikan Adam. Sekarang hidungnya pula. Rimasnya!
" Ye sayang abang. Kenapa panggil abang? " Usiknya lagi setelah melabuhkan punggunggnya di sebelah gadis itu. Kaum adam yang lain sibuk angkat kerusi dan meja memandangkan esok sudah berlangsungkan majlis tersebut. Yang Adam ini, sibuk mengusiknya.
" Jangan nak gatal eh? Menyampah lah. " Sebiji telur rebus sudah dilemparkan kepada Adam Hafeizul akibat geramnya terhadap lelaki itu. Mujur sahaja telur itu dapat disambut kemas oleh lelaki itu sambil ketawa.
" Garang sangat lah Natasha saya hari ni. " Balasnya sambil merenung langit. Wajah Natasha yang sibuk melakukan kerjanya dikilas sekali. Marah - marah pun tetap cantik. Pujinya ikhlas di dalam hati.
" Habis itu nak ikut tergedik - gedik macam awak lah? " balas Intan Natasha pula kepada lelaki itu. Bekas cikgunya ini makin hari makin banyak mulut untuk mengusiknya. Sampai kadang - kadang tu rasa nak baling lelaki itu pun ada. Hailah hati! Sabarlah.
" Boleh jugak. Cuba usik saya pulak. " Cabar lelaki itu sambil menggangkat - angkat sebelah keningnya. Bibirnya sudah tersungging senyuman sinis. Intan Natasha terdiam seketika untuk memikirkan ayat untuk mengusik lelaki itu pula .
" Cikgu! Jom kahwin. " Ucapnya sambil ketawa. Adam Hafeizul yang mendengar juga turut ketawa. Wajah yang tadinya sudah merah kerana geram dengan usikan lelaki itu bertambah merah dengan usikannya terhadap lelaki itu. Senang kata usikkan tersebut bukan seratus peratus dapat mengusik Adam Hafeizul. Tetapi turut sama mengusik dirinya sehingga dia berasa malu dengan usikkannya sendiri.
YOU ARE READING
Cikgu ! Jom Kahwin
RomanceAdam Hafeizul seorang guru praktikal yang ditugaskan untuk menjadi guru di SMK Semarak selama hampir 3 bulan sahaja . Namun begitu , beliau mempunyai suatu misi untuk mengenali seorang gadis , Intan Natasha yang begitu asing baginya . Maka bermula...