Bab 43

9.7K 208 40
                                    

Kedengaran suara riuh - rendah sanak - saudara di ruangan dapur rumah agam Tok Wan yang berunsurkan kayu tersebut. Kakinya teragak - agak mahu melangkah ke sana ataupun tidak dek kerana dia terlewat bangun. Setelah agak lama berfikir seorang diri, akhirnya Intan Natasha melangkah juga ke arah dapur.

" Ha.. Itu pun pengantin kita. " Ujar salah seorang ibu saudaranya dengan ceria. Natasha menghembuskan nafas leganya. Ingatkan kena marah. Yelah pengantin baru bangun lambat kan?

" Ni apa tercegat lagi dekat situ? Meh sini duduk makan. " Ajaknya lagi. Semua saudara suaminya itu sudah tersenyum kepadanya. Dia juga turut membalas senyuman tersebut dan mula melabuhkan punggung di atas kerusi meja makan yang cukup besar itu.

" Papa dengan mama mana? " Tanya Natasha kepada mereka semua setelah matanya melilau mencari kelibat ibu dan ayah mentuanya tetapi tiada di situ.

" Yusuf dengan Norimah dah balik KL awal pagi tadi. Katanya ada meeting mengejut. " Soalannya dibalas oleh seorang wanita tua yang sudah melabuhkan punggungnya di kerusi yang bertentangan dengannya. Tok Wan menghadiahkan senyuman manis kepada orang baru dalam keluarganya itu.

" Tok Wan, Tasha minta maaf terlewat bangun dan tak sempat nak tolong apa - apa pun. " Natasha memohon maaf kepada wanita itu dengan penuh bersalah.

" Ish tak ada lah! Ini semua pun Adam dengan Haikal yang beli dekat pasar pagi tadi. "

" Kalau Tasha nak tahu, diaorang semua ni pun bangun lewat jugak! " Tambah Tok Wan lagi. Kata - katanya telah mengundang ketawa semua sanak - saudaranya di situ.

" Macam mana tidur semalam? Ada nyamuk gigit tak? " Soal Adriana Helena pula. Dia sudah tersungging senyuman nakal. Natasha hanya mengecilkan matanya kepada adik iparnya itu setelah mindanya terimbas kepada sepasang blouse yang cukup seksi tersebut. Adriana pula sudah mengilai ketawa melihat wajah Natasha yang sudah berubah menjadi merah.

" Ish! apa Ad ni usik Tasha macam tu? " Tegur Tok Wan kepada cucunya itu. Ada sahaja yang nak diusiknya kepada pengantin baru tersebut. Setelah lama mereka mendiamkan diri. Akhirnya Natasha mengeluarkan suaranya.

" Ad, Adam mana? Dia tak makan sekali? " Soal Natasha. Namun soalannya tidak dibalas oleh Adriana . Tetapi Tok Wan yang membalasnya.

" Jangan tanya dia. Dia bukan tahu apa pun. " Kata - kata Tok Wan telah mengundang lagi ketawa saudaranya disitu.

" Adam dekat luar. Susun apa yang patut dekat luar. Tasha pergi lah tengok. " Tambahnya lagi. Natasha hanya menganggukkan kepalanya dan segera mengangkat punggungnya daripada kerusi itu dan melangkah ke arah pintu rumah tersebut.

Natasha berjalan menuju ke arah Adam Hafeizul yang leka menyusun kerusi di bawah khemah. Natasha menyentuh lembut lengan suaminya itu

" Abang.. " Panggilnya meleret. Adam yang mendengar dirinya dipanggil oleh seseorang yang sangat dia kenali itu menoleh dan tersenyum manis kepada Natasha.

" Hey! Buat apa dekat sini? " Soal Adam kepada Intan Natasha sambil berdiri menghadapnya. Natasha yang berpakaian santai itu dipandang dengan senyuman. Pakai T-shirt biasa dengan seluar track dan shawl yang dililit ala kadar sahaja pun sudah tampak cantik. Gadis itu memang cantik semula jadi!

" Cari separuh lagi hati Tasha lah. " Adam Hafeizul sudah ketawa apabila mendengar pick up line daripada isterinya itu.

" Dah pandai ye? " Hidungnya sudah pun dicuit lembut oleh lelaki itu. Natasha juga hanya ketawa kecil  apabila hidungnya dicuit oleh Adam.

" Ehem - ehem. " Kedengaran suara - suara garau yang berdeham kepada mereka. Adriz dan Haikal sudah pun berjalan ke arah mereka dengan sengihan nakal. Lagi nakal daripada sengihan Adam yang dia selalu buat.

Cikgu ! Jom KahwinWhere stories live. Discover now