Bab 40

6.6K 241 40
                                    


Cincin perak bertakhtakan berlian itu dipandang lama. Satu senyuman bahagia dilakar di sebalik bibir nipis gadisnya. Tiba - tiba telefon bimbitnya bergetar menandakan suatu mesej pesanan ringkas baru sahaja dihantar kepadanya. Segera tangannya mencapai telefon tersebut yang berada di atas meja solek.

Setelah membaca pesanan tersebut, sekali lagi bibirnya menguntumkan sebuah senyuman manis.

" Assalammualaikum bakal isteriku. "

Kemudian ligat sahaja jarinya menari di atas papan kekunci telefon bimbit tersebut.

" Waalaikummussalam future husband. " Butang hantar ditekan dan dia mengangkat kembali wajahnya untuk melihat dirinya yang sudah disolek cantik melalui pantulan cermin meja solek.

Baju kurung moden berwarna putih yang dihiasi dengan pelbagai jenis mutiara dan labuci dipandang melalui pantulan cermin. Cantik. Pujinya terhadap diri sendiri. Tema dan warna majlis akad nikah yang batal berlangsung sebentar lagi semuanya dipilih oleh lelaki itu. Manakala dia hanya mengangguk setuju dan menggeleng membantah. Itu sahaja yang dia lakukan kerana hatinya benar - benar terasa bahagia disamping Adam Hafeizul sehinggakan tidak boleh mengeluarkan sebutir pun kata dari mulutnya.

Belum sampai dua minit merenung diri di dalam cermin, sekali lagi telefon bimbitnya bergetar.

" Saya dah nak sampai ni. Awak dah siap? "

Jantungnya terasa bagaikan terhenti untuk seketika. Adam Hafeizul akan sampai ke rumahnya sebentar lagi. Ini bermakna dia akan menjadi isteri yang sah buat lelaki itu juga sebentar lagi memandangkan semua persiapan sudah dilakukan dengan sempurna. Begitu juga dengan tok kadi berserta wali iaitu ayah kandungannya sudah bersedia menunggu mereka di tingkat dua rumah agam itu.

" Saya tunggu awak. " Cepat sahaja jarinya menaip dan menekan butang hantar. Selepas itu sekali lagi dia merenung dirinya di dalam cermin.

" Aku okay tak ni? " Soalnya kepada sepupu - sepupu perempuannya yang setia menanti dirinya di dalam bilik pengantin tersebut. Terbit rasa risau jika penampilan dirinya tidak cantik di mata lelaki itu. Mana tahu dengan cara tiba - tiba lelaki itu mampu membatalkan majlis tersebut hanya kerana dirinya tidak secantik pengantin perempuan yang lain. Fikiran negatif tersebut berlayar di dalam mindanya.

" The most beautiful bride that I've seen. " Balas salah seorang daripada mereka. Manakala sepupunya yang lain pula hanya mengangguk setuju sambil tersenyum manis. Betul, kalau mereka yang perempuan pun memuji gadis itu cantik. Masakan Adam tidak akan terpaut dengan wajah gadis itu nanti?

" Abang Adam takkan tinggal akak punya lah. Ain pasti. " Tambah seorang lagi sepupunya. Kata - katanya sang sepupu dapat mengundang ketawa daripada sepupu - sepupu yang lain. Begitu juga dirinya. Macam kena je dengan apa yang dia tengah fikirkan selama ini. Ahaks!

Satu ketukkan pintu mengganggu para gadis di dalam bilik tersebut daripada meneruskan lagi acara tidak rasmi mereka iaitu ' selfie with the bride ' yang tengah dijalankan itu. Terjengul seraut wajah Datin Suryana bersama adik tiri gadis itu di muka pintu.

" Okay Tasha dah ready? Your handsome future husband dah sampai. " Ujar wanita tersebut sambil tersenyum bahagia. Bahagia kerana gadis itu sudah pun dapat menerima kehadirannya di dalam keluarga mereka dan juga bahagia kerana gadis itu bakal menjadi isteri kepada seseorang. Alahai, siapa je yang tak bahagia kalau anak nak kahwin?

" Akak cepatlah turun. Abang Adam dah sampai tu. " Tambah si kecil Intan Nasuha itu pula. Natasha yang tadinya sudah sedikit tenteram hatinya kembali bergetar seluruh badan. Macam tak sangka je dia akan menamatkan zaman bujangnya macam ini sahaja.

" Yang lain pun kena ready jugak iring Tasha turun. Dah cepat! " Arah Datin Suryana lagi. Kemudian, semua sepupunya sudah bersedia untuk mengiringinya turun ke tingkat dua di mana dia akan dinikahkan di ruang luas tersebut.

Cikgu ! Jom KahwinWhere stories live. Discover now