Bab 17

6.5K 227 6
                                    

" Cikgu Adam ! "

" Natasha ! "

" Susah lah kalau macam ni cikgu . " Ucap seorang pelajar yang sudah dibasahi peluh mencari Intan Natasha dan Adam Hafeizul .

" Kalau macam tu kita bahagikan kumpulan . " Cadang cikgu Rashid .

" Danial , sini kejap . " Panggil cikgu Rashid .

" Awak pilih 6 orang untuk ikut awak cari diaorang . Yang selebihnya ikut saya . " Arah cikgu Rashid apabila Danial sudah sampai di hadapannya .

" Baik cikgu . "

" Kumpulan Danial cari dekat arah sana . Yang lain kita cari dekat sini . "

" Baik cikgu ! " Jerit semua pelajar di situ .

" Natasha , bangun lah . " Kejut Adam sambil menyucuk - nyucuk bahu Intan Natasha dengan ranting kayu . Muka Natasha berkedut - kedut menepis ranting kayu tersebut .

" Kau nak apa ha ?! " Jerkah Natasha dan terus berdiri bercekak pinggang di hadapan Adam Hafeizul .

Adam terkejut dengan reaksi Natasha ikut berdiri sama . Adam menatap wajah Natasha yang baru tidur . Tanpa sebarang makeup dan hanya berasaskan kecantikkan semula jadi . Cantik .

" Saya cuma kejut awak bangun tidur je . " Terang Adam dengan tenang . Takut Natasha mengamuk lagi .

" Dalam dunia ni ada tiga benda ja yang aku tak suka . Yang pertama penipu . Yang kedua ganggu kebahagian aku . Dan yang ketiga ganggu tidur aku . "

" Kau dah ganggu tidur aku ! " Natasha mendegus kasar . Cikgu praktikal mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris ni bukan sahaja tak cukup mental . Malahan suka kacau orang tidur .

" Baru saya perasan , kalau awak marah sama macam seseorang . "

" Macam siapa ? "

" Hulk . "

" Adam ! " Adam sudah tutup telinga dengan kedua - dua belah tapak tangannya . Tak sanggup rasanya ingin menjadi pekak dalam usia sebegitu muda .

" Cuba dengar . " Tiba - tiba sahaja Adam terdengar sesuatu . Adam berjalan kearah bunyi tersebut . Begitu jugak Natasha . Natasha hanya mengikuti langkah Adam dari belakang .

" Bunyi apa ? " Tanya Natasha kebingungan . Dia tak dengar apa - apa pun dari tadi . Bunyi apa yang Adam maksudkan ?

" Suara tu . . " Belum sempat Adam menghabiskan kata - katanya . Natasha cepat sahaja memotong .

" Suara diaorang ! " Jerit Natasha sekuat hati . " Wey korang ! Kami dekat sini ! "

" Kami dekat sini ! " Laung Adam sekali membantu Natasha . Suara yang memanggil - manggil nama mereka kini semakin lama semakin kuat .

Semakin kuat kedengaran suara mereka semua semakin berdebar Adam Hafeizul ketika itu . Adakah ini kali terakhir dia akan bersama Intan Natasha seperti ini ? Pelbagai soalan meniti di mindanya ketika ini .

" Tasha . . "

" Kau nak apa lagi ha ? " Tanya Natasha sambil memanggung muka menghadap Adam Hafeizul . Jika semalam dia membebel kepadanya . Harini ? Nak bebel lagi ? Huh .

" Selamat tinggal . " Ketika itu pasukan keselamatan bersama - sama pelajar dan guru yang terlibat sudah pun sampai di mana tempat mereka berada . Adam terus dikelilingi dengan pelajar - pelajar yang lain . Begitu juga dengan Natasha .

Intan Natasha baring di atas katilnya , merehatkan tubuhnya setelah balik dari perkhemahan tersebut . Kejadian yang menimpa dirinya tempoh hari amat sukar untuk ditafsirkan . Matanya tenang merenung awan melalui bumbung yang sengaja dikacakan itu . Masih jelas lagi kenangan bagaimana dia meminta papanya untuk membuat bumbung kaca tersebut . Ketika dia berusia 7 tahun , Natasha amat menggemari bintang dan bulan . Katanya dahulu , mamanya cantik seperti bulan purnama . Dan papanya pula banyak memberikannya barang permainan seperti jutaan bintang di angkasa . Oleh itu , dia berusaha memujuk papanya untuk memberikannya sebuah bilik yang berbumbung kaca supaya dia boleh melihat bintang dan bulan setiap malam .

" Selamat tinggal . " Natasha mengulangi setiap perkataan terakhir yang diucapkan oleh Adam Hafeizul . Dahinya sudah berkerut seribu memikirkan maksud tersirat ucapan selamat tinggal tersebut .

" Dia dah nak pergi ke ? " Tanya Natasha pada dirinya . Ketika itu , dirinya bingkas bangun dan mencapai helaian (?) kalendar .

Ditenung kalendar itu dalam - dalam . Dari bulan awal April sehingga penghujung bulan April ditenung satu - satu dengan teliti .

" Takkan lah dia nak pergi dah . " Tanya Natasha sekali lagi . Haritu Adam datang ke sekolahnya pada 4 April . Dan sekarang baru 23 April . Belum cukup tiga bulan . Maknanya Adam Hafeizul tidak akan pergi lagi .

Secara tiba - tiba Intan Natasha menggeleng - gelengkan kepalanya beberapa kali . Dahinya turut ditepuk berkali - kali . Kenapa tiba - tiba dia boleh fikirkan tentang cikgu praktikal sekolahnya itu ? Natasha terus meletakkan semula kalendar tersebut di atas meja sisi sebelah katilnya . Dia kembali ke posisi asalnya iaitu baring sambil menghadap langit . Nasibnya baik kerana cuaca menyebelahinya ketika itu . Dengan cuaca yang agak mendung itu , tidaklah matanya silau ketika merenung langit .

Tiba - tiba kotak fikirannya mengingatkannya semula kepada kata - kata Adam Hafeizul .

" Tapi awak lain . Saya tahu Natasha di sebelah saya ni bukan Natasha yang sebenar . Cuba jadi diri awak yang sebenarnya . Diri awak yang dulu . Mungkin saya masih baru dalam selok - belok SMK Semarak . Tapi , saya pasti awak bukan awak yang sebenarnya . Awak budak baik Tasha . Kenapa awak perlu hitamkan masa depan awak dengan cara yang macam ni ? "

Pada waktu itu , sebenarnya dia bukannya tidur pun , dia cuma berpura - pura tidur untuk menenang hati yang sedang hebat bergelora . Setiap butir perkataan yang keluar dari mulut Adam Hafeizul ketika itu semuanya dia dengar . Tiada satu pun yang dia terlepas dengar .

" Adam , kenapa ? " Sekali lagi Natasha menyoal kepada dirinya sendiri sambil menutup muka menggunakan bantal .

" Adam ! Aku suka kau ! " Jerit Intan Natasha sekuat hati sambil menekup (?) mukanya dengan bantal . Ya memang betul , dia sudah mula sukakan Adam Hafeizul , guru praktikal sekolahnya itu . Perempuan mungkin boleh berpura - pura dengan tindakan , tetapi perempuan tidak mungkin boleh berpura - pura dengan perasaan . Korang faham tak apa yang hakak cuba sampaikan ?

Perasaan suka mula terbit di dalam hatinya sewaktu dia bersama - sama Adam Hafeizul ketika sesat tempoh hari . Semuanya bermula kerana kem tersebut dan semuanya berakhir dengan hasil pencarian pasukan penyelamat bersama rakan - rakannya yang lain .

Ketika Intan Natasha meluahkan peraasan sukanya terhadap guru muda tersebut melalui jeritan di dalam bantal , terbit satu lagi perasaan di dalam hatinya . Kekecewaan . Tiba - tiba otaknya tidak memberi kerjasama dengannya hari ini . Otaknya telah memikirkan sesuatu yang mungkin bakal terjadi kepadanya kelak .

Adakah Adam Hafeizul akan menerima dirinya seadanya ? Tidak mungkin untuk Adam menerimanya . Dialah satu - satunya pelajar yang paling biadap dengan guru itu . Adam Seorang guru , dan dia hanyalah seorang pelajar yang banyak mempunya rekod malasah disiplin . Mungkinkah Intan Natasha akan kecewa sekali lagi pada suatu hari nanti jika dia mengetahui segala - galanya . Perbezaan umur juga menjadi bisikan akalnya kepada dirinya . Mana mungkin Adam Hafeizul akan bersama dengannya yang jauh lebih muda darinya . Semua andaian yang berunsur negatif berlegar - legar di benak fikirannya . Sehingga dia berasa kepalanya terlalu berat untuk memikirkan semua itu . Sehingga matanya terpejam di buai mimpi pada siang hari .




Rasa macam tak logikkan ? Saya yang buat ni pun rasa macam tak logik pulak . Tapi aku dah buat , so korang baca ja lah . Dah macam senggal je aku ni . Kejap saya - awak , kejap aku - kau . HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA !

Next chapter Adam akan start mulakan ' misi ' . Sapa yang baca sinopsis mesti tau misi apa . Sapa yang tak baca silalah baca . Hehe .

Ps : Kalau jumpak typo ke , ayat terbalik ke apa ke . Tolong betulkan sendiri . Sebab aku ni tak baca balik apa yang aku tulis . Ahaks .




See you next week !

Cikgu ! Jom KahwinWhere stories live. Discover now