" Are you sure? " Tanya Faris Hilton kepada Intan Natasha setelah dia melabuhkan punggungnya di atas katil milik Natasha.
" One hundred percent I'm sure. " Balas Natasha dengan tenang sambil tangannya lincah memasukkan beberapa helai baju ke dalam bagasinya.
" Macam mana dengan Grand Kie nanti ? " Soalnya lagi setelah dia nampak betapa yakinnya gadis itu dengan keputusannya kali ini.
" Apa yang akan jadi pada Grand Kie nanti? " Intan Natasha memberhentikan kerjanya sebentar tadi dan kini telah memberikan tumpuan yang penuh kepada lelaki yang berada di hadapannya ketika ini.
" Tasha tak kesian ke dekat Grand Kie kalau Tasha balik Malaysia ? " Ujar Faris Hilton sambil merenung ke dalam anak mata gadis itu. Dia telah menyampaikan isyarat mata kepada gadis itu namun gagal kerana gadis itu tetap dengan keputusannya. Keputusannya untuk pulang ke tanah air." Abang kan ada ? Lagipun nanti bila Tasha free, Tasha datang lah sini jenguk Grand Kie. " Balasnya lembut. Bukan dia tidak risaukan Grand Kie jika dia balik Malaysia. Tetapi di sini, Grand Kie masih lagi mempunyai ahli keluarga yang mampu menjaganya dengan baik.
" Macam mana dengan abang nanti? "
" Abang Faris dah besar kan? " Natasha melepaskan ketawa kecil di akhir katanya. Dah besar panjang pun masih nak aku risaukan dia?
" Bukan macam tu.. Malaysia dengan England kan jauh . Tasha tak rindu kitaorang ka nanti? "
" Abang Faris tak boleh lah macam ni. Tasha mesti balik Malaysia jugak. " Intan Natasha merenung ke dalam mata lelaki itu untuk mencari nilai kepercayaan lelaki tersebut terhadap dirinya. Tetapi apa yang dia dapat hanyalah nilai kerisauan lelaki itu terhadap dirinya. Bukan lagi nilai kepercayaan.
" Abang risaukan Tasha. Macam mana kalau Tasha jadi macam dulu balik ? " Diwajah lelaki itu jelas terpancar wajah kerisauannya terhadap sepupunya itu. Dia tahu, bukan mudah untuk gadis itu mencari dirinya kembali setelah apa yang dilaluinya pada masa lampau.
" Tasha dah jadi Intan Natasha yang dulu lah . Semua ni sebab Abang Faris, sebab Grand Kie yang tolong Tasha. " Hanya senyuman manis yang meniti dibibirnya ketika ini. Tipulah kalau dia tidak berasa berat hati untuk meninggalkan bumi England yang banyak mengubah dirinya ini. Jujur dia katakan. Dia lebih menyukai bumi ini daripada bumi Malaysia yang banyak memberikan kenangan pahit kepadanya.
" Tasha janji, kalau Tasha rindukan abang dengan Grand Kie. Tasha datang ke sini semula. " Tambahnya lagi untuk memberikan kepercayaan kepada lelaki tersebut. Dia tahu Faris Hilton tidak senang dengan keputusannya untuk pulang ke Malaysia tambah - tambah lagi lelaki itu sendiri melihat bertapa seksanya dia untuk mencari dirinya semula selepas apa yang berlaku.
" Tasha kena segera datang sini kalau rindukan kitaorang. Okay? " Faris Hilton terpaksa memaniskan semula wajahnya dengan senyuman manis yang sengaja direkanya. Dalam hatinya dia masih risaukan keadaan gadis ini jika dia pulang ke Malaysia. Tetapi, gadis ini sendiri yang sudah yakin dengan keputusannya. Dia hanya perlu mendoakan yang terbaik sahaja untuk sepupunya itu.
" Mestilah. " Ujar Natasha sambil ketawa kecil apabila kepalanya yang dilapit tudung jenama Adam's itu diusap lembut oleh Faris Hilton.
" Pukul berapa penerbangan Tasha? " Tanya Faris Hilton kepada Intan Natasha setelah hampir dua minit mereka masing - masing mendiamkan diri.
" Lagi setengah jam. " Balasnya tanpa melihat wajah lelaki disebelahnya tersebut sambil tangannya kalut mencampakkan beberapa lagi barangan peribadinya yang terakhir ke dalam bagasi yang kedua. Kemudian, dengan segera dia menzipkan bagasi - bagasi tersebut dengan cepat kerana hanya tinggal lagi 30 minit untuknya terbang kembali ke Malaysia.
YOU ARE READING
Cikgu ! Jom Kahwin
RomanceAdam Hafeizul seorang guru praktikal yang ditugaskan untuk menjadi guru di SMK Semarak selama hampir 3 bulan sahaja . Namun begitu , beliau mempunyai suatu misi untuk mengenali seorang gadis , Intan Natasha yang begitu asing baginya . Maka bermula...