MGMB : Part 18

5K 270 5
                                    

Aku mengeringkan rambutku menggunakan hair dryer kemudian rambut yang sudah kering itu aku sisir rapi.Namun perbuatan yang aku buat tu sia-sia sebab aku pergi ikat style 'messy bun' .Tahu,sia-sia tapi dah terbiasa.

Aku meletakkan kembali sikat di atas meja solek.Tank top bercorak Zebra aku betulkan sedikit.Takut nampak benda tak sepatutnya.Even tak ada orang, dah terbiasa.Cuma tulah,tak biasa pakai tudung.

Srkk.srkk.

Bunyi seluar track suit berbunyi.Haih bising betullah.Aku menggapai telefonku aku buka untuk melihat notification.Namun hampa,tak masuk apa-apa.Disebabkan bosan melanda aku pergi cari Wassim.

Lagipun kan,watak Wassim Law macam tak menyerlah sangat en?Dahlah budak ni comel! Pipi dia tu.fuh!Siapa tengok serious nak cubit je .

"Wassim! Ssim! Ssim kat mana sayang?"Aku melaung.Tiada sahutan.Mana pergi adik kesayangan aku ni?Takkan ikut babah kot?Babah pergi ke overseas 3 bulan dekat Paris.So,ke manakah perginya Wassim?

Takkan hilang?Yelah budak comel selau kena culik.Eh culik? Ah tak mungkin! Aku merepek apa sampai masuk bab culik bagai ni?

"Hihihi"Aku terdengar bunyi ketawa .Ya,aku yakin itu milik Wassim.Pintu kayu bercorak kartun aku tolak dan terserlah jasad Wassim Law yang sedang ketawa terkekek-kekek menonton Upin & Ipin di atas katil berbentuk kereta sport.Budak.

"Wassim! Kenapa kak Naa panggil tak jawab haa?Nak kena ni"Kataku lalu terus aku menggeletek dia.Apa lagi makin kuat dia ketawa.Setelah aku rasa dia penat ketawa baru aku berhenti menggeletek pinggangnya.Semput karang aku yang susah.

"Wassim tengok apa ni?"Soalku walaupun aku sudah tahu.Tak salah bermesra dengan kanak-kanak yang comel seperti Wassim agagaga.

"Ipin Ipin"Jawab Wassim pelat.Sekali lagi tawaku meletus Ipin ipin?Maksudnya bagi Wassim hanya Ipin yang wujud dalam cerita tu?Aku menggelengkan kepala dan tersenyum simpul.

"J.U.S jus! Jus oren!Aku punya aku punya!"

"Apa tu aku nak tengok"

"Alah kau dah dapat ayam goreng dah lah!"
"Ish ! Kedekut betullah!"

Aku terdengar beberapa dialog pergaduhan Upin Ipin semasa membaca buku ABC.Aku ingat lagi masa tadika cikgu tanya pasal episod ni.Semua kawan aku tahu.Aku sorang je tak tahu.Sejak tu aku tak pernah miss Upin Ipin sampai aku masuk darjah satu.Tapi paling tak gunanya cikgu dah tak tanya dah pasal upin ipin macam ergh! Sabar jelah waktu tu ( this is true betul2 jadi sadis betul waktu tu)

Aku membuka telefon semula.Biar betul takde notification?Aku menenakan button setting dan secara tiba-tiba aku rasa nak hantuk kepala aku dekat dinding.Guess what?Aku tak buka data.Rasa macam nak berdiri sambil tepuk tangan -.-

Aku membuka data dan dush dush dush dush berduyun-duyun notification masuk.Kebanyakannya dari wechat,whatsaap, dan instagram.Dah memang itu je yang aku selalu buka pun.

Aku menekan ikon whatsapp.Ada mesej dari Qhas Emyra dan Dark Horse Squad.Nantilah aku buka Dark Horse Squad tu paling-paling pun diorang ajak lepak.Ni Qhas,tak pernah dia mesej aku tiba-tiba dia mesej aku apahal?

+Lynaaa!! OMG weh weh weh Akiff weh Akiff

Kening aku angkat sebelah.Dah tu kenapa dengan Akiff?Adik dia kan?

+Dia tak pergi latihan rumah sukan so dia balik dengan aku tadi

So?Apa kena mengena dengan aku?

+Dia buka beg lepas tu dia terkjut plus menjerit yang ada banyak lipas dalam beg dia *lol*

HAHAHAHA okay ini lawak plan menjadi

+Dia nak pergi rumah kau .Dia pakai kasut sukan tadi lepastu splash ! Jeli strawberry melekat dekat kaki dia

Pahal pula nak pergi rumah aku?

+Dia makin marah , lepas dia basuh kaki terus dia amik slipper dan sekarang dia tengah bergegas pergi rumah kau.

+Wei please la jangan buka pintu.Atau cakap je kau takde kat rumah

Dan serentak itu ,

"Assalamualaikum !"

Mampus aku!

-tbc-

Mr Guitar,Mrs BooksWhere stories live. Discover now