Rambut yang panjang mengurai aku betulkan.Chocker dileher yang senget aku betulkan balik.Beanie yang terletak diatas kepala aku kebelakangkan sedikit dan biar rambut dihadapan menutup sebahagian dahi yang terbuka.Done!Swag shirt berlengan pendek dengan seluar pendek yang besar paras lutut dah okay kan?Tak perlu nak cantik-cantik pun sebab nanti nak serabutkan juga.Nak pergi mana?Club?Ada ke orang pergi club pukul 4.30 petang?
Aku terus mencapai segala yang patut iaitu telefon bimbit dan sekeping not 50 ringgit Malaysia dah cukup .Buat apa bawa duit banyak-banyak?Kalau hilang tak ke naya?
Aku bergegas menuruni tangga dan mencari kelibat ummi.Gotcha!Ummi tak boleh menyorok dari Naa!Hehe!
"Ummi!"Aku menyergah ummi dari belakang.
"Opocot engkau menari dengan beruang ewah!Eh!Kamu ni Naa!Lawa-lawa ni nak pergi mana?"Tanya ummi.Aku?Masih dengan ketawa.Menari dengan beruang ummi?Seriously?HAHA!
"Nak pergi taman kejap dah lama tak jumpa geng lah ummi tak silap Naa dah 3 tahun.Entah ingat lagi ke idok diorang tu"Kataku sambil memuncung.Tangan ligat memasukkan agar-agar kepunyaan ummi di hadapan mata.Malas nak pergi dapur ambil!
"Ouh yeke,kamu ni balik awal ye?"Pesan ummi.Aku mengerutkan kening.Kenapa pesan balik awal ni?Selama ni takde pun."Kenapa ummi?"Tanyaku pelik."Kawan walid nak datang malam ni.Jadi,pastikan balik sebelum maghrib ya?"Pesan ummi lagi."Kawan walid ?Yang mana satu?Oh tak payah cakap lah bukan Naa kenal pun.Ni Wassim mana Wassim?"Tanyaku sambil mata meliar mencari kelibat adik kesayangannya.
"Wassim keluar dengan Babah."Kata ummi sambil mencicip teh dihadapannya.Mungkin ada yang tertanya kenapa ada walid dan babah,sebenarnya walid ialah ayah aku..dah meninggal dua tahun lepas...Sedih?Gila tak sedih?Babah tu pulak adik ummi yang bongsu.Umur dah 30 lebih tapi tak reti-reti nak kahwin!Haih!
"Ouh yeke?Kirim salam lah dekat babah nanti .. cakap dekat dia jangan lupa bawak mak sedara"Kataku selamba.Memag dah jadi habit mengusik orang ni.
"Ish kamu ni!Dengar dek babah tu nanti naya!"Kata ummi sambil memukul lenganku perlahan."Hehe yelah ummi ,Naa pergi dulu ya?"Aku meminta diri dan bersalam dengan ummi.
Terus aku menuju ke rak kasut yang berada di hadapan pintu masuk.Aku nak pakai kasut apa eh?Hah!Kasut rosher ni okay kot?Hantam sajalah nak!
Tiba-tiba ada suara menyentak perbuatanku yang sedang enak memakai kasut."Kau nak pergi mana?"Tanya Mikail Zaqqwan,dingin.
"Taman"Jawabku sepatah.Tak perlu berpatah-patah dengan dia ni.Buat gaduh je.Annoying.Seorang lagi mamat annoying dalam hidup aku selain Daniel Akiff.
"Kau nak buat apa pergi taman?Skate?Kau tak bawak skate.Jangan cakap kau nak pergi main parkour .Kau lupa yang kau pernah patah kaki sebab buat benda tu?"Tanya Mikail Zaqqwan sinis.
"Sejak bila kau kisah pasal aku?Masa aku patah kaki tu.. ada kau jaga aku?Tak!Dah tak payah nak acah caring!Oh!One more thing aku dah bank in duit yang aku pinjam untuk beli novel tu.Thanks"Kataku tanpa nada.Perosak mood betullah!
"Aku kisah dekat kau sejak aku dengar ummi nak jodohkan kau!"Katanya tegas.Apa jadah main jodoh-jodoh ni?
"Kau jangan nak merepek boleh tak?Buat aku serabut betullah kau ni!"Aku membentak."Suka hati kau lah nak percaya ke tak.Nanti kat taman tu jangan nak sosial sangat.Jangan berlagak kau tu jantan.Ingat sikit kau tu perempuan.Bukan ada halkum pun!"Perlinya lagi.
"Kau ni bising tahu tak?Biarlah aku nak sosial ke apa!Kau sibuk kenapa?"Aku menengkingnya lagi."Sebab aku tak nak adik aku rosak!"Katanya sayu campur tegas.Bebola matanya aku tenung mencari kebenaran.Aku mengeluh perlahan
"Aku tahu jaga diri aku,aku akan balik sebelum pukul 7 terima kasih sebab ambil berat pasal aku.Aku sayang kau abang!"Kataku perlahan kemudian mendakapnya.Tidak lama,hanya dalam 5 saat.
Dia menggangguk dan tersenyum simpul sayang juga kau dekat aku ek?Well,dia darah daging aku tak kira macam mana pun yang aku buat dia tetap darah daging aku.Kalau aku bunuh dia pun still ada darah daging dan dna aku dalam badan dia betul tak?So tak boleh nak buat apa.Dah Lynaa jangan jadi psiko!
Aku hanya merenung sekumpulan remaja yang memakai baju berwarna hitam.Tidaklah semua,tapi majoriti.Aku tersenyum simpul.Mereka masih macam dulu.Kuat betul friendship.Dah berapa tahun,tak reti nak berpisah ke?HAHAHAH!
Aku perlahan-lahan mendekati insan yang paling aku rindu.Rumah dekat tapi punyalah payah nak berjumpa."Medina I miss you!"Aku memeluk Medina Qaisarah dari belakang.Back hug gais!Mohon jeles ecewah!
Medina yang terkejut terus berpaling kebelakang.Reaksi refleks!Dan alangkah terkejutnya dia apabila dia melihat Situ Nur Lynaa sedang memeluknya sekarang!
"Lynn!Gosh!Lama tak jumpa kau weh!"Dia terus berpaling ke arah ku dan memelukku.Aih!Mesti orang ingat kitorang gila duk peluk lepas tu terlompat-lompat.Haiya!
"Wei!Andika mana Andika?"Tanyaku apabila kami sudah berhenti melompat.Hm,ramai juga ahli baru ni.Kena ice breaking dulu ni kot?
"Andika?Pity you dia tak datang harini,maklumlah dia pergi interview"Jawab Medina Qaisara gembira.Alahai,dahlah aku rindu Andi.Dia rapat dengan aku,leader group ni.Dia yang paling tua,dia yang handle.Aiseyman!Aku rindu!"Ouh.."Jawabku sayu
"Ramai ka budak baru yang masuk?"Tanyaku cuma menceriakan suasana yang agak suram.
"Eh Lynn!Fulamak kak yong turun padang lah jai!Guys!Tengok siapa datang!"Jerit manusia dibelakang kami yang baru perasan kehadiranku.Halamak dia ni,nak juga tarik perhatian
"Oi!Kau ni,makin tinggi .. bila nak pendek?"Gurauku sambil menumbuk bahu Rayyan.Ya,dia Rayyan.Manusia yang paling gila-gila dalam group ni ataupun lebih dikenali sebagai, Dark Horse Squad.
"Pernah ke dia pendek Lynn?"Gurau Median Qaisara pula.Sungguh,mereka berdua ada banyak perubahan.Ya,dari segi fizikal.Median sekarang rambutnya sudah berwarna merah dan kuku dicat hitam.Rayyan pula .. hm,tak banyak pun berubah cuma ada muscle je maklumlah dah 18 tahun.Heh!
"Hahaha!Yelah,ni aku nak tanya ramai tak yang masuk group kita?Sebab aku tengok macam makin ramai je"Ujarku sambil mata meliar ke sekeliling taman.Aku ternampak susuk tubuh seseorang sedang melakukan aksi parkour seorang diri.Dia berlari kedinding dan memanjat dinding untuk beberpa langkah kemudian terjun dan berpusing 360 darjah ke kiri dan 360 darjah ke bawah.Hm,not bad.
"Ouh hm,dalam 15 orang juga ah yang masuk cuma ahli perempuan tak ramai,maklumlah tak berani ambil risiko lagi-lagi dengan kes kau yang patah kaki masa buat parkour .Dahlah tu lepas patah kaki tu tak reti nak jenguk kitorang.Sekarang baru nak jenguk"Kata Medina Qaisarah sambul memandang aku dari atas ke bawah."Hakalah kira okay aku datang balik okay?Daripada aku blah terus?Haa kan lagi teruk tu"Sinisku sambil mencebir bibir
"Sukati kau lah Lynn.Eh kau makin cantik lah"Puji Rayyan."Dia je kau puji aku?Tak nak?"Kata Medina Qaisarah .Eh?Jeles ka?"Kau buat apa ahhaha"Kata Rayyan sambil tergelak sendiri.Entah apa yang lawak
Aku menggelengkan kepala perlahan."Weh siapa tu?"Tanyaku kepada Rayyan dan Medina.Serentak itu mereka berpaling ke arah yang aku tunjuk."Ouh tu adik Andika..Daniel Akiff"Jawab Rayyan selamba
"Eh jap?Andika ada adik?And wait?Adik Andika Daniel Akiff?!"Aku tak salah dengar kan?
"Yap,dia ada adik..why kau kenal dia ke?"Tanya Medina pula
Aku hanya mengangguk perlahan.Kenapa lah kau perlu muncul dekat tempat yang aku nak tenangkan fikiran?Ergh!Tak guna lah kau Akiff!
-tbc-
YOU ARE READING
Mr Guitar,Mrs Books
Fiksi RemajaPerang!Ya!Situ Nur Lynaa mengisytiharkan perang dengan Muhd Daniel Akiff. "Eww Gay!"-Siti Nur Lynaa "Aku bukan gay!"-Muhd Daniel Akiff "Kau ni nanti jadi peguamlah asyik berdebat je"-Hidayah Alanna Setiap hari pasti ada saja yang ingin didebatkan.Ha...