"Hello!! Assalamulaikum"
"Ya Allah Nia!! Rindunya dengan kau. Wei bila kau nak balik Malaysia?"
"Aku dah ada dekat Malaysia lah."
"Ish kenapa tak cakap dekat aku? Ok kita jumpa tempat favourite kita dulu"
"Ok bye"
'Ya Allah rindunya dengan tanah air tercinta. Hai!! Nama aku Nurul Aisyania Humaira. Baru balik dari England.'
"Hello Malaysia" pekik Aisyania.
"Kak kau janganlah buat malu aku dekat sini. Taknak aku mengaku kau tu akak aku nanti."
'Ha yang tu adik aku Aiman Huzairi. Kuang ajor punya adik.'
"Suka hati akulah. Sibuk je."
"Cepatlah sini. Mama dengan papa dah tunggu dekat kereta tu."
"Yelah. Aku datang ni." Aisya mula menarik beg bagasinya.
_____________"Mana pulak minah ni. Dah 5 minit aku tunggu tak muncul lagi."
"Assalamualaikum!! Ya ahli kubur" eh minah ni aku terajang karang. Yang ni kawan aku Sara Daniella. Agak berbelit namanya di situ.
"Waalaikummussalam!! Hai saudari dah tak sabar ke ape nak aku masuk kubur?" ha ambik kau paku buah keras.
"Hehehe sorry. Lewat 5 minit. Wei rindu gila dengan kau." Sarah menarik Aisya ke dalam dakapannya.
"Aku pun rindu kau jugak."
"Wei kau dah ada tempat nak belajar ke?"
"Belum lagi." kata Aisya sayu. Saja nak minta simpati untuk masuk dekat sekolah bapak Sarah.
"Baguslah tu. Aku offer kau masuk sekolah bapak aku. Nak??" See pandai tak si Aisya ni buat drama murahan?
"Aku on je. Bila aku boleh masuk?"
"Esok kau boleh masuk. Aku dah masukkan nama kau tadi. Lepas je kau call aku..aku terus cakap dekat bapak aku." kata Sarah selamba.
"Tapi aku takde baju sekolah."
"Sebab tu kita ada dekat mall ni. Jom aku belanja kau shopping."
__________________Aisya menghempas badan di katil yang empuk. Agak penat rasanya. Macam nak patah tulang belakangnya sebab dari pagi takde rehat. Aisya membuka aplikasi Whatsaap nya. Setelah puas membelek dia pun mula berdengkur.
**********
"Nia!! Bangun. Hari ni kamu sekolah kan." kejut Datin Fathiah."Mama Nia rasa malaslah. Tak payah pergilah hari ni ya?" mata dikelipkan beberapa kali untuk meminta belas kasihan.
"Tak boleh. Wake up now." kata Datin Fathiah tegas. Dengan laju, Aisya masuk ke bilik mandi.
__________________"Aduh mana Sarah ni? Dahlah aku tak tau jalan dekat sini." rungut Aisya sambil mencari kelibat Sarah. Setelah lama berfikir Aisya terus berjalan menuju ke pejabat yang dia sendiri tidak tahu tempatnya.
15 minit kemudian
"Hah!! Ok aku mengalah. Sekolah ni aku dah 10 kali round tapi kelas aku pun aku tak jumpa. Macam mana ni" kini Aisya rasa hendak menangis. Kalau diikutkan mahu saja dia balik ke rumah. Tiba-tiba satu sasaran melintas di hadapannya. Segera Aisya berlari dan berjalan di sisi seorang lelaki yang memakai uniform sama sepertinya.
"Eherm!! Tumpang tanya mana kelas 5 Bintang?" tanya Aisya. Namun pertanyaannya tidak diendahkan. Sebaliknya lelaki itu terus berjalan tanpa memandang dan menjawab soalannya.
"Ish kau ni....." Lelaki itu terhenti berkata apabila memandang Aisya yang tersenyum manis.
'Cantiknya minah ni. Mata dia. Bibir dia. Ish ape kau ni Annas. Nonono. No falling in love.'
"Saya akan senyap. Sorry"kata Aisya sambil tersenyum. Lelaki itu terus berjalan. Tiba di satu kelas lelaki itu terus masuk ke dalam tanpa dibenarkan. Aisya memandang nama kelas di pintu. Kelas yang dicarinya terpancar di depan mata.
"Pelajar diluar tu. Ada apa ya?" Tegur seorang cikgu lelaki.
"Saya pelajar baru" kata Aisya takut kerana ke semua mata lelaki di dalam kelas itu memandangnya.
"Baiklah. Sila masuk dan kenalkan diri." Aisya melangkah masuk. Alangkah terkejutnya apabila muka orang yang dicarinya yang pertama dia nampak.
"Assalamualaikum!! Saya Nurul Aisyania Humaira bt Dato' Huzaimi. Saya dari England. Panggil je Aisya." setelah sesi kenal diri cikgu lelaki yang bernama Cikgu Khairil, menyuruhnya duduk di sebelah musuh sementaranya iaitu Sara Daniella. Kepala Sara diketuknya. Mengaduh Sara seketika.
"Itu balasannya sebab tak tunjukkan aku jalan untuk ke sini. Kau tau tak nak patah kaki aku ni me'round sekolah bapak kau ni." cerita Aisya.
"So siapa yang tolong kau?" tanya Sara.
"Alah mamat depan kita ni. Yang tengah dengar lagu sambil tidur tu." jari di arahkan kepada seorang lelaki. Lelaki itu memandang tajam ke arah Aisya.
"Apahal gossip pasal aku? Dah takde cerita pasal orang lain ke?" tanya lelaki itu dingin. Aisya memandang nama lelaki itu.
"Annas Sufian!! Saya bukan gossip pasal awak pun. Lagi pun gossip tu kan berdosa" kata Aisya lalu senyum kepada Annas.
"Senyum-senyum nasib comel" kata Annas sambil menahan ketawanya apabila melihat mata Aisya membulat mendengarnya.
"Ape awak cakap tadi?" tanya Aisya. Dia pasti yang telinganya tersalah dengar.
"Saya kata awak comel. Ada masalah ke?" kata Annas. Aisya mengerdipkan matanya beberapa kali. First time lelaki memujinya secara terang terangan. Memang pada sebelumnya ada lelaki lain yang memuji kecantikannya tetapi itu semua penipuan semata-mata hanya untuk mendapatkan harta. Apabila Annas memuji degup jantungnya seakan-akan berhenti. Hatinya terasa sungguh gembira tetapi dia pun tidak tahu sebabnya.
Bersambung
YOU ARE READING
Si Pelembut Hati
RomanceNurul Aisyania Humaira seorang gadis persis wanita arab, bermata biru dan baik budi pekertinya apabila berbicara. Murid baru dari England yang masuk ke kelas Annas Sufian. Annas Sufian seorang yang sombong dan kasar apabila berkata-kata. Dia hanya b...