"Aisya sayang you buat ape tu?" soal lelaki itu di sebelah Aisya. Tangan Aisya laju saja mencubit tangan lelaki itu.
"Mengada sangat. Bila pulak saya sayang awak? Ee tak hinginlah saya dekat awak." kata Aisya sombong.
"Bila saya cakap sayang dekat awak? Saya cakap dengan penjaga kaunter sana. Nama dia pun Aisya jugak. Cantik daripada awak." kata lelaki yang bernama Annas.
"Ee Aini jom lah kita shopping tempat lain. Sibuk je dia ni." kata Aisya lalu menarik tangan Aini pergi dari situ.
"Alah, kak Aiman nak dating dengan Aini." kata Aiman sambil menghentakkan kakinya tanda protest.
"Takpe jom kita kejar dia. Lepastu kita pujuk ajak tengok wayang." cadang Annas.
***********
"Akak Sya nak shopping ape lagi?" soal Aini."Entah, kedai buku dah pergi, baju dah beli,ape lagi ek?" tanya Aisya sendiri. Tiba-tiba ada seseorang menyampuk.
"Tengok wayang belum lagi." Aisya pusing ke belakang untuk melihat orang yang menyampuk percakapannya.
"Ish suka menyampuk cakap orang tau." kata Aisya geram.
"Mana ada suka menyampuk cakap orang. Saya cuma menyampuk cakap awak jer." kata Annas.
"Dahlah tak payah gaduh. Aini jom kita pergi date ok? Jom." kata Aiman lalu berlalu bersama Aini. Annas memandang Aisya disebelahnya. Muka Aisya yang masam dicubitnya.
"Ape masam je ni? Sayang ok tak?" soal Annas.
"Nak shopping dengan Aini taknak tengok wayang." kata Aisya.
"Alolo..ok jom abang Nas temankan." kata Annas walaupun hatinya tidak rela untuk menemani Aisya ber'shopping.
__________________1 bulan kemudian
"Nia bangun hari nikan kamu nak ambil result SPM kamu." kejut Datin Fathiah. Aisya mengeliat malas.
"Alah mama jelah yang ambikkan untuk Nia." kata Aisya selamba.
"Wake up now. Nia janganlah malas bangun. Ape anak dara ni?" kata
Datin Fathiah."Dah mula bebel dah. Yelah-yelah Nia pergi siap." kata Aisya lalu ke bilik air untuk membersihkan diri.Setelah bersiap Aisya telah bersedia untuk mengambil keputusan SPM nya.
"Jadi tiba masa yang dinantikan. Nama yang dipanggil ialah pelajar yang mendapat 10A. Nama yang pertama adalah Nurul Aisyania Humaira." Aisya kaku ditempat duduknya.
'Nama aku ke tu? Betulkah aku yang dapat 10-A tu?' tanya Aisya sendiri. Aisya tersedar dari dunianya apabila adiknya, Aiman menolaknya.
"Ape kau tunggu lagi kak? Pergilah ambil sijil tu." sergah adiknya. Aisya bangun dari tempat duduknya dalam keadaan kosong. Masih tidak percaya dia yang mendapat markah paling tinggi. Tiba di atas pentas baru Aisya sedar sepenuhnya. Terus air mata gembiranya mengalir.
"Tahniah Aisya. Memang kamu harapan saya." ucap pengetua sekolah itu.
__________________"Baguslah Nia. Papa bangga dengan kamu. Maaflah papa tak dapat pergi ke sekolah kamu." kata Dato' Huzaimi iaitu bapa Aisya.
"It's ok lah papa. Lagipun papa kan sibuk." kata Aisya menenangkan hati bapanya.
"Erm Nia kamu dah makan?" tanya Dato' Huzaimi.
"Dah tadi makan dengan mama. Kenapa papa?" tanya Aisya kembali.
"Nanti jumpa papa dekat bilik bacaan." kata Dato' Huzaimi. Aisya hanya mengangguk.
***************
Knock!! Knock!!Pintu bilik bacaan bapanya diketuk Aisya. Setelah bapanya membenarkan masuk Aisya pun melangkah masuk.
"Papa ada ape nak jumpa Nia?" tanya Aisya. Dato' Huzaimi mula men'seriuskan wajahnya.
"Nia sebenarnya hal ni kamu seorang saja yang tak tau lagi. Mama dan Iman setuju dengan hal ni" kata Dato'Huzaimi. Aisya mendengar dengan penuh teliti setiap kata bapanya.
"Kita semua akan berpindah ke England semula." kata Dato' Huzaimi. Aisya mengerutkan wajahnya.
"Tapi kenapa papa?" tanya Aisya dengan suara yang masih dilembutkan.
"Papa ada tugas di sana dan kita akan duduk di sana dalam 5 tahun, kemudian kita balik Malaysia semula." kata Dato'Huzaimi.
"Papa bagi masa untuk Nia fikir dulu. Nanti Nia bagi keputusan." kata Aisya lalu keluar dari bilik bapanya.
Di biliknya Aisya mula berfikir. Mampukah dia meninggalkan kawan-kawannya? Soalan itu berlegar di kotak fikirannya. Telefonnya dicapai. Nombor Annas dicarinya. Laju tangannya menekan butang call.
Conversation
Annas : Assalamulaikum.
Aisya : Waalaikumsalam.
Annas : Owh Aisya. Ada ape awak call saya?
Aisya : Annas saya ada benda nak dibincangkan dengan awak.
Annas : Ok kalau macam tu kita jumpa dekat Cool blog.
Aisya : Ok 10 minit lagi saya sampai.
End conversation
Di Cool Blog
"Ada ape ni? Macam serius je?" tanya Annas setelah melihat muka Aisya.
"Erm tadi papa kata dengan saya yang kami akan berpindah ke England semula." kata Aisya.
"Tak lama kan? Sekejap je Takpelah." kata Annas tenang.
"Papa kata kami duduk dekat sana selama 5 tahun lepastu baru balik." kata Aisya. Annas terdiam seketika. Raut mukanya terkejut.
'Dia nak pergi jauh daripada aku. Macam mana aku nak jalani hari aku nanti? Tak bagi dia semangat. Biarkan dia pergi.' kata hati Annas.
"Takpelah lagipun papa awak kan ada kerja dekat sana." kata Annas sambil tersenyum.
"Tapi saya taknak. Saya nak tinggal sini. Nanti macam mana nak jumpa awak? Saya nak mengadu dekat siapa kalau saya sakit? Saya nak senyum macam mana kalau awak takda dekat dengan saya?" setitis demi setitis air mata Aisya jatuh ke pipi.
Bersambung
![](https://img.wattpad.com/cover/67282572-288-k966560.jpg)
YOU ARE READING
Si Pelembut Hati
RomanceNurul Aisyania Humaira seorang gadis persis wanita arab, bermata biru dan baik budi pekertinya apabila berbicara. Murid baru dari England yang masuk ke kelas Annas Sufian. Annas Sufian seorang yang sombong dan kasar apabila berkata-kata. Dia hanya b...