Aisya datang ke sekolah agak awal pada hari itu kerana bapanya ada meeting dengan client. Suasana di sekolah agak sunyi pada awal pagi. Aisya meletakkan begnya di atas kerusi. Dia bergerak ke jadual bertugas. Namanya tertera dan tugasnya adalah menyapu. Aisya mengambil penyapu di sudut kelasnya.
Setelah beberapa minit menyapu baru seluruh kelasnya kelihatan bersih. Aisya berjalan ke tempat duduknya. Jam Puma di tangan di teleknya. Jam baru menunjukkan 6.40 a.m. Aisya mengambil keputusan mengisi masa lapangnya dengan tidur.
*************
"Hwahahaha korang lambat. Aku menang. Annas is the champion." kata Annas sambil membanggakan dirinya."Aduh semput aku." kata Ridhuan. Nafas ditarik dengan laju.
"Alah kau bolehlah lari laju atlet. Aku ni bukan." kata Shahrul.
"Entah macam mana Sara boleh jatuh cinta dengan kau pun aku tak tau. Dalam group ni kau sorang je bukan atlet." sindir Zairil.
"Wei ada perempuanlah tengah tidur tu." tegur Alif sambil tangannya ditunding ke arah seorang perempuan. Kawan-kawannya memandang tempat yang ditunjukkan Alif.
"Eh tu Aisya lah. Awalnya dia datang." kata Ridhuan.
"Aisya? Aku ada benda nak bagi" kata Annas lalu meletakkan begnya di tempatnya. Zip bahagian depan di buka. Dua kotak hadiah di keluarkan. Satu kotak sederhana besar dan satu kotak kecil. Kawan-kawannya memandang pelik ke arahnya. Annas melangkah ke meja Aisya. Kotak sederhana besar diletakkan di bawah meja gadis itu. Genggaman tangan Aisya di buka lalu kotak kecil itu di letakkan di atas tangan gadis itu.
"Jom lepak tempat biasa." ajak Annas lalu meninggalkan kawan-kawannya yang masih tegak berdiri.
"Wei Aisya bangunlah." kejut Sara. Aisya mengeliat seketika. Mata ditonyoh beberapa kali untuk sedar sepenuhnya.
"Nurul Aisyania Humaira kamu ok ke?" tanya Cikgu Linda.
" Ok je cikgu. Cikgu maafkan saya sebab tidur dalam kelas cikgu." kata Aisya.
"Takpe saya baru nak mulakan kelas. Pergi basuh muka kamu." kata Cikgu Linda. Aisya terus pergi ke tandas. Tiba di tandas baru dia perasan di tangannya ada sebuah kotak kecil. Di bukanya kotak itu. Alangkah terkejutnya apabila isi kotak itu ada sebentuk cincin daripada permata. Selesai membasuh muka Aisya kembali ke kelasnya.
"Ok Aisya buka buku teks kamu m/s 57 sekarang" suruh Cikgu Linda lalu kembali mengajar. Aisya menunduk untuk mengambil bukunya di bawah meja. Sedang dia mencari buku sejarahnya, satu kotak sederhana besar dilihatnya terletak cantik di dalam sudut mejanya. Sekarang dia tahu siapa orangnya.
_________________Aplikasi whatsapp di bukanya. Group 5 bintang di cari. Satu nombor di ambil dan di'tag'kan ke 'contacts'nya.
Conversation
Assalamulaikum//(Aisya)
Waalaikumsalam//(Annas)
Thanks sbb bagi hadiah tadi//(Aisya)
Welcome..cantik x cincin tu? Sedap x coklat tu?//(Annas)
Sedap saya suka ^_^ // (Aisya)
Hahaha...tu baru sikit je. Sweet x?//(Annas)
Erm bolehlah..tapi x cukup lagi nak buat saya bagi hati dekat awak ~_~ //(Aisya)
Takpe saya akan buat awak jadi milik saya dengan ikatan yang sah. Awak tunggu je.//(Annas)
>_< takutnya. Saya tak percaya -_- // (Aisya)
T_T kenapa pulak? Esok cuti kan? Awak tunggu siapa yang datang. Bye //(Annas)
End conversation
__________________Lagu terlalu rindu berkumandang di corong telefonnya. Aisya menguap lalu mengangkat panggilan telefon.
In call
"Hello"
"good morning. Awak dah bangun ke?"
"Oh Annas erm good morning. Saya baru je bangun. Kenapa?"
"Saya dah ada dekat rumah awak ni. Saya bawak awak shopping. Siap cepat tau. Saya nak habiskan air kopi dulu. Bye
End call
Dengan segera tuala dicapainya terus menuju ke bilik air. Selesai mandi Aisya menyarung seluar jeansnya. Baju t-shirt lengan panjang disarung. Selesai bersiap Aisya terus menuruni tangga. Kasut tumit tinggi di pakainya. Setelah siap kaki melangkah ke kereta Annas lalu masuk ke perut kereta.
Di dalam kereta masing-masing diam menyepi. Aisya yang tidak selesa dengan suasana 'krik krik' tu terus membuka mulut.
"Eherm...kita nak pergi mana?" tanya Aisya. Annas diam. Masih fokus dengan pemanduannya. Aisya cuba menanya soalan lain.
"Saya nak tanya something" acah Aisya. Suaranya diseriuskan sedikit bagi menarik perhatian Annas. Seperti jangkaannya Annas menoleh memandangnya.
"Ape dia?" soal Annas.
"Kita nak pergi mana?" tanya Aisya. Annas mengeluh.
"Ish ingatkan apalah tadi. Kita nak pergi.....rahsia. Dah sampai nanti awak taulah tempat dia." kata Annas. Aisya mencebik. Tiba-tiba satu soalan melintas di kepalanya. Terus Aisya membuka mulut untuk bertanya.
"Annas sekarang awak tengah berlatih ke?" tanya Aisya. Annas membuat muka pelik.
"Berlatih? Berlatih ape?" tanya Annas kembali.
"Kan awak pernah cakap yang awak suka someone dan awak minta tolong saya untuk ajarkan macam mana nak pikat dia. Jadi ni adalah latihan awak ke?" kata Aisya. Annas tersenyum. Dia tahu yang soalan itu akan ditanyakan Aisya.
"Kenapa awak rasa ini satu latihan saya?" tanya Annas.
"Sebab awak kata awak suka someone dan awak tak tau macam mana nak pikat dia. Jadi saya rasa awak bawak saya keluar untuk hilangkan debaran dia." jelas Aisya.
"Kalau awak nak tau orang yang saya katakan someone itu adalah awak"
Bersambung

ANDA SEDANG MEMBACA
Si Pelembut Hati
RomanceNurul Aisyania Humaira seorang gadis persis wanita arab, bermata biru dan baik budi pekertinya apabila berbicara. Murid baru dari England yang masuk ke kelas Annas Sufian. Annas Sufian seorang yang sombong dan kasar apabila berkata-kata. Dia hanya b...