Part 21

77 2 0
                                    

"Kak muka tu tak payah terkejut sangat. Remote ni aku takkan lepaskan selagi rancangan aku tak habis." kata Aiman. Aisya memandangnya tajam.

"Alah Iman tukar sekejap je. Please." rayu Aisya.

"No..no..and no." kata Aiman.

"Ish!! Tak lari pun lah rancangan bola ni. Arsenal..bukan best pun." kata Aisya.

"Ceh!! Cerita korea akak tu pun takkan larilah. I Order you..tengok tajuk pun dah tau tak best." kata Aiman. Aisya mengetap giginya menahan geram.

"Eee..kau tunggu ape aku balas dekat kau nanti. Kau tunggu esok." kata Aisya lalu berlari naik ke biliknya.

"Aku tak heran pun lah. Buatlah nanti aku balas balik." pekik Aiman.

"Aiman abang balik dulu. Esok bagi tau siapa yang menang ok." pesan Annas.

"Arsenal confirm menang. Chelsea yang kalah." kata Aiman.

"Tak Chelsea yang menang Arsenal kalah." kata Annas lalu keluar dari rumah Aisya dan pulang ke rumahnya.

***************
"Ish tak dapat nak tengok cerita korea aku. Ni semua Aiman punya pasal. Ish kau tunggu esok. Kau tengok ape yang aku balas." kata Aisya dan mula memikirkan rancangan untuk mengenakan adiknya esok. Sedang Aisya leka memikirkan aktiviti yang akan dilakukannya, tiba-tiba ada suara halus berbunyi.

Cit!! Cit!! Cit!!

"Bunyi ape pulak tu? Ah lantaklah." kata Aisya memperdulikan bunyi itu. Tetapi bunyi itu lama kelamaan menjadi lebih kuat sehingga bunyi itu berada dekat dengannya.

"Ti..ti..tikus!!! Aiman tolong aku!!!" jerit Aisya.
________________

"Hashum!! Hashum!!"

"Sayang makanlah ubat. Awak demamlah." kata Annas.

"Taknak. Tak sedap." kata Aisya.

"Teruk betul kau ni kak. Ubat ape yang sedap kau cakap dengan aku." kata Aiman.

"Takde ubat yang sedap dan sebab tu aku taknak makan ubat." kata Aisya.

"Eee..degil betullah orang tua ni. Aku sumbat ubat ni dalam mulut kau karang." kata Aiman.

"Kurang asam. Aku kau panggil orang tua? Hoi!! Umur kita dekatlah. Jarak tiga tahun je." kata Aisya.

"Aku tak kisah aku nak sekarang kau makan ubat. Kalau tak....

"Kalau tak ape?" potong Aisya.

"Kau tau kan hari ni cerita korea kau ada. Kalau kau tak makan ubat....selagi tu segala remote tv dalam rumah ni aku pegang. Kau nak makan ubat ke taknak?" ugut Aiman.

"Ish!! Yelah..yelah aku makan. Kecoh je." kata Aisya.

"Aku ke kau yang kecoh? Jumpa tikus macam jumpa hantu. Penakut." ejek Aiman. Aisya senyum senget.

"Ejek aku konon. Kau tu takut kucing. Nak berlagak berani pulak." kata Aisya.

"Aku tak takutlah." kata Aiman.

"Tipulah kau. Kucing tepi jalan tu kau takut." kata Aisya.

"Kucing tepi jalan tu berkurap. Nanti kurap dia tu lekat dekat aku. Sebab tu aku elakkan." kata Aiman.

"Eh!! Bukan Aini ada kucing ke? Michi kan? Bila Aini pegang kau takut je aku nampak." kata Aisya.

"Mana adalah." nafi Aiman.

"Dah..dah. Gaduh pulak dua orang ni. Aisya awak tu demam. Kalau demam buat gaya orang demam ya." kata Annas.

"Biarlah nak buat gaya ape pun. Taknak kawan awak. Sebab awak saya tak dapat tengok cerita korea tu." kata Aisya.

"Aik!! Saya pulak yang kena. Aiman yang pegang remote kan. Lagipun tengok cerita korea tu bukan ada faedah pun." kata Annas.

"So tengok bola tu berfaedah lah." kata Aisya.

"Eh!! Memang berfaedah. Bola tu satu sukan tau. Kalau kita mendekatkan diri kita pada sukan kan lagi bagus." kata Annas.

"Cerita korea pun ada faedahnya. Kita boleh belajar bahasa mereka. Belajar tempat yang menarik dekat sana." kata Aisya taknak mengaku kalah.

"Daripada awak menghadap muka orang korea tu lebih baik awak tatap muka saya." kata Aiman.

"Tatap muka lelaki yang kita tiada hubungan dengannya akan menjadi dosa jika tiada sebab." kata Aisya.

"Eherm!! Kitakan nanti nak kahwin." kata Annas.

"Jodoh dan penentuan di tangan tuhan. Lagipun mama saya dengan mumy awak sekadar merancang je. Tak tentu lagi." kata Aisya.

"Ada je jawabnya." kata Annas tak puas hati.

"Memanglah kena jawab kalau saya tak jawab nanti awak tanya pulak 'kenapa tak jawab' sebelum awak tanya macam tu saya jawablah dulu." kata Aisya.

"Eee!! Aiman kadang-kadang perempuan ni menyakitkan hati jugakkan." kata Annas pada Aiman.

"Tak tau. Aini tak pernah menyakitkan hati pun. Melembutkan hati lagi ada." kata Aiman.

"Eeee dua beradik ni kalau tak sakitkan hati orang memang tak boleh ke?" tanya Annas.

"Tak boleh. Kalau tak menyakitkan hati bukan adik beradik keluarga ni lah." kata Aisya dan Aiman serentak.

"Menyakitkan otak lah. Saya balik dulu lah. Lagi lama saya dekat sini lagi sakit otak saya." kata Annas.

"Sakit jiwa pun takpe." kata Aisya.

"A'ah boleh hantar ke hospital bahagia." sambung Aiman pula.

Bersambung





Si Pelembut HatiWhere stories live. Discover now