Part 29

110 2 1
                                    

"Abang!! Abang bangunlah." kejut Aisya. Annas yang tidur mati itu memang takkan bangun selagi matahari tidak terpancar ke matanya.

"Abang bangunlah." kejut Aisya lagi.

"Erm..sayang tidurlah. Baru pukul 1.00 pagi. Tidur ya. Shhhh." kata Annas seperti mendodoikan isterinya.

"Taknak Aisya nak abang bangun jugak." kata Aisya. Dengan mata yang masih lagi tertutup Annas membangunkan dirinya daripada baring.

"Ape dia?" tanya Annas.

"Err..abang Aisya teragaklah nak makan spaghetti carbonara. Abang buatkan boleh." kata Aisya.

"Ape sayang mengarut ni? Esoklah abang masakkan. Sekarang ni waktu tidur jadi jom kita tidur ya." kata Annas.

"Taknak!! Aisya nak spaghetti carbonara jugak. Nak jugak. Nak jugak. Nak jugak." kata Aisya seperti menjerit. Annas menutup mulut Aisya.

"Diamlah nanti mumy dengan dady terjaga. Ok abang buatkan." kata Annas mengalah.

"Yeay!! Spaghetti carbonara." sorak Aisya.

*************
"Nah makan puas-puas. Nanti dah sudah basuh pinggan abang nak tidur." kata Annas.

"Alah temanlah Aisya. Takkan Aisya nak makan seorang." kata Aisya.

"Aisya abang penatlah. Dari petang tadi abang tak rehat. Esok abang ada banyak kerja nak dibuat dekat office tu." kata Annas.

"Kalau abang tak sayangkan Aisya pergilah tidur puas-puas. Tidur terus pun takpe." kata Aisya. Annas mengeluh. Kerusi di sebelah Aisya ditarik lalu di duduknya.

"Dah makan cepat. Abang teman." kata Annas. Aisya tersenyum menang.
______________

Pada pagi itu muka Annas tidak bersemangat seperti hari lainnya. Aisya yang sedang membetulkan tali leher Annas memandang mukanya.

"Lah kenapa muka tak bersemangat je ni? Hari ni kan abang ada banyak kerja dekat office. Jadi abang mesti bersemangat." kata Aisya.

"Tak taulah kenapa abang rasa macam taknak pergi kerja hari ni. Sebab macam ada sesuatu yang akan berlaku dekat sayang." kata Annas. Memberitahu isi hatinya.

"Kenapa fikir macam tu?" tanya Aisya.

"Bukan fikir. Abang ada termimpi yang sayang akan pergi tinggalkan abang." kata Annas.

"Abang mimpikan mainan tidur. Jangan risaulah sayang takkan tinggalkan abang." kata Aisya.

"Sayang!! Sayang janji ya yang sayang takkan tinggalkan abang. Hari ni sayang jangan keluar pergi mana-mana. Sayang duduk rumah jaga baby kita. Jangan buat kerja rumah. Nanti abang balik abang buatkan. Sayang rehat je ok." pesan Annas sambil menggenggam tangan isterinya erat.

"Ya..ya saya tahu. Saya takkan keluar." kata Aisya.

"Ok good. Bye abang pergi dulu. Take care." kata Annas lalu menghulur tangannya untuk disalam Aisya.

"Bye take care"

Setelah enjin kereta Annas tidak kedengaran, Aisya mula mengunci pintu rumahnya. Kakinya mula melangkah ke sofa. Remote televisyen digapainya dan membuka saluran kegemarannya.

"Alah teragak nak nanas lah." kata Aisya. Tiba-tiba loceng rumahnya berbunyi. Aisya mula bangun dari sofa untuk membuka pintu. Buka sahaja muka musuhnya sudah terpacul dengan senyuman yang dia sendiri tidak tahu ikhlas ataupun tidak.

"Hai!!" kata Shaeril yang masih lagi tercegat di depan pintu.

"Ada ape awak buat dekat sini?" tanya Aisya dengan muka tiada senyuman.

"Taknak jemput masuk ke?" tanya Shaeril pula.

"Herm!! Jemputlah masuk kalau tak tau malu." kata Aisya menyindir. Dengan tanpa rasa segan Shaeril pun masuk ke dalam rumah itu.

"Aisya sini lah duduk. Saya ada surprise untuk awak." kata Shaeril. Aisya mengambil tempat duduk di sebelah Shaeril.

"Ape dia?" tanya Aisya. Bekas yang berwarna merah jambu di rangan Shaeril diserahnya pada Aisya. Aisya memandangnya pelik. Tanpa rasa curiga Aisya membuka penutup bekas itu.

"Wah!! Nanas. Thank you Shaeril. Saya memang teragak nak nanas ni. Terima kasih sebab bawak." kata Aisya gembira.

"Ya awak teragak. Kalau macam tu makanlah. Mumy saya kata nanas ni elok untuk orang mengandung. Awak mengandungkan." kata Shaeril.

"Yeke elok untuk saya? Kalau macam tu saya nak habiskan boleh?" tanya Aisya.

"Eh!! Boleh takde masalah pun. Eloknya saya bawak satu biji sekali datang sini. Takpe nanti saya bawak lagi ya. Ha makan..makan." kata Shaeril. Aisya makan dengan lajunya. Shaeril tersenyum menang.

Tiba-tiba perut Aisya terasa sakit. Perutnya terasa seperti ditusuk sesuatu. Tangannya segera memegang tangan Shaeril.

"Eh!! Kenapa ni Aisya? Awak ok ke?" tanya Shaeril dengan soalan bodohnya.

"Pe..pe..perut saya sakit." kata Aisya. Sakit yang teramat sehingga Aisya terjatuh ke lantai dan tidak sedarkan diri.

Selepas memastikan Aisya pengsan, Shaeril berlalu dari situ dengan senyuman yang penuh kegembiraan.
_________________

Aisya mula sedar dari pengsannya. Keadaan di sekeliling membuatnya menjerit memanggil Annas.

"Abang!!!"

"Sayang kenapa ni?" tanya Annas yang baru masuk ke dalam bilik itu.

"Aisya dekat mana ni bang?" tanya Aisya cemas.

"Sayang dekat hospital." kata Annas. Muka Annas tiba-tiba sahaja bertukar serius. Aisya hanya diam memandang muka suaminya.

"Sayang makan nanas ke?" tanya Annas.

"A'ah. Kenapa?" tanya Aisya.

"Kenapa? Soalan bodoh sayang tanya. Sayang tau tak nanas tu bisa? Benda tu boleh bahayakan baby kita. Tolonglah Aisya jamgan buat macam tu lagi." kata Annas.

"Tapi Aisya teragak je." kata Aisya.

"Sayang tak sayangkan baby kita ke? Ingat senang ke nak dapat zuriat. Abang minta tolong sangat janganlah buat benda bodoh ni lagi." kata Annas.

"Sorry. Aisya cuma tak tahan bila Shaeril bawak nanas tu. Aisya tak kawal nafsu waktu tu. Lagipun kalau Aisya tau yang nanas tu bahaya, saya takkan makan." kata Aisya.

"Shaeril? Buat ape dia datang?" tanya Annas.

"Dialah yang bawak nanas tu. Dia kata nanas tu baik untuk orang mengandung. Jadi Aisya makanlah." kata Aisya.

'Shaeril. Kau datang nak bunuh Aisya rupanya. Aku takkan benarkan kau sentuh Aisya. Langkah mayat aku dulu'

Bersambung

Si Pelembut HatiWhere stories live. Discover now