Part 17

67 2 0
                                    

"Eeeee..ape awak kata? Sekarang ni bukan kereta awak je lah yang rosak. Kereta saya pun rosak jugak tau. Jadi awak pun kena bayar ganti rugi." kata gadis itu.

"Aku taknak bayar. Bukan salah aku. Sekarang ni kereta aku kau yang langgar dan ianya salah kau. Jadi kau kena bertanggungjawab atas kesalahan kau." kata Annas.

"Saya mana ada duit nak bayar." kata gadis itu.

"Aku tak kira kau kena bayar jugak kalau tak aku mintak dekat bapak kau." kata Annas tegas.

"No way. Tak payah mintak dengan papa saya. Ok saya bayar. Tapi tunggu saya keluarkan duit dulu." kata gadis itu.

"Tunggu dulu bagi aku nombor telefon kau dengan nama dulu. Aku takut kau tipu."kata Annas.

"Yelah. 014xxxxxxx. Nama saya Nia." kata gadis itu lalu berlalu masuk ke dalam keretanya.

"Nia?? Macam pernah dengar? Siapa ek?" tanya Annas sendiri lalu terus ke restaurant kegeramannya.
_________________

"Assalamulaikum!! Nia dah balik." kata Aisya lalu masuk ke dalam rumahnya.

"Waalaikumsalam!! Ha Nia mari sini papa kenalkan kawan papa." kata Dato'Huzaimi.

"Assalamulaikum aunty, uncle." kata Aisya sambil menyalam tangan mereka.

"Yang ni Tuan Adhli dan isterinya Puan Matilda." terang Dato'Huzaimi.

"Tuan Adhli ni kawab bisnes papa. Dialah yang banyak bantu syarikat kita. Sekarang ni anak dia pulak yang gantikan dia dekat syarikat. Nanti bila kamu gantikan papa kamu bekerja samalah dengan syarikat dia." pesan Dato'Huzaimi pada anaknya.

"Baiklah papa. Nia nak masuk bilik dulu. Aunty, uncle saya pergi dulu." kata Aisya lalu naik ke biliknya.

"Cantiknya anak perempuan kamu Huzaimi. Dahlah cantik, beradab pulak tu. Teringin aku nak jodohkan dengan anak aku." kata Tuan Adhli.

"Kalau kamu nak jodohkan aku terima je. Aku rasa anak aku ru dah sedia nak galas tugas sebagai seorang isteri."

"Kalau macam tu nanti aku tanyakan anak aku. Kalau dia nak atau tak." kata Tuan Adhli.
___________________

"Kamu setuju ke Nas. Mama tengok dia cantik sangat. Adab dengan kami pun dia jaga. Susah nak dapat isteri macam tu." kata Puan Matilda.

"Nas tak kisah asalkan dia terima Nas." kata Annas ringkas.

"Kalau macam tu minggu depan kamu akan bernikah dengan dia." kata Tuan Adhli.

*****************
"Ya Allah sedapnya nasi lemak Mak Jah ni. Kopi dia pun...ermm sedapnya." kata Aisya sendiri di mejanya. Tak sudah-sudah dipujinya kesedapan nasi lemak di restaurant yang kegemarannya. Sedang enak si Aisya menikmati hidangan paginya tiba-tiba sesuatu yang membuatkan mood makannya hilang.

"Woi bila kau nak bayar ganti rugi kereta aku? Kau tau tak aku kena marah dengan bapak aku. Semua sebab kau tau." marah seorang lelaki pada Aisya.

"Ish spoil mood saya makanlah awak ni. Elok-elok berseri muka Mak Jah dengar saya puji dia terus bertukar muram bila saya tak makan tau. Semua sebab awak. Pergi pujuk Mak Jah dekat dapur sana." kata Aisya. Lelaki itu membuat muka pelik.

"Ape kena mengena pulak Mak Jah dengan kes kita ni?" tanya lelaki itu.

"Takde kena mengena pun saja je..tak payahlah marah. Ok siapa nama encik? Encik Annas kan? Ok Encik Annas....

"Hei!! Hei!! Tuan Annas. Pengurus syarikat tau. Darjat tu sebut baik sikit. Encik..encik. Aku siku karang." kata Annas.

"Kecoh je. Yelah Encik..sorry Tuan Annas saya minta maaf atas segala kesalahan saya. Lagipun dah nak puasa ni tak elok kita bergaduh pada bulan yang mulia ni. Jadi..saya....

"Dah..dah..dah...confirm puasa pun belum lagi kau dah beria. Hei!! Ajal kau pun tak tentu lagilah sampai puasa ke tak dah kecoh..agaknya sampai esok pun belum tentu." Perli Annas.

"Amboi!! Kira ajal kita pulak dia. Hello!! Ajal awak pun belum tentu lagilah sampai esok. Entah-entah balik ni dah accident mati." kata Aisya kasar.

"Alamak kasar betul kata-kata tu. Panas pulak hati aku dengan kau ni tau. Nak tarik-tarik je pipi tu tau. Ni aku nak tanya kau pernah makan kasut saiz 8 tak? Kalau tak aku boleh bagi free of charged." kata Annas.

"Kasut saiz 8 ek? Erm..kalau awak nak tau inilah first time orang offer kasut dekat saya. Ape sedap ke kasut tu? Ada rasa vanilla tak? Coklat ke? Kalau ada rasa keladi ke boleh jugak teringin." kata Aisya.

"Eee...dari sudut pandangan aku kan kau ni jenis batu api tau. Orang dah panas dengan kau, kau lagi nak panaskan dia. Aku bagi gelaran untuk kau lah. Cik batu api." kata Annas.

"Amboi!! Sedapnya dia bagi nama dekat kita. Kalau nak bagi nama tu terus pun boleh jugak. Awak kena turun naik pejabat agama tukar nama saya." kata Aisya.

"Takpelah inshaallah petang ni aku pergi. Lagipun aku takde kerja dekat pejabat." kata Annas.

"Yelah bos duduk goyang kaki. Air pun suruh PA buatkan. Padahal kacau air je pun." perli Aisya.

"Itulah kerja aku. Duduk goyang kaki orang ada darjatkan. Aku bukan macam kau kena cuci lantai, sapu sampah. Aku tak buat kerja macam tu." kata Annas.

"Hei!! Bila masa pulak saya kerja cleaner ni?" tanya Aisya.

"Lah tau cleaner. Aku tak cakap pun tu kerja cleaner. Takpelah aku tau kau akan mengaku. Yelah kerja sendirikan. Aku minta maaflah kutuk kerja kau. Makcik cleaner." kata Annas.

Bersambung

Si Pelembut HatiWhere stories live. Discover now