"I..i..Izz?" kata Aisya tidak percaya.
"Ya saya lah ni. Kenapa muka macam tak percaya? Tak perasan saya sebab makin hensem ke?" kata Zarul sambil menyelak rambutnya dan membuat muka poyo.
"Ok tu memang awak. Macam mana boleh kerja dekat sini?" tanya Aisya.
"Entah. Hari tu ummi ada bawak saya datang sini, sebelum saya kerja dekat sini lah. Lepastu tengok semua design dalam butik ni jadi berminat pulak. Sebab tu kerja dekat sini." terang Zarul.
"Waktu awak nak kerja dekat sini mama tengok pelepasan ijazah awak ke?" tanya Aisya.
"Yup!! Yelah saya kan pandai melukis." kata Zarul membanggakan dirinya.
"Ceh!! Poyo je." kata Aisya lalu menolak bahu Zarul.
"Awak taknak kerja dekat sini ke Sya?" tanya Zarul.
"Tak berminatlah. Saya pelepasan bahagian bisness. Saya ingatkan nak ambik alih syarikat papa tapi adik saya Aiman dah ambik." kata Aisya.
"Oh!! Aisya jom kita pergi minum nak? Saya belanja." pelawa Zarul.
"Boleh jugak. Cafe depan ni je lah. Malas nak pergi jauh." kata Aisya. Zarul hanya mengikut kehendaknya.
**************
"Baby i haus lah. Jom kita pergi cafe dekat sana." minta Shaeril."Ish!! Macam-macam lah kau ni. Ni semua sebab mumy. Kalau mumy aku tak paksa aku keluar dengan kau, aku dah lama halau kau tadi. Ish!! Semaklah kau ni." marah Annas.
"Kenapa you kata i semak pulak? I kan peneman hidup you. Tak baik cakap macam tu." kata Shaeril.
"Kisah pulak aku. Kau jadi peneman hidup aku? Tak payahlah. Banyak dosa kau aku kena tanggung nanti." kata Annas keras.
"Sampai hati you cakap macam tu. Banyak sangat ke dosa i. Teruk sangat ke i ni sampai semua orang benci. Kalau boleh diputarkan waktu i takkan bunuh Adwa. I menyesal. Semua hina i." kata Shaeril sambil menangis. Annas hanya membuat bodoh. Tetapi selepas semua orang yang berada di mall itu pandang serong padanya, Annas terpaksa memujuk Shaeril.
"Aduh!! Kau ni tak payahlah menangis. Macam budak-budak. Benda dah lepaskan. Dah memang takdir yang nak Adwa mati. Janganlah salahkan diri." pujuk Annas.
"Sorry Annas. I minta maaf sangat." kata Shaeril.
"Dahlah lap air mata kau tu." kata Annas.
"So jom kita pergi cafe dekat sana." kata Shaeril lalu menarik tangan Annas.
Aisya menarik kerusi untuk duduk berhadapan dengan Zarul dan sambung berbual kisah zaman sekolah mereka. Tiba-tiba seseorang yang dikenalinya masuk ke tempat yang sama dia berada. Yang paling menyakitkan hatinya mereka berpegangan tangan. Aisya bangun dari tempat duduknya dengan mengejut dan pergi ke arah manusia itu.
"Dah lama buat kerja ni?" tanya Aisya. Zarul yang berdiri di belakang Aisya hanya memerhati.
"Eh!! Sayang. Kenapa sayang ada dekat sini?" tanya lelaki itu.
"Saya yang patut tanya awak Annas. Awak buat ape dekat sini? Siapa perempuan ni sampai pegang tangan?" tanya Aisya. Annas terus melepaskan pegangan tangan Shaeril.
"You siapa perempuan ni? Tiba-tiba marah kita pulak. Sibuk je kan dia ni. Kita nak date pun susah." kata Shaeril lagi memanaskan keadaan.
"Kau diamlah perempuan. Kau siapa sampai berpegang tangan dengan tunang aku?" kata Aisya marah.
"Tunang? Annas you tak cerita dekat i pun yang you dah bertunang. You kata you single." kata Shaeril.
"Bila masa pulak aku kata aku single? Pernah kau bagi peluang untuk aku nak cerita kisah hidup aku? Pernah? Yang kau tau dari sejak kita borak dalam fon sampai sekarang pasal Adwa then bekas kekasih kau." kata Annas.
"Annas aku tanya kau dari tadi ni. Siapa perempuan ni?" tanya Aisya mula meninggi suara. Annas terkejut dengan perubahan Aisya.
"Dia Shaeril. Ka.....
"Kekasih hidup semati Annas." kata Shaeril lalu menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Aisya.
"What the? Ok nevermind. Kau tunggu aku cakap dekat mama. Jom Izz" kata Aisya lalu menarik Zarul pergi dari situ.
________________"Mama!!!!" panggil Aisya sambil air matanya laju keluar.
"Ya Allah Nia. Kenapa ni sayang?" tanya Datin Fathiah yang baru keluar dari ruang dapur.
"Dia buat Nia ma. Dia ada perempuan lain. Dia tak sayang Nia ma." raung Aisya.
"Siapa dia tu?" tanya Datin Fathiah keliru.
"Annas. Dia dengan perempuan lain. Nia nampak dia pegang tangan perempuan gila tu." kata Aisya dalam tangisan.
"Dah..dah. Jangan menangis lagi. Mesti ada sebab Annas buat macam tu." kata Datin Fathiah.
"Ape sebabnya? Sebab dia cinta perempuan tu. Sebab dia dah tak sayang Nia lagi ke ma." kata Aisya.
"Tak baik cakap macam tu. Pergi naik atas rehat." kata Datin Fathiah.
Keesokannya
Aisya duduk di ruang tamu sambil menonton rancangan koreanya. Namun fikirannya ke lain. Masih memikirkan hal semalam.
"Kak abang Annas datang ni. Dia nak jumpa kau." jerit Aiman dari luar rumah.
"Cakap dekat dia aku taknak jumpa dia. Aku benci dia. Aku taknak tengok muka dia lagi." kata Aisya lalu menangis. Tidak lama kemudian Annas masuk ke dalam rumahnya.
"Kau buat ape dekat sini?" tanya Aisya kasar.
"Sayang!!"
"Jangan panggil aku sayang." marah Aisya.
"Ok Aisya!! Saya minta maaf. Yang semalam tu bukan kekasih saya. Dia cuma kawan saya. Tak lebih dari tu." terang Annas.
"Taknak percaya." kata Aisya. Masih lagi merajuk dengan Annas. Annas mengeluh.
"Taknak maafkan sudah. Malas nak pujuk lagi. Bye!!" kata Annas lalu keluar dari rumah Aisya dan memecut keretanya pergi dari situ.
"Ceh!! Merajuk konon. Dah tua bangka pun nak merajuk." kata Aisya lalu menyambung menonton cerita koreanya tanpa memperdulikan Annas.
Bersambung

ANDA SEDANG MEMBACA
Si Pelembut Hati
RomantikNurul Aisyania Humaira seorang gadis persis wanita arab, bermata biru dan baik budi pekertinya apabila berbicara. Murid baru dari England yang masuk ke kelas Annas Sufian. Annas Sufian seorang yang sombong dan kasar apabila berkata-kata. Dia hanya b...