"Ish!! Dia tak matilah. Ape kita nak buat ni?" tanya Shaeril pada seorang lelaki. Buntu kepalanya memikirkan bagaimana mahu membunuh musuhnya.
"Kau buat idea bodoh tu buat ape. Cuba pakai idea bijak sikit. Setakat nanas dapat gugurkan baby dia je." kata lelaki itu.
"Jadi ape yang aku nak buat?" tanya Shaeril.
"Senang je kau bunuhlah dia. Alah setakat bunuh hukuman gantung untuk kau ok lah kan." kata lelaki itu.
"Taknaklah. Aku nak hidup. Aku nak hidup bahagia dengan Annas. Aku taknak mati." kata Shaeril.
"Dah tu tak payahlah kacau rumah tangga orang. Kau ingat ya kalau aku tau Aisya menangis tahan sakit sebab kau....kau aku bunuh. Kau dengar tak." ugut lelaki itu.
"Ape kau ni. Tadi bukan main suruh aku bunuh dia sekarang kau backup dia pulak. Ape kes ni?" kata Shaeril geram.
"Aisya tu crush aku. Walaupun aku suka dekat Adhia tapi perasaan sayang aku dekat Aisya. Sebab tu aku taknak kau bunuh dia." kata lelaki itu.
"Ceh!! Habis tu hari tu aku bagi Aisya makan nanas kau biar je." kata Shaeril.
"Aku biar sebab aku taknak Aisya mengandung anak Annas. Aku rasa aku nak pikat Aisya. Aku nak jadikan dia isteri aku." kata lelaki itu.
"Kalau macam tu jom kita bekerjasama untuk hancurkan rumah tangga mereka." kata Shaeril.
"Ok tapi kali ni biar aku yang bagi idea. Idea kau tak syok." kata lelaki itu.
"Ok tapi aku taknak masuk penjara. Dulu pun aku terlepas tau." kata Shaeril.
"Yelah. Tapi kalau terpaksa membunuh aku akan buat. Ok macam ni rancangan dia.....
________________"Wah!! Cantiknya bang. Ada kolam luas lagi. Pandai abang pilih ikut cita rasa Aisya." kata Aisya. Mukanya berseri melihat rumah banglow itu.
"Baguslah kalau sayang suka. Rumah ni pun belakang Syarikat abang. So kalau ada ape-ape jadi nanti senang." kata Annas.
"Bang laparlah." kata Aisya sambil memegang perutnya.
"Lah tadi baru je makan dekat hospitalkan. Tak kenyang lagi ke?" kata Annas.
"Biasalah dah berbadan dua memang cepatlah laparnya. Dah Nas pergi masakkan." kata Puan Matilda yang baru tiba menghantar barang menantu dan anaknya.
"Eh!! Kenapa Nas pulak yang kena? Mumy lah buatkan." kata Annas.
"Biarlah mama yang buat. Kamu duduk situ jaga isteri. Ha Nia kamu nak makan ape?" tanya Datin Fathiah.
"Erm....nak nasi dagang." kata Aisya.
"Mama taknak buatkan yang tu. Lain." kata Datin Fathiah.
"Alah mama Nia nak jugak. Nia teringin sangatlah mama." kata Aisya.
"Tak boleh. Daging tu bahaya. Nanti darah kamu naik." kata Datin Fathiah.
"Habis tu Aisya boleh makan ape?" tanya Aisya.
"Makan bubur ayam je lah sayang." kata Annas.
"Ish dekat hospital bubur dekat rumah bubur... muaklah." rungut Aisya. Mukanya mula berubah masam.
"Habis tu kamu nak makan ape?" tanya Puan Matilda.
"Sayang nak nasi lemak? Kalau nak abang belikan." kata Annas.
"Ha nak..nak. Beli dekat Restaurant Mak Jah Tip Top tau. Taknak restaurant lain." kata Aisya.
"Yelah..yelah. Abang belikan. Tunggu tau." pesan Annas lalu keluar untuk membeli nasi lemak yang dipesannya Aisya.
"Abang Aisya ikut sekali lah. Nak beli barang." kata Aisya lalu memaut tangan Annas ke kereta.
___________________"Kau serius ke nak langgar dia ni?" tanya seorang perempuan.
"Yelah. Selalu aku tengokkan bila seorang suami kemalangan isteri dia dah tak suka. Jadi adalah peluang untuk kita dapatkan mereka." kata seorang lelaki pula.
"Yeke? Kalau macam tu aku cuba untuk dapat Annas." kata perempuan itu.
"Ha dah tu langgarlah cepat. Kejap..dia melintas tu. Ok langgar." kata lelaki itu.
Perempuan itu mula memecut laju keretanya untuk melanggar Annas. Tetapi lain pula yang terjadi. Aisya tercampak jauh. Annas berkejar mendapatkan Aisya yang sudah terbaring di tengah jalan.
Darah tersembur keluar dari mulut Aisya. Darah banyak berlumuran di jalan.
"Aisya!!!!" jerit Annas. Kepala Aisya dipangku. Air matanya laju mengalir.
"Ambulan call ambulan please. Aisya sabar ya sayang." kata Anas.
_____________________Annas duduk tersandar di bangku yang berada luar bilik kecemasan. Sungguh tidak disangka pertanyaan Aisya membawa maksud kepada kejadian ini.
Flashback
"Abang!! Kalau ada ape-ape terjadi dekat Aisya...abang akan cari lain ke?" tanya Aisya. Annas yang tadi menghadap telefon bimbitnya terus memandang muka Aisya pelik apabila isterinya bertanyakan soalan begitu.
"Ape sayang cakap ni?" tanya Annas. Aisya tersenyum memandang Annas.
"Takdelah manalah tau kan lepas ni Aisya pergi tinggalkan abang ke....abang akan cari yang lain." kata Aisya.
"Sayang janganlah fikir yang bukan-bukan. Walau ape pun yang terjadi...abang takkan tinggalkan sayang. Walau ape pun yang terjadi abang takkan tinggalkan sayang dan baby kita. Everything's gonna be ok." kata Annas.
End flashback
"Annas ape yang terjadi ni nak?" tanya Puan Matilda.
"Annas mana Aisya?" tanya Datin Fathiah. Air matanya membasahi pipi tua itu. Sungguh terkejut hatinya apabila dapat tahu berita ini. Annas tiba-tiba melutut depan ibu mertuanya.
"Mama maafkan Annas. Kalau Annas faham pertanyaan Aisya mumgkin perkara ni tak terjadi mama. Kalau Annas faham soalan dia, kita takkan ada dekat sini. Maafkan Annas mama." kata Annas.
"Dah Annas bukan salah kamu. Memang takdir dah tertulis nak buat macam mana. Kita reda je lah. Jangan salahkan diri. Setiap yang berlaku mesti ada hikmahnya." kata Dato'Huzaimi memujuk Annas. Tidak lama kemudian doktor keluar dari bilik kecemasan. Aisya diusung keluar dari bilik kecemasan untuk dipindahkan ke wad biasa.
"Doktor macam mana keadaan isteri saya?" tanya Annas.
"Cik Aisya selamat dan dia dipindahkan ke wad biasa. Cuma...."
Bersambung
YOU ARE READING
Si Pelembut Hati
RomanceNurul Aisyania Humaira seorang gadis persis wanita arab, bermata biru dan baik budi pekertinya apabila berbicara. Murid baru dari England yang masuk ke kelas Annas Sufian. Annas Sufian seorang yang sombong dan kasar apabila berkata-kata. Dia hanya b...