Kini telah masuk 3 bulan Aisya bersekolah di situ. Semua classmatenya sudah ramai yang bertegur sapa dengannya kecuali seorang iaitu Annas Sufian. Mamat dingin tu.
"Baiklah minta perhatian. Lagi 2 minggu kamu akan menghadapi peperiksaan awal tahun. Jadi saya nak kamu semua lulus kesemua mata pelajaran terutamanya bahasa melayu. Siapa gagal mata pelajaran saya...saya akan denda dia."
"Cikgu denda ape?" tanya seorang pelajar perempuan bernama Farah Wahida.
"Denda dia kamu berdiri dekat atas pentas sambil pegang kertas ujian kamu dan berjanji yang kamu takkan gagal lagi."
"Alah senang je cikgu" kata seorang pelajar lelaki bernama Luqman.
"Berjanji menggunakan mikrofon ketika perhimpunan rasmi." sambung Cikgu Ramlah. Semua sudah buat muka terkejut. Wei malu doh kalau kau berjanji depan semua orang. Dahlah semua mulut puaka. Kalau korang malu tak?
Minggu peperiksaan
"Fuhh siap. Sakit tangan aku. Ada masa lagi 10 minit tidur kejaplah." kata Aisya perlahan. Kepala di letak atas meja. Sekejap kepalanya ke kiri sekejap ke kanan.
'haus pulak tekak ni. Minum kejaplah.' kata Annas dalam hati lalu berpaling menghadap ke belakang untuk mengambil airnya di tepi beg. Tiba-tiba matanya terpandang Aisya yang sedang melelapkan mata. Direnung muka gadis itu. 'cantik' hatinya berbicara.
"Kenapa hati aku berdegup laju ni? Kenapa mesti setiap kali aku pandang dia aku akan terpaku?" Muka gadis itu direnung lagi. Aisya terjaga daripada tidurnya. Tudungnya yang berkedut dibetulkan. Mata ditenyeh untuk menghilangkan ngantuk. Matanya tertancap pada Annas yang sedang merenungnya. Mata dikebilkan beberapa kali. Tiba-tiba matanya dengan Annas bertaut.
'Hensemnya. Kenapa selama ni aku tak perasan?' soalan dan fakta itu terlintas di hatinya.
"Baiklah masa telah tamat. Aisya bangun sila kutip kertas." kata Cikgu Fatin. Annas dan Aisya kembali ke dunia nyata. Aisya bangun lalu mengutip kertas classmate yang lain. Tiba di meja Annas mukanya memerah menahan malu. Annas memandang ke tempat lain bagi menyembunyikan mukanya.
_________________"Arghhhhhhhhhhhhh" jerit Aisya. Muka ditekup ke bantal. Kejadian di sekolah tadi kembali ke ingatannya. Mukanya memerah menahan malu.
"Ish dia pun malulah. Ingat aku tak nampak ke. Walaupun dia sorokkan muka daripada aku, aku nampaklah. Hahaha muka macam tomato." ketawa sendirian dibuatnya.
"Alamak hauslah pulak. Cari airlah" kaki melangkah keluar dari bilik. Dapur ditujunya. Tiba di dapur peti sejuk di buka.
"Yogurt, susu, sirap. Ha mineral sejuk." air botol dituntungnya. Tengah sedap dok menelan air sejuk ke tekak, seseorang tiba-tiba menjerit.
"Ya Allah tak senonoh punya budak." tegur Datin Fathiah. Tersedak Aisya dibuatnya.
"Ish mama ni. Terkejut Nia." marah Aisya.
"Mana mama tak marah kamu tu perempuan. Minum tu beradablah sikit. Minumlah pakai cawan. Ini tidak minum macam tu je. Kalau adik kamu tu yelah." bebel Datin Fathiah.
"Eh yelah mama tak jemput adik ke?" kata Aisya. Saja mengubah topik. Datin Fathiah berhenti membebel.
"Ha ubah topik. Mama nak ambiklah ni. Mama pergi dulu. Kunci rumah. Nak keluar call mama dulu jangan terus keluar je." pesan Datin Fathiah lalu melangkah keluar dari rumah. Setelah memastikan kereta mamanya tiada Aisya menghembuskan nafas lega. Malas mahu mendengar bebelan mamanya.
_________________Di pagi yang indah seorang puteri sedang enak beradu sambil memimpikan putera hatinya.
"Arghhhhhhh!! Kenapa aku mesti mimpi mamat dingin tu? Eee benci betullah" agak kuat Aisya menjerit sehingga adik lelakinya datang ke biliknya.
"Kak kau kenapa? Dah gila ke? Kalau ya aku boleh suruh mama hantarkan kau dekat hospital bahagia" kata Aiman sambil senyum senget terserlah di mukanya. Sebiji bantal yang di baling Aisya tepat kena muka Aiman yang kacak.
"Aduh!! Sakitlah bangang."
"Ha mencarut depan aku. Aku baling lagi karang. Mulut kau tu memang takde insuran ke dik? Aku jahit nanti baru tau."
"Yelah sorry. Ha apahal kau menjerit tadi?" bahagian mukanya yang terkena balingan bantal Aisya di usap beberapa kali. Sakit woi.
"Entah aku mimpi mamat dingin yang lagi dingin dari kau." terkejut Aiman mendengarnya. First time akaknya bermimpikan seorang lelaki.
"Lagi dingin dari aku? Tak percaya. Mana ada orang yang lagi dingin dari adik akak ni." kata Aiman sambil dadanya di tepuk. Bangga tau.
"Heh menyampah akak dik. Dah keluar aku nak mandi." tangannya di hayun untuk menghalau adiknya keluar.
"Tak payah. Mama suruh kau masak. Hari ni mama ada hal dekat butik. Papa pun keluar ada meeting. Makcik Senah cuti anak dia Aini sakit." terang Aiman panjang lebar.
"Aini sakit? Lah kesiannya. Adik kau taknak pergi melawat BUAH HATI kau ke?" kata Aisya. Senyuman mengejek terserlah di mukanya.
"Ish siapa kata aku taknak melawat. Aku nak melawatlah ni. Ha kunci rumah." setelah Aiman keluar dari biliknya, kaki kembali melangkah ke katil dan tuan puteri kembali beradu.
Bersambung

ANDA SEDANG MEMBACA
Si Pelembut Hati
Lãng mạnNurul Aisyania Humaira seorang gadis persis wanita arab, bermata biru dan baik budi pekertinya apabila berbicara. Murid baru dari England yang masuk ke kelas Annas Sufian. Annas Sufian seorang yang sombong dan kasar apabila berkata-kata. Dia hanya b...