Part 14

82 2 0
                                    

"Assalamulaikum. Hai Aiman. Kak Aisya ada tak? Tadi dia yang ajak keluar." kata seorang lelaki yang bernama Annas.

"Oh!! Patutlah menyorok. Dia ada je dekat belakang ni...aduh!!"

"Banganglah kau. Aku tak pakai tudung ni." kata Aisya selepas menampar belakang adiknya.

"Hai Aisya. Awak buat ape dekat belakang Aiman tu? Kata nak keluar." kata Annas.

"Errr Annas awak tunggu dekat dalam kereta boleh tak? Saya tak pakai tudunglah." jelas Aisya.

"Ok siap cepat tau." pesan Annas lalu menunggu Aisya di dalam kereta. Setelah Annas pergi satu tamparan dan cubitan berbisa diberi pada Aiman.

"Aduh sakitlah bodoh." carut Aiman. Satu lagi tamparan tepat dibahunya.

"Tamparan pertama sebab kau tolak aku masuk kolam. Cubitan tu pulak sebab kata aku gemuk dan tamparan yang kedua sebab carut dekat aku." kata Aisya geram lalu keluar dari kolam renang dan masuk ke dalam rumah.

************
"Sorry tadi kacau awak bergurau dengan adik awak." kata Annas.

"Eh!! Itu bukan berguraulah. Kami tengah bergaduh tadi. Nasib awak hentikan kalau tak sampai esok tak sudah." kata Aisya.

"Oh!! Yeke. Mesti kesian Aimankan." kata Annas.

"Kesian kenapa?" tanya Aisya.

"Kesianlah sebab setiap hari dapat tamparan dengan cubitan free daripada awak." kata Annas.

"Tak payah kesian. Sebab nanti dia akan balas balik." kata Aisya tak berpuas hati.

"Nanti mesti saya akan rindukan awak ." kata Annas. Terus muncung mulut Aisya mendengar kata-kata Annas.

"Janganlah buat saya sedih. Mesti dekat sana nanti saya sunyi sebab awak takda." kata Aisya lalu termenung.

"Hei!! Dah lah tu. Ok hari ni saya belanja awak. Awak nak pergi mana?" tanya Annas.

"Hihihi!! Betulka? Saya nak pergi shopping mall." kata Aisya. Tersenyum kelat Annas.

'Aduh takde benda lain ke selain shopping perempuan ni?' kata hati Annas.

"Awak nak buat ape shopping?" tanya Annas.

'Ape punya soalan bodoh dia tanya aku ni? Takpe kita kenakan dia' kata hati Aisya.

"Saya pergi shopping mall tu untuk tukar binaan dia. Awak tak tau ke saya ni pengurus shopping mall?" perli Aisya.

"Lah yeke? Tak tau pulak. Bila awak ambil kos tu?" tanya Annas seperti tidak sedar yang dia kena perli.

"Ish betullah kata adik saya Aiman. Lebih baik bergaduh dengan 10 orang pandai daripada bergaduh dengan 1 orang bodoh. Kalah kita jadinya." kata Aisya sambil menepuk dahinya.

"Ee jahatnya. Taknaklah kawan." kata Annas terus matanya fokus ke depan tanpa menoleh ke arah Aisya.

"Eh!! Sentap ke? Saya takdelah maksudkan awak." kata Aisya. Annas masih fokus pada pemanduannya tanpa menoleh atau bercakap dengan Aisya. Aisya mula rasa sunyi. Pelbagai cara dia buat untuk Annas memandang ke arahnya.

"Ish merajuk kalah perempuan. Muncung tu boleh buat gantung baju. Panjanglah lagi muncung tu 'kiss' nanti baru tau." kata Aisya geram. Tersenyum lebar Annas mendengarnya.

"Ape senyum-senyum?" tanya Aisya.

"Awak kata ape tadi? Nak kiss saya? Berani ke?" tanya Annas. Aisya terdiam seketika.

'Eh aku cakap ape tadi? Ade ke aku cakap nak kiss dia?' tanya hati Aisya sendiri.

"Awak cepatlah. Kata nak kiss." kata Annas.

"Ee tak bolehlah. Kena tunggu kahwin dulu." kata Aisya. Tergelak Annas. Aisya membuat muka pelik.

"Ape?" tanya Aisya.

"Wah!! Gatallah. Tak sabar ke nak jadi makmum saya?"tanya Annas.

'Ee bangang..bangang. Ape ni Nia? Ya Allah asstaughfirullahalazim.' katanya dalam hati.

"Hehehe sorry tadi hati yang cakap bukan saya sebab tu melalut." kata Aisya.

"Kalau macam tu hati awak memang nak kan saya lah." kata Annas.

"Eh!! Mana ada. Taklah saja je. Tadi betullah saya yang cakap." kata Aisya.

"Ok macam ni je lah kita akan kahwin bila kita berjumpa kembali."

"Macam mana kalau saya dah kahwin?" tanya Aisya.

"Saya akan tunggu awak dan kita akan bersama hingga ke jannah." kata Annas.

"Kalau saya dah kahwin, awak kenalah cari yang lain. Awak tak boleh tunggu saya." kata Aisya.

"Alah awak tak payah lah cari yang lain bila dekat sana. Nanti saya nak kahwin dengan siapa? Saya taknak yang lain selain awak." kata Annas.

"Kenapa pulak? Saya bukan cantik sangat pun. Kalau awak keluar lagi ramai yang lebih cantik daripada saya." kata Aisya. Tiba-tiba Annas bangun dari tempat duduknya. Pintu kedai di buka. Dia keluar buat seketika kemudian masuk ke dalam kedai semula dan duduk di tempatnya.

"Takda pun." kata Annas tiba-tiba.

"Awak cari ape dekat luar tu?" tanya Aisya pelik.

"Awak sendiri yang kata kalau saya keluar ada ramai perempuan yang lagi cantik daripada awak." kata Annas.

"Jadi jumpa ke?" tanya Aisya. Annas menggeleng.

"Takda seorang pun yang boleh lawan kecantikan awak." kata Annas.

"Hai!! Macam manalah saya nak tinggalkan awak kalau macam ni lah layanan awak pada saya." kata Aisya lalu mengeluh.

"Jadi tak payahlah pergi." kata Annas sayu.

"Saya kan terpaksa ikut. Kalau saya tak pergi kesian pulak dekat papa saya kena stay dekat sini sedangkan dia ada kerja dekat tempat lain." kata Aisya.

"Yelah saya tak kisah tapi saya akan tunggu awak tak kira ape yang terjadi." kata Annas bersungguh-sungguh.

"Ok kalau itu yang awak nak. Kalau saya balik nanti tengok Awak dengan orang lain jangan marah kalau saya tak tegur." kata Aisya.

"Janji takkan ada orang lain. Awak saja dalam hati, awak saja yang saya akan ingat, nama awak saja yang saya sebutkan." kata Annas.

Bersambung

Si Pelembut HatiWhere stories live. Discover now