"Tapi saya taknak. Saya nak tinggal sini. Nanti macam mana nak jumpa awak? Saya nak mengadu dekat siapa kalau saya sakit? Macam mana saya nak senyum kalau awak takda dekat sisi saya? Macam mana saya nak dengar suara awak kalau awak takda dekat dengan saya? Macam mana saya nak tengok muka awak kalau awak takda di depan saya?" setitis demi setitis air mata Aisya jatuh ke pipi.
"Hei dahlah tu. Janganlah menangis. Macam mana saya nak pujuk awak supaya awak tak menangis? Ok macam ni. Awak boleh jumpa saya dalam tidur awak. Awak boleh mengadu dalam doa awak. Awak boleh dengar saya bila awak bayangkan saya di sebelah awak. Jadi tak perlu menangis. Kita boleh berjumpa kalau kita memang ada jodoh. Selalulah sebut nama saya dalam doa awak. Lagipun sekejap jer. Dalam 5 tahun. Lepastu kita jumpa balik." kata Annas.
"Lamalah. Kalau awak takda satu minit pun saya rasa macam dah sebulan tak jumpa awak tau." kata Aisya.
"Yelah tu. Nanti dah jumpa lelaki lagi hensem daripada saya terus lupakan saya." kata Annas. Aisya tersenyum mendengarnya.
"Mana adalah. Saya janji takkan jatuh hati dengan lelaki lain." kata Aisya sambil tangannya diangkat seperti sedang berikrar.
"Nanti kalau saya takda awak jangan menangis tau." kata Aisya.
"Buat ape nak menangis? Lagipun bestlah saya akan cari perempuan yang cantik" kata Annas. Tangan Aisya laju menepuk bahunya.
"Eee gatal. Taknak lah kawan." kata Aisya merajuk.
"Alah janganlah merajuk. Nanti siapa yang nak senyum dekat saya kalau bukan awak. Siapa yang nak cubit saya kalau bukan daripada tangan ketam awak?" kata Annas. Terus ketawa Aisya dibuatnya.
"Yelah tak merajuk. Awak ngantuklah. Jom balik." kata Aisya. Lalu mereka pulang bersama.
________________Pagi yang indah tuan puteri bangun awal hari ini dengan senyuman yang lebar. Kakinya melangkah menuruni tangga dengan girang sambil bibir bernyanyi santai. Tiba-tiba tuan puteri berhenti bernyanyi apabila ayahandanya memanggil.
"Nia mari sini." panggil Dato'Huzaimi. Aisya melangkah menuju ke bapanya.
"Ada ape papa?" tanya Aisya setelah punggung dilabuhkan di sofa yang berhadapan bapanya.
"Kamu dah fikir tentang ape yang kita bincang semalam?" tanya Dato'Huzaimi.
"Erm dah rasanya." kata Aisya.
"Jadi kita akan pergi dalam minggu ni. Kamu setuju ke?" soal Dato'Huzaimi di akhir katanya.
"Yang tu papa lah yang fikirkan. Nia tak kisah pun." kata Aisya.
"Ok kalau macam tu hari jumaat ni boleh?" tanya Dato'Huzaimi. Aisya berfikir seketika. Dengan perlahan dia mengangguk.
"Ok papa keluar untuk buat passport kita sekejap. Cakap dengan mama ya." pesan Dato'Huzaimi lalu keluar dari kawasan rumah.
Aisya pergi ke dapur untuk mencari ibunya. Kepalanya disandar di belakang ibunya. Terkejut Datin Fathiah dibuatnya.
"Ish Nia ni..terkejut mama tau. Ada ape ni? Macam ada masalah je." tanya Datin Fathiah. Pelik dengan sikap anaknya. Yang tadi macam baru pulang dari hospital bahagia terus bertukar menjadi sepi.
"Mama Nia takutlah." kata Aisya.
"Lah takut apenya?" soal Datin Fathiah.
"Kitakan dah lama tak balik sana. Nia takut yang Nia tak dapat suaikan diri." jelas Aisya.
"Jangan risaulah. Lagipun itukan tempat kamu lahir. Mama yakin sekejap je kamu tak suaikan lepas tu kamu oklah." kata Datin Fathiah.
"Ok mama. Terima kasih bagi keyakinan dekat Nia. Erm mama Nia nak keluar boleh tak?" kata Aisya.
"Asik keluar je kamu ni. Ada ape-ape ke ni?" Syak Datin Fathiah.
"Mana ada ape-ape lah. Nia nak jumpa buah hati je." kata Aisya terus terang.
"Patutlah...kejap mama fikir." kata Datin Fathiah.
"Alah mama bolehlah. Lagipun lepasni Nia tak dapat jumpa dia lagi." pujuk Aisya. Tiba-tiba adiknya, Aiman mengacau.
"Tak payah mama. Suruh dia duduk rumah masak. Tolong Makcik Senah tu." kata Aiman.
"Ee diamlah kau sibuk je. Kaulah tolong MAK MERTUA kau tu." kata Aisya.
"Ish kau ni diamlah nanti mama tau." kata Aiman takut.
"Oh!! Iman suka Aini ya?" kata Datin Fathiah. Aiman menggosok belakang tengkuknya tanda malu.
"Kenapa gosok tengkuk tu banyak daki ke?" kata Aisya lalu terus berlari keluar rumah takut dikejar Aiman.
"Akak kau nak lari mana. Kau siap kau. Kalau Iman dapat Iman rebus akak." kata Aiman sambil mengejar kakaknya.
"Oh!! Yeke? Takutnya. Atlet peringkat negeri tak dapat kejar kita lah. Huhuhu lembap." ejek Aisya. Mereka terus berlari dikeliling kolam. Tiba-tiba Aiman menolak Aisya ke dalam kolam dan mereka mula bergaduh di dalam air pula.
"Ish basah baju aku. Kau sini kau. Aku nak patah-patah tulang kau buat sup lepastu bagi buaya dekat zoo makan." kata Aisya sambil berenang ingin menangkap Aiman.
"Kak buaya tak makan sup lah. Lagipun aku ni kurus sekejap je dia boleh habiskan lainlah kau badan gemuk seminggu nak habiskan pun susah." kata Aiman. Saja ingin menaikkan api kemarahan kakaknya.
Tiba-tiba Aisya ternampak kelibat seseorang. Terus Aisya menyorok di belakang adiknya.
"Assalamulaikum. Hai Aiman. Kak Aisya ada tak? Tadi dia ajak keluar." kata seorang lelaki yang bernama Annas.
Bersambung
![](https://img.wattpad.com/cover/67282572-288-k966560.jpg)
YOU ARE READING
Si Pelembut Hati
RomanceNurul Aisyania Humaira seorang gadis persis wanita arab, bermata biru dan baik budi pekertinya apabila berbicara. Murid baru dari England yang masuk ke kelas Annas Sufian. Annas Sufian seorang yang sombong dan kasar apabila berkata-kata. Dia hanya b...