"Ish dia datang ke tak ha? Nak tunggu ke tak? Tunggu je lah." kata Aisya. Aisya berdiri di tepi pintu pagar sambil menunggu Annas. Jam telah menunjukkan 7.05 a.m, namun kelibat Annas tidak kelihatan. Aisya mengambil keputusan untuk masuk ke kelasnya. Baru sahaja Aisya memusingkan dirinya seseorang sudah menegur.
"Hai awak." tegur seorang lelaki.
"Assalamulaikum." Kata Aisya pula. Salamnya di jawab.
"Awak tunggu siapa?" tanya sang jejaka yang bernama Annas.
"Saya tunggu awaklah." kata Aisya sambil tersenyum.
"Kenapa tunggu saya? Ada ape-ape ke ni?" tanya Annas.
"Lah salah ke kalau tunggu bakal imam saya nanti?" soal Aisya pula. Annas tersenyum mendengarnya.
"Tak salah pun. Saya lagi suka bakal makmum saya yang tunggu." kata Annas. Sedang mereka bermesra berbual seseorang menegur.
"Yang dua orang dekat sana tu. Tak reti masuk kelas ke? Masuk kelas sekarang." tegur Cikgu Syukri. Kelam- kabut mereka berjalan ke kelas.
***************
"Wei Cikgu Haziana tak datang. Cikgu Yasmin gantikan tapi dia mesyuarat. So dia suruh kita buat kerja sendiri tapi jangan bising." kata Amar selaku ketua kelas 5Bintang. Mendengar sahaja berita itu Annas memusingkan kerusinya dan menghadap Aisya."Awak jom main pickup line." kata Aisya.
"Ok tapi kalau kita je bosanlah. Ajaklah kawan-kawan yang lain sekali." kata Aisya lalu mengajak kawan-kawannya. Setelah ramai berkumpul di meja mereka, game pun bermula.
"Ok ayat ni untuk makwe aku tau. Eherm..Sara ape beza awak dengan toyol?" tanya Shahrul.
"Entah" jawab Sara tidak tahu.
"Toyol curi duit....tapi ayang curi hati biy." kata Shahrul. Semua pelajar lelaki bersorak manakala perempuan membuat muka loya.
"Aku pulak. Eherm Aisya ni dituju untuk awak. Ape beza awak dengan semut?" soal Alif. Cuba memikat hati Aisya.
"Erm tak tau" jawab Aisya.
"Semut kecik tapi awak besar dalam hati saya." jawab Alif. Sekali lagi semua pelajar lelaki bersorak kecuali Annas. Muka tak puas hati dipamerkan.
"Eleh aku pun adalah. Aisya awak lahir dekat mana?" soal Annas.
"Lahir dekat Kedah." jawab Aisya.
"Saya pun dekat Kedah jugak." kata Annas. Aisya tersenyum.
"Yeke? Kedah dekat mana?" tanya Aisya.
" 'Kedah' lam hati awak" jawab Annas. Semua pelajar perempuan menjerit kerana cair dengan ayat Annas.
____________________"Wei senyaplah dengar ni Cikgu Suzana suruh pergi library dan baca buku. Jaga diri sendiri sebab cikgu Suzana ada mesyuarat dengan cikgu Syukri." kata Amar menyampaikan tugasnya.
Pelajar-pelajar 5Bintang mula bergerak ke library. Tiba di library semua mengambil tempat. Ada yang duduk berkumpul dekat meja, celah rak buku, dan bermacam lagi.
"Aisya kau nak baca buku ape?" tanya Sara.
"Entahlah. Wah!! Novel Stephen King lah." jerit Aisya.
"Kau ni taulah kau minat dia tapi tak payahlah menjerit bila nampak karya dia." kata Sara.
"Hehehe sorry. Wei aku tak sabar nak baca. Kita baca dekat sini je lah." kata Aisya.
"Yelah..yelah. Wah!! Dah jumpa." jerit Sara pula.
"Ish nasihat orang dia pun sama. Ape yang kau jumpa?" tanya Aisya.
"Karya Loish." kata Sara sambil membelek buku yang dicarinya.
"Oh!! Pelukis terkenal tu. Dah diam aku nak baca." kata Aisya lalu membaca bukunya dengan tekun. Sedang dia membaca tiba-tiba Aisya terasa ada seseorang duduk di sebelahnya. Aisya perlahan-pahan menoleh.
"Omak kau terkejut!!" latah Aisya. Lelaki di sebelahnya tergelak besar.
"Tulah baca tu tekun sangat sampai saya datang duduk sebelah pun tak sedar." kata lelaki bernama Annas.
"Ish dahlah saya baca kisah misteri tiba-tiba awak pulak yang memisterikan saya." kata Aisya.
"Sorry. Awak tengok ni ape yang saya jumpa." kata Annas teruja.
"Buku kisah hati?" tanya Aisya.
"Yup!! Dengar saya baca, tolong jangan curi hati ni kalau tak tau nak hargai, tolong jangan curi hati ni kalau sekadar untuk lukai, tolong jangan curi hati ni kalau hanya ingin sakiti."
"Awak takkan buat macam tu kan?" tanya Aisya. Annas menggeleng lalu sambung membaca.
"Dalam hidup saya, saya dengar bagaimana menjadi seorang yang penyayang, bagaimana untuk senyum, bagaimana untuk gembira, bagaimana untuk bekerja, bagaimana untuk menjadi yang terbaik tapi saya tak pernah dengar bagaimana cara untuk mencintai awak." tersenyum Annas membacanya yang mendengar pun sama. Kan Aisya? Annas terus membaca.
"Mungkin saya bukan yang terbaik, bukan juga citarasa awak, bukan juga di hati tapi tolong benarkan saya untuk menjadi orang yang pernah membahagiakan awak."
"Itu saya benarkan walaupun awak tak meminta." kata Aisya. Annas terus membaca untuk memikat hati Aisya.
"Sejauh mana pun awak pergi takkan pernah jauh dari hati ni."
"Saya tau tu sebab tu saya selalu ada di sisi untuk awak tak rasa sunyi." kata Aisya. Annas teruskan membaca.
"Kalau saya polis saya akan tangkap hati awak ke hati saya, kalau saya bomba saya akan padam semua nama yang ada di hati awak, kalau saya doktor saya akan rawat hati awak untuk terima hati saya, kalau saya jpj saya akan saman hati awak jika jatuh ke orang lain, kalau saya pembunuh saya akan bunuh hati awak untuk tak memintal hati orang lain tapi saya hanya manusia biasa yang hanya mampu mencintai awak dengan tulus hati."
"Saya rasa semua tu awak pernah jadi dan semua tu berhasil sebab hati saya dapat terima hati awak." kata Aisya.
"Yes!!" jawab Annas.
Bersambung

ANDA SEDANG MEMBACA
Si Pelembut Hati
RomanceNurul Aisyania Humaira seorang gadis persis wanita arab, bermata biru dan baik budi pekertinya apabila berbicara. Murid baru dari England yang masuk ke kelas Annas Sufian. Annas Sufian seorang yang sombong dan kasar apabila berkata-kata. Dia hanya b...