Annas : janganlah pergi lagi. Saya tak dapat nak mengadu masalah saya dan takde siapa yang dapat gembirakan saya selain awak.
Aisya : ya saya takkan pergi jauh dari awak lagi. Nas mumy awak panggillah.
Annas : macam mana awak tau nama singkatan saya?
Aisya : saya dengar mumy awak panggillah.
Annas : awak curi dengarkan?
Aisya : mana adalah. Annas mumy awak panggil tu. Pergilah tengok dia nak ape.
Annas : Oh ye ek? Oklah saya letak dulu. Bye!! Assalamulaikum!!
Aisya : bye!! Waalaikumsalam!!
End conversation
****************
"Mumy ada panggil Nas ke?" tanya Annas pada Puan Matilda."Esok kamu cuti ya." kata Puan Matilda.
"Kenapa mumy?" tanya Annas.
"Esok mumy akan bawak kamu pergi jumpa calon yang mumy cakap tu." kata Puan Matilda.
"Kalau kita cancel kan boleh? Lagipun Annas rasa macam tak berminatlah dengan calon mumy and dady." kata Annas.
" Annas kamu tengoklah dulu siapa calon yang mumy dengan dady pilih untuk kamu." kata Puan Matilda.
"Yelah..yelah. Tapi Nas takkan terima kalau calon mumy bukan Aisya." kata Annas tegas.
"Ok sayang. Oh!! Ya kamu bercakap dengan siapa? Mumy ada dengar kamu bercakap dalam bilik." tanya Puan Matilda.
"Nas in call dengan Aisya tadi. Dah lama tak borak dengan dia." kata Annas dengan muka yang penuh gembira.
"Sukalah tu dapat dengar suara Aisya." kata Puan Matilda.
"Memang suka. Mama tau dia makin cantik." kata Annas.
"Makin cantik? Ape dulu dia buruk ke sampai kamu kata macam tu?" tanya Puan Matilda.
"Eh!! Mana ada. Dulu memang cantik tapi sekarang bertambah cantik." kata Annas.
"Manusia boleh berubah. Macam mumylah. Dulu cantik tapi sekarang makin....
"Berkedut." sampuk Annas.
"Hei!! Makin cantiklah." marah Puan Matilda.
"Hahaha!! Sorry mumy." kata Annas lalu ketawa lagi.
"Nas ni. Pergilah naik bilik balik. Menyakitkan hati je cakap dengan dia." kata Puan Matilda.
"Yelah..bye mumy good night." kata Annas lalu mencium pipi ibunya.
"Hei!! Nas..ee dah besar pun nak manja lagi." kata Puan Matilda.
____________________"Mumy lambat lagi ke kawan mumy tu nak datang?" tanya Annas.
"Entah. Mumy janji dengan dia pukul 9.30 pagi tapi sekarang dah pukul 10.00 tapi dia tak datang lagi. Kita tunggu je lah." kata Puan Matilda.
"Yelah..tapi Nas bosanlah. Kalau dekat office boleh tengok muka Jannah." kata Annas.
"Eh!! Dah berpaling tadah ke? Dah tak suka Aisya dah? Suka dekat Jannah ke Aisya?" tanya Puan Matilda.
"Mestilah Aisya. Jannah tu cuma kawan dan pembantu Nas je tak lebih daripada tu. Kalau Aisya lain. Aisya lebih daripada kawan dan girlfriend. Aisya tu.......
"Ha Nas dah sampai. Apa khabar Fathiah." sapa Puan Matilda.
"Khabar baik. Maaflah lama menunggu. Si Nia ni lama sangat bersiapnya. Bangun tidur pun dah susah." kata Datin Fathiah.
"Ape mama ni. Malu lah Nia." kata Aisya.
Annas yang tadi sibuk bercerita tiba-tiba berhenti apabila melihat Aisya dihadapannya.
"Ha Annas ni lah yang mumy cakapkan tu. Cantikkan." kata Puan Matilda.
Annas masih statik dengan kedudukannya. Terpegun dengan kecantikan Aisya. Berjubah labuh dan bertudung.
"Hei!! Nas ape diam je? Ke terpukau dengan kecantikan Nia?" tanya Puan Matilda.
"Mumy kenapa tak cakap orangnya Aisya?" tanya Annas dalam keadaan berbisik. Aisya dipandangnya dengan pandangan tidak puas hati.
"Mumy taknak kamu meroyan dekat rumah tu bila tahu yang kamu akan kahwin dengan Nia. Tengok baru jumpa pun dah macam kena rasuk inikan pulak kalau kamu tahu awal-awal. Sebab tu mumy rahsiakan dulu." kata Puan Matilda.
"Mumy Nas nak berkenalan dengan Aisya dulu." kata Annas.
"Bukan dah kenal ke?" tanya Puan Matilda.
"Nak kenal lebih mendalam lagi." kata Annas.
"Yelah pergilah." kata Datin Fathiah membenarkan.
Annas memberi isyarat pada Aisya supaya mengikutnya. Aisya hanya menurut. Setelah memastikan mereka jauh daripada ibunya, Annas mula menyoal.
"Kenapa tak cakap tentang ni?" tanya Annas.
"Saya memang nak cakap tapi saya takut kalau awak tak suka." kata Aisya.
"Cakap je lah. Kita memang suka sama suka kan." kata Annas. Aisya tersenyum mendengarnya.
"Annas sorry pasal hari tu." kata Aisya.
"Pasal ape?" tanya Annas.
"Tentang kereta?" kata Aisya takut.
"It's ok lah. Tak payah bayar ganti rugi pun. Saya dah baiki dah pun." kata Annas. Aisya lega mendengarnya.
"Kata nak kenal lebih mendalam." kata Aisya.
"Erm saya tak tau nak kenal macam mana." kata Annas.
"Takpelah kita kenal selepas kahwin je lah." kata Aisya.
"Kenapa?" tanya Annas.
"Yelah kalau lepas kahwin lagi sweet." kata Aisya.
"Alah kita selalu je sweet." kata Annas.
"Itu sweet mendatangkan dosa. Kalau lepas kahwin mendatangkan pahala. Kan lagi bagus macam tu." kata Aisya.
"Oh!! Dah pandai. Padahal dulu dia yang malu-malu bila kita ngorat dia." kata Annas.
"Mana ada. Ok saya bagitau satu perangai saya." kata Aisya.
"Ape dia?" tanya Annas teruja.
"Berkaitan tidur. Saya kalau tidur, tidur mati tau. Lepastu susah nak bangun. Saya tidur lasak jugak." kata Aisya.
"Tau tu mama awak ada cakap tadi. Awak bangun lambat. Siapa punya anak dara lah ni." kata Annas sambil menggelengkan kepalanya. Aisya laju saja mencubit tangan Annas. Meng'aduh Annas kesakitan.
"Ha!! padan muka. Alah nanti orang ni jugaklah yang akan jadi isteri awak. Yang kena ikut perangai keras kepala awak tu." kata Aisya.
"Yelah..orang ni pun akan jadi suami awak nanti. Yang kena tahan dengan perangai Cik Batu Api." kata Annas.
"Eee..Annas." kata Aisya. Lalu mengejar Annas yang telah melarikan diri daripda kena cubit dengan cik ketam.
Bersambung

ANDA SEDANG MEMBACA
Si Pelembut Hati
RomanceNurul Aisyania Humaira seorang gadis persis wanita arab, bermata biru dan baik budi pekertinya apabila berbicara. Murid baru dari England yang masuk ke kelas Annas Sufian. Annas Sufian seorang yang sombong dan kasar apabila berkata-kata. Dia hanya b...