"Nas risau dia akan jatuh cinta dengan orang lain." kata Annas sayu.
"Jangan risaulah sebab dady rasa dia hanya suka dekat Nas je." kata Tuan Adhli meyakinkan anaknya.
"Nas harap macam tulah sebab Nas suka sangat dengan dia. Kalau boleh kalau dia dah balik Nas ingat nak masuk meminang." kata Annas jujur.
"Buatlah Nas dady tak kisah pun asalkan kau bahagia dan tak melanggar batas agama." nasihat Tuan Adhli.
********************
1 Tahun kemudian'Ish rindunya dengan dia. Baru setahun. Nak call tapi takut menggangu. Tak call nanti rindu. Call je lah'
Trut!! Trut!! Trut!! Trut!!
In conversation
"Hello!!"
"Assalamulaikum Aisya!!"
"Eh!! Waalaikumsalam!! Ya Allah Annas rindunya."
"Lah yeke? Kenapa tak call?"
"Memang rasa nak call tapi sibuk sangat. Pagi saya ada kelas. Petang pulak kena jaga office papa."
"Kesiannya. Dah ada pengganti saya ke dekat sana?"
"Ha?? Ape awak merepek ni? Kita kan dah janji nak kahwin takkan saya nak carik yang lain pulak."
"Hehehe takdelah saja tanya. Manalah tau ada melekat dekat mat salleh pulak."
"Tak mungkin dan tak akan. Oklah Annas saya ada meeting dengan client. Nanti kita sembang lagi. Bye!!"
"Bye!!"
End conversation
'Cepatlah balik Aisya. Saya dah rindu sangat ni.'
_________________5 tahun kemudian
"Riana ape yang awak buat ni? Awak sepatutnya bersetuju dengan company Amran Holdings ni. Dialah satu-satunya harapan untuk kita naikkan nama syarikat kita." marah pengurus syarikat Matena Holdings. Pembantu peribadinya (PA) yang dibanggakan dulu kini telah menghampakan harapannya.
"Maafkan saya Tuan Annas. Saya akan berhati-hati selepas ni." kata (PA)nya.
"Pastikan ape yang awak cakapkan tu akan awak laksanakan. Faham?" kata Annas tegas.
"Fa..fa..faham tuan." jawab (PA)nya terketar.
"Awak boleh keluar. Jangan lupa siapkan jadual saya." pesan Annas.
"Baik tuan." jawab Assistantnya pendek. Baru sahaja Riana(PA) ingin melangkah keluar dari biliknya, Annas memanggil.
"Riana jangan lupa buat coffee untuk saya. Jangan buat hal yang sama." pesan Annas. Riana hanya mengangguk lalu berlalu dari situ.
"Penatnya jadi bos. Kena uruskan itulah inilah. Kan bagus kalau dalam office ni ada isteri sendiri. Asal sakit sikit jer 'Sayang tolong picit, sayang tolong urut.' seronoknya." kata Annas sendiri. Annas mula berangan yang dia akan berkahwin dengan seorang wanita bertudung yang dia idamkan dari dulu. Annas kembali tersedar ke dunia nyata apabila Riana masuk ke biliknya.
"Eherm..bos saya nak minta cuti boleh?" tanya Riana.
"Jadual saya dah siapkan?" tanya Annas.
"Bos jangan risau, jadual semua saya dah siapkan. Jadi boleh saya cuti?" tanya Riana buat kali kedua.
"Yelah saya bagi cuti. Ni ada sikit duit untuk baby tu. Ambiklah." kata Annas sambil menghulurkan satu sampul surat yang berisi duit.
"Terima kasih bos. Bos nak saya cari pengganti ke?" tanya Riana.
"Eh!! Tak perlu. Saya boleh cari sendiri." kata Anas.
"Baiklah..saya keluar dulu." kata Riana lalu keluar dari bilik pejabat Annas.
*****************
"Dady macam mana dady dapat pekerja yang baik dan rajin macam kak Riana tu?" tanya Annas setelah duduk di sebelah bapanya yang sedang leka menonton television."Alah dady minta tolong dengan kawan dady. Riana tu anak buah dia." terang Tuan Adhli sambil mata masih fokus dengan berita utama yang disiarkan.
"Oh!! " kata Annas.
"Kenapa kamu tanya?" tanya Tuan Adhli.
"Takda ape-ape saja je tanya. Kak Riana tu dahlah cantik, baik, rajin pulak tu susah nak dapat pekerja macam tu sebab tu lah Nas tanya." kata Annas.
"Kalau macam tu cari lah isteri macam dia. Umur kamu pun dah patut ada isteri." kata Puan Matilda menyampuk.
"Eh!! Mumy ni kesitu pulak. Susahlah mumy nak cari isteri macam tu. Nanti cari-cari dapat yang malas buat kerja dapur pulak. Baik serahkan dekat takdir." kata Annas.
"Itulah jawapan yang kamu selalu cakapkan. Yelah mumy nak tengok takdir kamu." kata Puan Matilda.
Keesokannya
"Aduh!! Lapar pulak. Keluar kejaplah." Annas keluar dari bilik pejabatnya.
"Zahrah saya keluar kejap nanti kalau ada ape-ape call tau." pesan Annas lalu keluar dari syarikatnya. Kereta dipandu ke restaurant kegemarannya. Annas memberhentikan keretanya dengan tiba-tiba apabila telefon bimbitnya berbunyi dan mengakibatkan seorang pemandu melanggar keretanya dari belakang. Annas keluar dari keretanya untuk memarahi kecuaian si pemandu itu.
"Woi kau keluar sekarang. Kau tengok ape yang kau dah buat dengan kereta aku." marah Annas. Pemandu kereta vios itu keluar dari keretanya.
"Hello!! Awak yang berhenti tiba-tiba dan sekarang marah saya pulak? Awak yang cuai. Dahlah berhenti tengah jalan dengan tiba-tiba. It' not my fault" kata gadis itu. Annas mula naik geram.
"Kau lah punya salah. Aku rasa aku dah bagi signal untuk berhenti dan ini bukan tengah jalanlah lembab." maki Annas. Gadis itu tidak mengalah dia terus melawan.
"Memang bukan tengah jalan tapi awak tetap salah. Berhenti dengan tiba-tiba tu boleh mencederakan orang tau." marah gadis itu. Annas masih mahu berdebat dengan gadis itu.
"Kau ni memang buat aku marahlah. Aku dahlah tengah lapar ada jugak kau yang aku makan kejap lagi. Kalau kau yang cedera aku ape kisah." kata Annas. Gadis itu mula membuat muka bengisnya.
"Eeeeee....ape awak kata?"
Bersambung

ANDA SEDANG MEMBACA
Si Pelembut Hati
RomanceNurul Aisyania Humaira seorang gadis persis wanita arab, bermata biru dan baik budi pekertinya apabila berbicara. Murid baru dari England yang masuk ke kelas Annas Sufian. Annas Sufian seorang yang sombong dan kasar apabila berkata-kata. Dia hanya b...