1 bulan kemudian
"Kompang dipalu pengantin baru. Duduk bersanding tersipu malu." nyanyian lagu dan paluan kompang berkumandang apabila kedua belah pengantin tiba. Para tetamu yang hadir enak menjamu selera.
"Tak sangka kita kahwin jugakkan." kata Annas pada Aisya.
"Kalau jodoh tak kemana lah." kata Aisya lalu senyum pada Annas.
"Ok kepada pengantin..silalah ke meja makan untuk bersantapan ya." kata DJ. Annas dan Aisya diiringi ke meja makan. Mereka makan dengan penuh gembira dan bersuap-suapan.
Di satu sudut yang lain, sebuah kereta Vios berhenti di deoan rumah mereka untuk memerhati. Kereta itu memecut laju pergi dari situ.
"Kau tinggalkan aku Annas. Sekali lagi kau pergi dengan perempuan lain. Sia-sia aku bunuh Adwa dulu. Kalau aku tau kau mudah jatuh cinta dengan perempuan macam tu aku akan bunuh semua perempuan dalam dunia ni. Kau hanya akan terpikat dengan aku. Kalau aku tak dapat kau orang lain pun takkan pernah dapat kau. Kau tunggu Aisya. Aku akan buat kau merana sebab rampas Annas daripada aku. Pembunuhan kedua akan tercipta pada tahun 2016 ni. Pembunuhan lebih kejam dari yang dulu. Sasarannya hanya ditujukan untuk pengantin baru. Just wait for me." kata seorang wanita yang bernama Shaeril. Agenda kejam mula berkeliaran di segenap ruang fikirannya.
Tiba di rumah wanita itu penuh dengan kemarahan. Pelbagai barang berharga di dalam biliknya dicampak sana sini. Gambar Annas yang riang tersenyum di pegangnya. Wajah Annas pada bingkai gambar itu diusapnya.
"Annas sayang..you kecewakan i buat kedua kalinya. Kenapa you tak boleh cintakan i? I cintakan you separuh mati tapi you hanya layan i macam sampah. You buat i macam tak wujud dekat sini. I ingat kita akan dirikan rumah tangga yang bahagia lepas i balik dari New Zealand. Tapi perempuan yang bernama Aisya tu dah rasuk you supaya you cintakan dia. Takpe Annas. Kita akan bersama semula. I akan ambik hak i balik. Annas sayang you tunggu tau." kata Shaeril. Air matanya tidak henti-henti untuk mengalir.
"Aisya!! Kau perempuan tak guna. Kau sama je dengan Adwa. Perempuan bodoh. Kau tunggu aku akan bunuh kau. Aku akan bunuh kau lagi teruk daripada aku bunuh Adwa dulu. Aku akan bunuh kau. Aku akan bunuh kau. Aku akan bunuh kau." kata Shaeril. Dalam hatinya tekad ingin membunuh sesiapa sahaja yang merampas haknya. Sasaran pertamanya ialah Aisya. Gadis yang telah merampas kebahagiannya.
__________________"Sayang!! Hauslah tolong ambikkan abang air." minta Annas.
"Alah abang ni pergilah ambik sendiri. Sayang tengah main dengan kitty ni." kata Aisya. Badan kucing yang gemuk itu diusapnya.
"Alah tolonglah. Kitty tu biarlah dulu. Meh sini kitty tu abang jaga." kata Annas.
"No way!! Kitty jom ikut mama. Kita pergi turun bawah ya." kata Aisya lalu mengendong kucing kesayangannya.
"Ceh!! Mentang-mentang ada kucing gemuk tu aku taknak dilayannya. Menyesal aku hadiahkan dia kucing tu." kata Annas.
"Nah bang." kata Aisya memberi secawan air. Annas tidak memperdulikannya. Selimutnya ditarik sehingga menutup mukanya. Merajuk dengan sikap Aisya yang tidak melayan kerenahnya.
"Lah tadi kata nak air. Saya dah bawakan taknak pulak." kata Aisya.
"Taknak awak minumlah sendiri. Pergi bawak kucing kesayangan awak tu jauh-jauh." kata Annas lalu dirinya kembali masuk ke dalam selimut.
"Oh!! Dah tau dah. Awak jeles dengan kitty kan? Kitty boleh manja dengan saya sebab tu awak jeles kan." Syak Aisya.
"Mana ada." nafi Annas.
"Yelah tu. Kitty pergi tidur ya. Bye." kata Aisya. Kucingnya diletakkan di dalam bakul yang telah disiapkan tilam dan bantal yang empuk khas untuk kucingnya. Aisya naik ke atas katil. Selimut yang menutupi tubuh Annas ditariknya.
"Merajuk konon. Dahlah jeles dengan kucing." ejek Aisya.
"Mana ada saya jeles." kata Annas. Aisya mengeluh. Kepala Annas diangkatnya dan diletak atas pehanya. Rambut suaminya diusap.
"Hai!! Annas. Kuat cemburu betul awak ni. Tapi baguslah nanti takde lah isteri awak ni cari yang lain. Sebab dengan kucing pun awak boleh cemburu inikan dengan lelaki lain." kata Aisya. Annas mencebikkan bibirnya.
"Baguslah kalau ape yang awak cakap tu betul. Erm..sayang lelaki yang dengan awak dulu tu siapa?" tanya Annas.
"Kalau abang nak tau dialah yang pertama curi hati saya masa dekat sekolah rendah dulu." kata Aisya. Annas berubah masam. Dia ingatkan dialah yang pertama mencuri hati Aisya tapi malangnya ada yang lain dah curi dulu.
"Macam mana sayang boleh terpikat dengan dia?" tanya Annas dingin.
"Erm rupa, sikap baik dia, dan romantik." kata Aisya.
"Rupa dia? Taklah hensem mana. Lagi hensem abang. Sikap baik dia? Ape abang ni tak baik ke? Romantik? Ceh!! Abang boleh buat lagi romantik daripada dia. Biar hati sayang cair untuk abang je." kata Annas. Jeles apabila mengetahui Aisya ada crush di zaman sekolahnya.
"Tapi ada yang abang tak tau." kata Aisya.
"Tak tau ape? Ada lagi rahsia ke? Tak boleh jadi ni cakap cepat." kata Annas.
"Taknaklah. Cerita tak best pun." kata Aisya. Perasaan ingin tahu Annas membuak-buak. Tiba-tiba idea nakalnya mucul di mindanya.
"Sayang!! Kalau sayang taknak bagitau hidup sayang akan sengsara sepanjang kita cuti ni." ugut Annas. Aisya membuntangkan matanya. Fikirannya mula berfikir ke lain.
"Ok..ok sayang cakap. Zarul tak curi sangat pun hati saya. Cuma saya je dulu terhegeh dekat dia." kata Aisya berterus terang.
"So sekarang?" tanya Annas. Matanya tajam memandang wajah Aisya.
"Sekarang Aisya cuma terhegeh dekat abang seorang je. Yang Zarul tu...boleh blah." kata Aisya.
Bersambung
YOU ARE READING
Si Pelembut Hati
RomanceNurul Aisyania Humaira seorang gadis persis wanita arab, bermata biru dan baik budi pekertinya apabila berbicara. Murid baru dari England yang masuk ke kelas Annas Sufian. Annas Sufian seorang yang sombong dan kasar apabila berkata-kata. Dia hanya b...