Part 32 (Last part)

197 6 0
                                    


5 tahun kemudian

"Ultraman tiga!! Picuww!! Tembak dia." seorang kanak-kanak lelaki berlari dan melompat ke sana-sini

"Ultraman ginga!! Kuasa cahaya. Tembak!!" seorang lagi hanya mengikut gerak gerinya.

"Abang janganlah kacau." jerit seorang kanak-kanak perempuan.

"Betul tu. Kami tengah main ni."

"Faiz jom tembak Farisha dengan Fasha punya barbie"

"Jom!! Picuww!! Tembak dia."

"Mama!! Papa!! Tengok abang Faiz dengan abang Faizal ni."

"Faiz!! Faizal!! Jangan kacau adik-adik kamu. Merekakan tengah main tu." tegah Aisya.

"Sorry mama!!" kata kedua kembar lelaki itu.

"Faiz!! Faizal!! Meh dekat papa." panggil Annas. Kedua kembar lelaki itu berlari dan duduk dipeha papanya.

"Ade ape papa?" tanya Faiz, si kembar sulung.

"Nanti bila dah besar nak tackle perempuan jangan macam tu tau." kata Annas. Kedua kembar itu berpandangan pelik.

"Kenapa papa?" tanya Faizal kembar nombor dua.

"Sebab orang perempuan tak suka macam tu. Kena tackle dia dengan cara yang betul." kata Annas matanya memandang muka Aisya ketika memberi nasihat pada anak-anak lelakinya.

"Ape abang ni ajar anak macam tu pulak." kata Aisya.

"Ape? Betullah ape yang saya ajar. Susah kot nak tackle perempuan. Lagi-lagi macam awak." kata Annas. Aisya mencebik.

"Ni anak-anak perempuan mama. Dengar ni. Nanti bila kamu dah besar jangan cari lelaki macam papa kamu tau." kata Aisya.

"Ok mama." jawab kembar perempuan itu lalu sambung bermain dengan patung barbie mereka.

"Eleh!! Disebabkan papa lah kamu berempat ada tau. So kamu kena berterima kasih dengan papa." kata Annas.

"Terima kasih papa!!" kata anak-anak kembar mereka serentak. Aisya bangun lalu keluar dari rumah. Punggungnya diletakkan di lantai gazebo itu. Memori tentang kehilangan anak sulungnya kembali berliar di ingatan. Sungguh terkejut rasanya apabila pencuri hatinya yang pertama, cuba untuk membunuhnya.

'Sayang..maafkan mama ya. Maafkan mama sebab tak dapat nak lindung kamu. Kalau mama lindung kamu waktu tu, mesti sekarang kamu sedang bermain dengan adik-adik kamu.' kata Aisya dalam hatinya. Ketika dia dapat tahu yang dia kembali mengandung setelah kehilangan anak sulungnya, berita itu tidak dihebohkan. Hanya keluarga terdekat sahaja yang tahu. Dia takut jika hal itu dihebohkan, perkara yang sama akan berlaku. Tetapi syukurnya terhadap ilahi kini semua anak-anaknya selamat. Sekarang kembar yang kelima akan lahir tidak lama lagi.

Annas datang duduk di sebelah Aisya. Muka Aisya yang sedang termenung dikejutnya. Sudah tahulah dia ape yang dimenungkan oleh Aisya. Gadis itu masih tidak dapat terima tentang pemergian anaknya.

"Sayang dahlah tu. Anak kita dah lama pergi. Janganlah diingatkan lagi. Kesian dekat Fairul tau." kata Annas. Aisya mengerutkan mukanya. Pelik apabila suaminya memanggil anaknya yang dulu Fairul.

"Siapa pulak Fairul?" tanya Aisya.

"Anak kitalah. Sebenarnya time first sayang mengandung dulu..abang dah siap nama tau. Fairul Ridzuan. Tapi tak kesampaian. Nama Ridzuan tu abang serah dekat anak-anak kembar lelaki kita." kata Annas.

"Pandai abang bagi nama. So baby yang dalam ni nama dia ape?" tanya Aisya. Perutnya yang buncit itu diusapnya.

"Erm..yang ni sepasangkan. So yang perempuan nama dia....

"Faisya Risya." sampuk kembar perempuannya.

"Yang lelaki pulak?" tanya Annas pada kembar lelakinya.

"Fairul Ridzuan. Kita pakailah nama abang. Lagipun abangkan dah takde. Kalau takde nama pun takpe. Nanti kesian adik takde nama." kata Faizal petah bercakap. Annas mengusap rambut Faizal sambil tersenyum.

"Ok kita pakai nama-nama tu untuk adik-adik kamu ni ya." kata Aisya.

"Yeay." sorak Kesemua kembar itu.

"Dah pergi masuk. Papa nak date dengan mama ni." kata Annas.

"Siapa lari dulu dia menang." kata Annas. Semua kembar itu mula berlari. Setelah kesemua anaknya masuk, bahu Aisya dipeluk.

"Aisya!! Terima kasih tau." kata Annas.

"Kenapa nak berterima kasih pulak?" tanya Aisya.

"Yelah terima kasih sebab dah ubah abang. Kalau dulu abang di jenis susah nak terima perempuan selepas abang kehilangan Adwa. Tapi disebabkan sayang.. abang kembali terasa perasaan cinta. Terima kasih sebab jadi isteri abang." kata Annas.

"Sama-sama. Sayang akan jadi isteri abang buat selama-lamanya. Hanya Dia yang dapat pisahkan kita." kata Aisya. Kepalanya dilentokkan ke bahu Annas.

'Hanya kau..peneman hidupku. Terima kasih sayang. Tiada siapa yang akan jadi isteri ku selain kau. Kau lah SI PELEMBUT HATI ku yang utama'

THE END

Si Pelembut HatiWhere stories live. Discover now