"Kalau awak nak tau orang yang saya kata someone itu adalah awak. Jika awak kata sekarang sebagai salah satu latihan saya untuk hilangkan debarannya awak salah. Sebab setiap kali awak ada sebelah saya je debaran tu tak pernah hilang." terang Annas.
"Jadi membazirlah air mata saya sebab awak." kata Aisya.
"Takpelah lagipun awak memang sukakan saya. Betul tak?" teka Annas. Aisya terus memandang ke luar tingkap.
"Mana ada saya suka awak. Jangan nak perasan." sindir Aisya.
"Yelah tu. 'jadi awak betul-betul suka dia. Saya harap dia pun sukakan awak' " ejek Annas dengan lunak suara Aisya.
"Ish janganlah ejek" kata Aisya lalu menutup mukanya dengan telapak tangan.
************
"Ok kita sampai. Jom turun" kata Annas lalu keluar dari perut kereta. Aisya turut melakukan benda yang sama."Ha?? ice skating?" tanya Aisya terkejut.
"Yelah kenapa?" tanya Annas.
"Saya paling takut permainan ni" kata Aisya jujur dalam ketakutan. Annas tidak menghiraukan keluhan Aisya sebaliknya Annas menarik tangan Aisya masuk ke tempat itu.
Annas ke kaunter untuk mengambil pakaian dan peralatan yang diperlukan.
"Ya encik dan cik saiz baju dan saiz kasut berapa?" tanya pekerja kaunter bersiap sedia untuk mengambil barang yang diperlukan.
"Kasut saya saiz 7 dan perempuan ni saiz 5. Baju pulak saya saiz M dia saiz S. Itu sahaja." kata Annas. Pekerja itu segera mengambil barang yang dipesan. Annas menoleh memandang Aisya disebelahnya. Gadis itu kelihatan takut.
Setelah mengambil barang mereka, mereka terus ke kerusi berdekatan untuk memakai kasut. Annas telah bersiap sedia untuk bermain ice skating. Namun niatnya terbatal apabila melihat Aisya masih tidak memakai kasutnya.
"Hei kenapa ni? Awak ok tak?" tanya Annas. Aisya kelihatan takut.
"Saya tak suka permainan ni. Saya nak balik." kata Aisya.
"Kenapa awak tak suka?" tanya Annas.
"Saya tak tau main." kata Aisya.
"Takpe saya ajarkan. Pakai kasut cepat." kata Annas. Aisya akur dengan perintahnya. Annas menghulurkan tangannya, Aisya hanya menyambut. Annas membawa Aisya ke kawasan tengah.
"Awak kena imbangkan badan dulu. Saya lepaskan tau." kata Annas lalu tangan Aisya perlahan-lahan dilepaskan. Kaki Aisya terketar-ketar namun dia dapat mengimbangkan badannya. Aisya tersenyum lega.
"Ok jom" tangan Aisya digenggamnya lalu kaki laju meluncur. Walaupun takut Aisya berasa selamat di sisi Annas. Tiba-tiba Aisya tidak merasai genggaman tangan Annas lagi. Aisya meluncur dengan sendiri. Annas yang berada jauh darinya dikejar.
**********
Setelah penat meluncur mereka ke food court."Awak nak makan dekat mana?" tanya Annas. Aisya berfikir seketika kerana disekelilingnya terdapat banyak kedai makan.
"Saya nak makan western food." kata Aisya. Mereka bergerak ke kedai western food. Setelah jumpa mereka terus mengambil tempat.
"Yes can I help you?" tanya pelayan yang ingin mengambil order.
"Gift me carrot juice and fish and chips." pesan Aisya.
"Gift me apple juice and lamb chop." pesan Annas pula.
"Just that? Please wait for 15 minutes. Thank you." kata pelayan itu lalu beredar dari situ.
"Annas kenapa awak bagi saya cincin hari tu?" tanya Aisya.
"Kenapa salah ke?" tanya Annas kembali tanpa menjawab pertanyaan Aisya.
"Tak adalah saja tanya sebab saya rasa kalau awak bagi saya coklat pun dah ok tak payah mahal sangat." kata Aisya.
"Takpelah bukan mahal sangat pun. Baru RM 5000 je." kata Annas selamba. Aisya ternganga.
"Awak belanja saya satu bulan RM 500 je. Cukup beli semua peralatan sekolah. Janganlah awak membazir. Duit tu gunakanlah untuk sekolah." pesan Aisya. Annas tersenyum mendengar pesanan Aisya.
"Awak ni kalah mumy saya tau. Mumy kata duit tu guna untuk keperluan saya. Jadi saya gunakan je lah. Tak salah pun. Lagi pun awak salah satu keperluan saya jugak." kata Annas. Aisya pelik.
"Bila pulak saya keperluan awak?" tanya Aisya.
"Awak adalah keperluan seluruh hidup saya. Salah ke saya beli sesuatu untuk keperluan 'Bakal isteri saya'?" kata-kata Annas membuat Aisya terpana.
"Saya nak tau satu je." kata Aisya.
"Ape dia?"
"Kenapa awak buat saya macam ni? Buat saya cair sentiasa? bila hati saya nak beku kembali?" setiap soalan Aisya membuat Annas ketawa.
"Saya buat awak macam tu sebab saya sayang awak. Saya nak jadikan awak untuk saya yang halal. Saya sentiasa buat awak cair sebab saya taknak ada orang lain yang cairkan hati awak. Saya janji selagi awak ada dekat dengan saya hati awak tak pernah beku untuk saya tapi kalau untuk orang lain mintak sangat bekukan hati awak macam batu." kata Annas.
'Aduh tolonglah berhenti wahai hati. Janganlah berdegup laju lagi. Harap dia betul-betul serius untuk jadikan aku yang halal untuknya' kata Aisya dalam hati sambil mencair di setiap perkataan yang keluar daripada mulut Annas.
Bersambung

ANDA SEDANG MEMBACA
Si Pelembut Hati
RomanceNurul Aisyania Humaira seorang gadis persis wanita arab, bermata biru dan baik budi pekertinya apabila berbicara. Murid baru dari England yang masuk ke kelas Annas Sufian. Annas Sufian seorang yang sombong dan kasar apabila berkata-kata. Dia hanya b...