"Eh takpe aku ok" kata lelaki itu sambil tersenyum. Aisya terpana memandang wajah lelaki yang bernama Annas Sufian. Dengan rambutnya yang lebih kemas dari biasa. Baju kemas tiada kedut. Senyuman Annas di balas dengan senyuman paling manis.
"Jom kita jalan sekali." kata Annas. Aisya berjalan di sisi Annas. Wangian kuat menusuk ke hidung Aisya. Bergetar jiwa perempuannya.
"Asstaughfirullahal'azim" Aisya mengucap. Annas terus memandangnya pelik.
"Kenapa kau mengucap?" tanya Annas.
"Ha?? Eh!! Takde apalah. Saja mengucap tak salahkan?" kata Aisya.
Tibanya mereka di kelas suasana riuh-rendah kerana ketiadaan cikgu. Masing-masing bangun dari tempat duduk mereka. Aisya berjalan ke tempat duduknya. Sara di sebelah senyum senget ke arahnya.
"Ape?" tanya Aisya.
"Lambat datang. Korang dating ek?" Aisya membuat muka pelik apabila soalan itu diajukan kepadanya. Tiba-tiba Annas menjawab.
"Sayang cakap je lah kita dating tadi. Buat ape nak sembunyi." kata Annas. Aisya membuat muka peliknya lagi. Tangannya laju ingin menampar bahu Annas. Namun Annas sempat mengelak.
"No no no. Bukan muhrim." kata Annas. Semua pelajar di dalam kelas itu bersorak.
"Hwa Aisya aku telah diambil orang." kata Ridhuan teman rapat Annas.
"Ish ape ni bro. Kata satu rahsia pun tak boleh simpan. Kau couple dengan girlfriend aku pun kau tak cakap" kata seorang lagi teman rapat Annas iaitu Alif.
"Alamak kawan aku dah majulah. Lagi maju daripada aku" kata Zairil pula.
"Ape ni Nia. Aku kawan kau..kau tak cakap pun yang kau couple dengan si dingin ni?" kata Sara. Muka Aisya sudah memerah satu muka.
"Janganlah buat saya macam ni" teriak Aisya lalu menekup mukanya ke meja. Semua menggelakkannya.
___________________Kring!!! Kring!!!
"Nia malam ni kelas kita ada dinner. Kau join sekali tak?" tanya Sara.
"Tengok dulu lah. Aku tanya mama aku dulu. Nanti aku informed dekat kau." kata Aisya.
Di rumah, Aisya ke dapur untuk mencari ibunya. Datin Fathiah yang sedang menyediakan makan malam di tegurnya Aisya.
"Mama buat ape tu?" tanya Sufiyah.
"Mama tengah basuh baju ni." kata Datin Fathiah berloyar buruk.
"Ish mama ni. Erm Nia ada something nak cakaplah." kata Aisya. Datin Fathiah berpaling menghadap anaknya.
"Malam ni kelas Nia ada dinner. So boleh tak Nia nak pergi?" muka yang comel itu di comelkan lagi.
"Pergilah. Tapi janji pukul 10.00 kamu dah ada dekat rumah. Faham?" pesan Datin Fathiah. Aisya mengangguk. Segera dia berlari naik ke bilik untuk bersiap.
Di biliknya almari baju diselongkarnya. Mencari baju yang kena untuk dinner. Sehelai jubah berwarna kelabu, bersulam bunga menjadi tarikannya. Baju itu ditariknya keluar dari almari. Setelah baju di pilih, tuala di capai lalu masuk ke bilik mandi untuk membersihkan diri.
---------------------
"Herm hensem jugak aku pakai baju ni. Pandai mumy pilihkan." kata Annas sambil menilik dirinya di cermin. Tiba-tiba iphone 6-nya berbunyi. Segera di capainya.
Conversation
"Hello!!"
"Wei bro Sara suruh kau tolong jemputkan Aisya."
"Asal aku pulak?"
"Alah kitorang dah sampai hotel ni takkan nak patah balik. Kau sorang je belum gerak. Tolong ek. Assalamulaikum"
"Waalaikumsalam"
End conversation
"Mana minyak wangi aku ni. Kena wangi ni. Erm bawak duit lebih nanti boleh bawak dia shopping. Ok siap."
----------------------
Pin!! Pin!!"Yahoo Sara dah sampai. Mama Nia pergi dulu" kata Aisya lalu menyalam tangan ibu bapanya. Kasut tumit di pakai lalu terus berjalan ke kereta Sara. Pintu kereta di buka. Alangkah terkejutnya Aisya apabila orang yang ada dalam kereta itu adalah Annas.
"Cepatlah masuk sayang. Sayang nak duduk luar ke?" kata Annas. Dengan tidak rela hati Aisya masuk juga ke dalam keretanya.
Tiba di Hotel Sri Kayangan, mereka terus naik lift ke tingkat 4. Tibanya mereka di tingkat 4, mereka terus mencari classmate mereka.
"Nia sini" panggil Sara. Aisya mengambil tempat di sebelah rakannya. Apabila semua telah berkumpul baru mereka mengambil order. Setelah makanan tiba mereka mula menjamah makanan masing-masing.
Setelah selesai makan Aisya bangun dari tempat duduknya. Kakinya melangkah ke kolam yang ada berdekatan. Tangannya mengocak air kolam yang sejuk. Sedang seronok Aisya bermain air kolam seseorang dari belakang menyentuh bahunya. Aisya berpaling untuk melihat kelibat makhluk itu.
"Eh awak. Dah habis makan ke?" tanya Aisya pada lelaki yang menyentuh bahunya.
"Dah habis dah. Awak suka main air ke?" tanya lelaki itu. Aisya mengangguk sambil senyum memandang lelaki di sebelahnya.
"Suka sangat. Waktu saya kecik saya suka main air. Dulu keluarga saya selalu balik kampung. Bila balik kampung je saya akan mandi sungai dengan belakang rumah nenek saya." cerita Aisya. Lelaki itu tersenyum mendengar cerita Aisya.
"Eherm...Aisya kalau saya cakap something boleh?" tanya lelaki itu dengan wajah serius.
"Ape dia?"
"Erm..sejak kali pertama saya jumpa awak..saya mula suka dekat awak tapi saya tak tau macam mana nak ucap." terang lelaki itu.
"Ok then?" tanya Aisya.
"Boleh kalau saya kata saya nak cuba pikat awak?" tanya lelaki itu. Aisya membuat muka pelik.
"Kenapa pulak?" tanya Aisya lagi.
"Sebab ni kali pertama saya jatuh cinta. Jadi saya nak cuba pikat awak dulu." kata lelaki itu.
"Kenapa tak macam lelaki lain? Terus couple je?" tanya Aisya lagi.
"Saya taknak awak bagi hati awak terus sebab saya nak rasa macam mana susahnya tackle awak." kata lelaki itu sambil tersenyum.
Bersambung

ANDA SEDANG MEMBACA
Si Pelembut Hati
RomanceNurul Aisyania Humaira seorang gadis persis wanita arab, bermata biru dan baik budi pekertinya apabila berbicara. Murid baru dari England yang masuk ke kelas Annas Sufian. Annas Sufian seorang yang sombong dan kasar apabila berkata-kata. Dia hanya b...