"Assalamulaikum!! Kereta rosak ke?" tanya seorang hero.
"A'ah rosak. Tak tau nak balik macam mana." kata Aisya dingin.
"Oh!! Kesian. Itulah balasannya apabila tidak membayar ganti rugi kereta orang. Lain kali bila dah langgar tu..jangan marah dekat orang kata itu bukan salah sendiri..jalankan tugas untuk bayar ganti rugi dah cukup. Dahlah aku nak balik. Assalamulaikum!!" kata hero itu lalu berlalu dari situ.
"Ha awak taknak tolong saya ke? Tolonglah saya. Saya sejuk kalau kereta boleh hidup saya boleh pasang alat pemanas. Awak tak kesian dekat saya ke. Nanti saya mati kesejukan tau. Kesian saya. Tolonglah Tuan Annas yang baik hati" kata Aisya merayu meminta simpati.
"Banyaklah mati kesejukan. Ni bukannya tempat berais pun. Baru hujan sejuk sikit dah kecoh. Dah jom cepat naik kereta aku." ajak Annas.
"Macam mana hujan nanti basah lepastu demam." kata Aisya lagi.
"Ish mengada betullah kau ni. Kau tunggu situ." kata Annas. Kotnya ditanggalkan lalu diberi pada Aisya.
"Buat ape bagi dekat saya?" tanya Aisya.
"Kau ni lembab betullah. Tutuplah kepala kau tu. Itu pun tak boleh nak fikir." kata Annas.
"Hehehe sorry." kata Aisya lalu mengikut Annas dari belakang sambil kepalanya ditutup dengan kot milik Annas.
**************
"Eherm..awak saya ada something nak cakap." kata Aisya."Cakap ape? Cakaplah." kata Annas.
"Awak dah tau nama penuh saya?" tanya Aisya.
"Buat ape aku nak tau nama penuh kau. Nama pendek pun dah boleh menyakitkan hati inikan nama penuh." kata Annas.
"Oh!! Kalau awak taknak tau takpelah." kata Aisya.
"Lah itu ke yang kau nak cakapkan? Perkara yang tak penting? Baik tak payah cakap." kata Annas.
"Manalah tau bila saya bagitau nama saya nanti awak terkejut. Baik saya diam." kata Aisya.
"Eleh...buat ape aku nak terkejut. Cakap je lah nama kau tu. Tak heran pun." kata Annas.
"Nama saya Nurul Aisyania Humaira binti Dato'Huzaimi. Maaflah lambat bagitau." apabila Aisya memberitahu saja namanya, Annas terus berhentikan keretanya dengan tiba-tiba.
"Kau tipukan? Aisya tak balik lagi. Kau Nia bukan Aisya. Lagipun kau kasar. Aisya aku kenal lebih lembut bila berkata-kata." kata Annas.
"Setiap manusia boleh berubahkan. Maaflah saya tak cakap dengan awak yang saya dah balik. Saya betul-betul lupa. Saya minta maaf jugak sebab terlebih setahun daripada janji kita. Syarikat papa dekat England ada masalah. Bisnes dia menurun. Sebab tu kami lewat balik Malaysia." kata Aisya.
"Kenapa kau cakap kau tak kenal aku masa dekat restaurant tu?" tanya Annas.
"Awak pun tak kenal saya betul tak? Saya memang nak cakap bila awak sebut nama penuh saya masa tu. Tapi saya dapat mesej dari papa yang dia perlukan saya dekat office. Sebab tu saya lari." kata Aisya. Tiba-tiba Aisya terasa kepalanya diketuk dengan Annas.
"Itu balasannya sebab buat saya tertunggu-tunggu. Awak tau tak saya sunyi bila awak takde dekat sisi." kata Annas.
"Awak sendiri yang cakap bila rindukan saya jumpa dalam mimpi. Tapi saya tak jumpa pun awak dalam mimpi saya. Awak tak masuk pun dalam mimpi saya." kata Aisya.
"Susah tau nak masuk dalam kepala awak yang keras ni. Lagi-lagi budak yang batu api." kata Annas.
____________________"Bye malam ni call tau. Banyak benda yang saya nak ceritakan." kata Annas. Setelah enjin kereta Annas tidak kedengaran lagi di telinganya baru Aisya masuk ke dalam rumah.
"Assalamulaikum!!" kata Aisya memberi salam apabila kaki melangkah masuk ke dalam rumah.
"Waalaikumsalam!! Baru balik ya Nia. Siapa tadi tu? Kereta kamu mana?" tanya Datin Fathiah bertalu-talu.
"A'ah baru balik kalau tak Nia takkan tercenguk depan pintu mama. Tadi tu kawan dia tolong hantarkan sebab kereta Nia rosak." terang Aisya.
"Lah yeke. Kenapa tak call? Kalau tak boleh mama jemput. Kamu ada basah ke?" tanya Datin Fathiah risau.
"Tak basah pun. Oh!! Ni barang yang mama pesan. Nia naik bilik dulu. Nak mandi panas." kata Aisya lalu berlalu ke biliknya.
******************
"Segarnya dah mandi. Eh!! Tadi Annas suruh call. Call kejaplah." kata Aisya. Telefon bimbitnya dicapai dan mencari nama Annas di senarai call. Setelah jumpa butang call ditekannya.In conversation
Annas : Hello!!
Aisya : assalamulaikum!!
Annas : waalaikumsalam!! Ha ingatkan tak call.
Aisya : mana boleh tak call. Ape yang awak nak ceritakan dekat saya?
Annas : awak nak tau tak.... masa awak pergi tu kan first time saya nangis sebab awak.
Aisya : Hahahaha!! Saya istimewa sangat ke sampai awak menangis?
Annas : istimewa sangat dan takde siapa yang boleh gantikan tempat awak.
Aisya : yelah tu. Kalau betul saya ni istimewa saya nak awak jawab satu soalan. Awak ingat tak kita ada pergi library sekolah?
Annas : mestilah ingat.
Aisya : time tu..awak ada baca satu bukukan. Tajuk dia buku kisah hati. Saya nak awak berikan satu ayat yang pernah awak bacakan untuk memikat saya.
Annas : senang je. Eherm..... sejauh manapun kau pergi, takkan pernah jauh pun dari hati ini.
Aisya : Wah!! Terer lah. Maknanya betullah saya ni istimewa untuk awak.
Annas : istimewa sangat. Nia..
Aisya : err..ya?
Annas : janganlah pergi jauh daripada saya lagi. Susahlah hidup tanpa awak. Saya tak dapat nak mengadu masalah saya, dan takde siapa yang buat saya gembira.
Bersambung

ANDA SEDANG MEMBACA
Si Pelembut Hati
RomanceNurul Aisyania Humaira seorang gadis persis wanita arab, bermata biru dan baik budi pekertinya apabila berbicara. Murid baru dari England yang masuk ke kelas Annas Sufian. Annas Sufian seorang yang sombong dan kasar apabila berkata-kata. Dia hanya b...