'Sayang aku kau lupa. Aku kau luka tanpa kau sedar. Sayang selamat tinggal, aku kan pergi buat selamanya. Aku pasti kau bahagia tanpaku selama...'
"Hello Assalamulaikum!!"
"Waalaikumsalam!! Nia jom teman aku tengok wayang." suara di hujung talian tiba-tiba menyapa.
"Tengok wayang? Boleh jugak aku pun bosan ni. Pukul berapa kau nak ambik aku?" tanya Aisya kepada si pemanggil iaitu Sara.
"Aku dah ada depan rumah kau ni" kata Sara selamba.
"Ish kau ni dah ada depan rumah aku baru nak call. Ha kau tunggulah dekat bawah tu. Akak nak siap kejap ya." kata Aisya.
"Kau bersiap lama ke?" tanya Sara.
"Berapa lama kau kawan dengan aku ni? Takkan perangai aku kau tak masak lagi. Paling cepat 30 minit. Bye"
Aisya terus mematikan talian. Setelah selesai menukar pakaian dan ber'make up nipis, handbag dicapai dan turun ke bawah.
"Lamanya kau bersiap. Kulit aku naik hitam tunggu kau bersiap. Dah lah tak jemput masuk." kata Sara. Aisya mula pandang tajam ke arahnya.
"Jangan merungut ek. Kau yang bangang. Dah sampai rumah aku baru nak call. Kau dah tau aku siap lamakan. Ha padan muka kau biar terbakar kulit tu." sakit pulak hati kita -_-
Sara tidak membalas, dia hanya tersenyum sumbing lalu masuk ke perut kereta. Tiba di shopping mall, Sara terus membawa Aisya ke panggung wayang.
"Kau nak tengok cerita ape ni?" tanya Aisya.
"Aku nak tengok cerita munafik" kata Sara sambil tersengeh. Aisya sudah buat muka terkejut.
"Kau taukan cerita paling aku tak suka cerita seram." marah Aisya. Hai mengigaulah kau malam ni Aisya.
"Hehehe..jangan risau aku ajak kau pun sebab aku nak date. Aku just ajak kau teman aku sebab aku malu." terang Sara.
"Habistu aku kena jadi orang ketiga?" tanya Aisya.
"Tak kita berempat. Sebab dia bawak kawan. Ha tu pun dia." kata Sara girang.
Aisya berpaling ke belakang. Muka terkejut di pamerkan.
"Sara kau biar betul. Mamat ni ke peneman aku nanti?" tanya Aisya namun tidak dilayan.
" Baby!! Lamanya tak jumpa you."
"I pun lama tak jumpa you. Ni lah kawan i, Annas."
"I dah kenal pun. Ha Aisya kau ada kawanlah. Jom kita beli tiket. Wei Aisya kau beli makanan dengan Annas tau." kata Sara lalu berlalu dari situ.
Di dalam panggung, mereka duduk berasingan kerana Sara mengambil couple seat. Tiba di bahagian seram Aisya terpeluk lelaki di sebelahnya iaitu Annas Sufian.
"Sorry" kata Aisya lalu sambung memandang ke hadapan.
Annas mendekatkan mukanya ke telinga Aisya. Sesuatu di bisiknya.
"Dah tau takut kenapa kau join jugak diorang tengok cerita ni?" tanya Annas.
"Sara suruh saya teman dia." tiba-tiba muka hantu terus terjenggul di depan skrin.
"Mak!!!! Mama Nia takut" Tangan Annas dipeluk erat. Annas mentertawakan Aisya tanpa henti.
"Hahahahahaha...jom kita keluar dari sini. Takut nanti ada pulak yang terkencing sebab takut." kata Annas dengan sisa ketawanya. Mereka keluar dari panggung wayang. Berjalan di sekitar shopping mall tanpa arah tuju memenatkan kaki Aisya.
"Kita nak pergi mana? Saya penatlah." rungut Aisya. Makin perlahan kakinya melangkah sehingga langkahnya berhenti. Annas yang sedar Aisya kepenatan turut berhenti.
"Ok kau selalu nak pergi mana kalau datang mall ni?" tanya Annas. Kesian pulak tengok awek kepenatan.
"Betul awak nak tau?" tanya Aisya sambil tersenyum.
"Betul" aduh jangan dia pilih shopping sudah. Penat aku nanti.
"Saya nak pergi MPH. Lama saya tak beli buku. Then nak pergi kedai minyak wangi. Erm boleh dikatakan saya nak shopping." kata Aisya teruja. Bagai nak pengsan Annas dibuatnya. Benda yang paling tidak disukainya adalah ber'shopping. Boleh tak dia nak tarik balik kata-katanya dan duduk diam di panggung wayang tanpa kesiankan Aisya. Malangnya masa dah berlalu.
"Annas!! Cepatlah ape awak tunggu tu?" langkah Aisya kembali laju dan meninggalkan Annas di belakang.
"Mumy tolong Nas...Nas tak sanggup."
_____________________Di meja makan Aisya tersenyum dan tergelak sendiri. Naik takut keluarganya melihat sikapnya begitu.
"Nia!! Kamu kenapa ni? Kamu ok ke?" tanya Datin Fathiah.
"Nia oklah mama. Nia masuk bilik dulu." Datin Fathiah mengekori Aisya dari belakang. Pintu bilik Aisya di buka. Tempat di sisi katil di duduknya.
"Nia kamu gila ke? Dari tadi tersenyum. Cuba cerita dekat mama."
"Mama ape perasaan bila mama jatuh cinta?" tanya Aisya. Muka ibunya ditatap.
"Kenapa kamu tanya?" soal Datin Fathiah kembali.
"Sebab Nia rasa......Nia dah jatuh cinta." terang Aisya.
"Jadi ape perasaannya?" soal Datin Fathiah.
"Erm...bila Nia dekat dengan dia Nia rasa selamat tapi hati Nia berdegup laju. Kenapa ya mama?"
"Nia cinta dia lah tu" balas Datin Fathiah sambil tersenyum.
Bersambung

ANDA SEDANG MEMBACA
Si Pelembut Hati
RomanceNurul Aisyania Humaira seorang gadis persis wanita arab, bermata biru dan baik budi pekertinya apabila berbicara. Murid baru dari England yang masuk ke kelas Annas Sufian. Annas Sufian seorang yang sombong dan kasar apabila berkata-kata. Dia hanya b...