"Good morning pekerja-pekerja ku sekalian." kata Annas. Paginya sungguh indah pada hari itu. Manakan tidak apabila pagi-pagi dia dah dapat 'morning kiss' dari Aisya. Memang tersenyum lebarlah.
"Amboi!! bos lepas kahwin muka berseri-seri. Ape rahsianya?" kata Alif kawan lamanya di sekolah menengah yang baru diambil kerja beberapa hari sebelum majlis perkahwinannya.
" Orang bila lepas kahwin ni muka dia lagi berseri. Kau ape tau." kata Annas.
"Jadi bos dah buat gitu-gitu lah ya." kata Alif. Saja ingin mengenakan kawannya.
"Aish!! Kau ni ketuk karang. Kalau kau nak tau kau kahwin je lah. Kau pun ada rupa cuma tak boleh kalahkan aku je lah. Ni kalau kau nak aku ada calon." kata Annas.
"Siapa calonnya?" tanya Alif tidak sabar.
"Ni makcik cleaner office kita ni janda anak seorang. Kau try lah. Mana tau jodoh kau. Lagipun aku rasa sesuai yelah kau kan macam orang tua sikit. Erm..ha memang sesuai lah. Nak?" kata Annas. Alif menarik muka masam.
"Kurang asam kau. Muka aku yang hensem bergaya ni kau kata calon aku makcik cleaner tu? Taknak aku. Lainlah kalau calonnya bini kau ke. Alah dia mesti setuju nak dekat aku. Kau pun mesti nak bermadu dengan aku. Kita kan kawan." kata Alif. Keningnya di jongketkan untuk tanya pendapat Annas.
"Kawan tak kawan. Kalau kau buat macam tu kau aku lesing. Ada hati nak bini aku. Punya susah aku tackle dia kau senang- senang nak bermadu dengan aku. Pi dah." kata Annas lalu berlalu masuk ke pejabatnya.
"Jangan ambil hati bos. Saya gurau je tadi tu. Tapi kalau bos setuju saya on je." jerit Alif.
"Kepala bapak kau aku setuju. Sampai mati pun lah aku takkan bermadu dengan kau." kata Annas. Lalu fail-fail kerja yang berlambak diberikan khas untuk kawannya yang tersayang.
"Ape ni?" tanya Alif.
"Ha ni lah salah satu cabaran yang kau kena hadapi sebelum menjadi seorang suami. Selesaikan semua kerja dalam fail ni. Esok aku nak tengok semua kerja dalam fail ni siap. Bye nak balik." kata Annas. Kakinya mula ingin melangkah keluar dari syarikatnya tetapi Alif menahan.
"Awalnya kau nak balik. Baik tak payah datang." kata Alif.
"Suka hati aku lah nak datang ke tak. Aku yang bos. Lagipun aku datang just nak ambik kertas kerja je. Dah aku balik dulu." kata Annas lalu berlalu dari situ.
___________________Annas pusing ke kiri dan pusing ke kanan. Dirinya berasa bosan apabila Aisya tidak melayannya. Novel juga jadi pemikat hati gadis kecil itu.
"Sayang!!" panggil Annas. Namun tidak dilayan Aisya.
"Sayang!!! Pandanglah sini." kata Annas. Aisya hanya menoleh sekilas dan kembali membaca novelnya.
"Ish!! Hari tu kitty hari ni novel. Bila awak nak layan saya ni?" rungut Annas.
"Ya..ya saya layan awaklah ni." kata Aisya tetapi matanya masih di tumpu pada novelnya. Annas menarik rambutnya tanda geram.
"Eee...geramnya. Nurul Aisyania Humaira binti Dato'Huzaimi, silalah pandang encik suami awak ni yang bernama Annas Sufian bin Tuan Adhli. Tolonglah pandang." kata Annas geram.
Aisya memandang Annas tajam. Buku novelnya ditutup dengan kasar lalu diletakkan di atas meja.
Badannya di baringkan lalu mukanya di dekatkan ke muka Annas. Annas mula tidak selesa. Mukanya berona merah apabila Aisya memandangnya begitu. Tidak lama kemudian ciuman hangat melekat di pipinya.
Ketika itu masa seakan-akan terhenti. Annas memandang Aisya disebelahnya. Gadis itu menutup dirinya dengan selimut. Perlahan-lahan tangan Annas memeluk Aisya yang berada dalam selimut itu.
"Sayang!! Thanks for the kiss. Pandai awak buat saya terpikat. Kata-kata saya tadi tu..saya tarik balik." kata Annas. Aisya masih tidak berpusing menghadapnya.
"Sayang awak nak tau tak. Dulu kan masa saya sedih kehilangan Adwa saya terfikir masih akan ada lagi ke seseorang yang buat hati saya terpikat seperti mana Adwa buat saya terpikat dengan dia. Lepastu mumy pesan tau dia kata 'Akan ada seseorang yang buat hidup Annas bergoncang. Dialah yang akan buat Annas tersenyum dan juga berduka.' waktu tu abang tak faham maksud mumy tau. Tapi lepas hadir sayang dalam hidup abang, abang dah mula faham setiap kata-kata mumy tu." kata Annas. Cerita Annas itu membuat Aisya berpaling menghadapnya.
"Jadi maksudnya Aisya buat hidup abang kucah-kacih macam tu? Aisya ada buat abang berduka ke? Kalau ada cakaplah." kata Aisya takut Annas pergi darinya.
"Bukan setakat tu je. Ciuman hangat yang sayang bagi dekat abang tu pun dah buat abang jadi gila tau. Betullah kata-kata mumy 'jaga-jaga dengan orang tu, sebab dia yang akan jadi segalanya. Saya dah percaya. Sebab orang itu adalah awak yang ada di sebelah saya." kata Annas lalu tersenyum pada Aisya.
Bersambung

ANDA SEDANG MEMBACA
Si Pelembut Hati
RomanceNurul Aisyania Humaira seorang gadis persis wanita arab, bermata biru dan baik budi pekertinya apabila berbicara. Murid baru dari England yang masuk ke kelas Annas Sufian. Annas Sufian seorang yang sombong dan kasar apabila berkata-kata. Dia hanya b...