"Aku....suka someone tapi aku tak tau yang dia suka aku atau tak." kata Annas. Sejujurnya bukan itu yang hendak disampaikannya. Bagai retak hati Aisya mendengarnya.
'Suka someone. Bukan diri kaulah Aisya. Jangan harap dia suka kau. Jangan pernah berharap.' bisik hatinya. Air mata yang hendak mengalir dilapnya.
"Kau ok? Mata kau merah. Kau menangis ke?" tanya Annas. Aisya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum.
"Tak saya tak menangis pun. Jadi kenapa awak panggil saya?"
"Aku nak kau tolong aku macam mana nak pikat dia." kata Annas.
"Kenapa mesti saya?" tanya Aisya.
"Sebab aku rasa ape yang dia suka sama dengan kau." terang Annas.
"Macam mana awak boleh jatuh cinta dengan dia?" tanya Aisya. Soalan yang agak susah keluar dari bibirnya.
"Tak tau. Sejak pertama kali aku pandang dia aku dah mula jatuh cinta. Cara percakapannya,gaya jalan,senyuman dia, dah cukup buat aku jatuh cinta." kata Annas. Muka Aisya direnung apabila perkataan itu keluar dari mulutnya.
"Oh!! Jadi awak betul-betul jatuh cinta dengan dia. Saya harap dia pun sukakan awak." tiba-tiba air matanya mengalir laju. Aisya terus berlalu dari situ tanpa berpaling memandang Annas.
'Aku yakin dia pun sukakan aku. Kalau tak dia takkan menangis depan aku bila aku kata aku suka orang lain' gembira hatinya apabila mengetahui yang Aisya sukakannya.
______________________Tiba di rumah Aisya menangis sendiri. Air mata mengalir laju apabila orang yang dicintai mencintai orang lain.
'Salah kau jugak. Kau suka dia tapi kau tak cakap. Kalau kau cakap mesti takkan jadi macam ni' bisik hatinya.
Dengan langkah yang lemah, kaki menapak ke bilik air untuk mengambil wuduk. Telekung putih bersulam bunga di sarung. Setelah selesai solat zuhur, telekung di tanggal dan dilipat rapi lalu di letak ke dalam almari.
Kerana terlalu penat Aisya merebahkan badannya ke katil. Baru sahaja mata ingin lelap, iphone 6 nya berbunyi. Telefon dicapai lalu men'slide ke button jawab.
'Hello!! Assalamulaikum'
'Waalaikumsalam!! Hai Aisya'
'Annas macam mana awak dapat nombor telefon saya?'
'Aku minta dekat Sara. Aisya siap cepat aku nak jumpa kau ni'
'Ha dekat mana? Buat ape? Kenapa? Perlu ke? Baju ape?'
'Ish banyak tanya pulak. Kan aku minta tolong kau untuk pikat dia'
'Erm ok. Awak jemput saya atau saya pergi sendiri?'
'Aku jemput kau. Jangan lambat tau. Bye'
Talian telefon dimatikan. Aisya segera bangun daripada baringnya. Almari di buka untuk mencari baju.
"Nak pakai baju ape? Yang ni tak. Ni pun tak. Alah tak tau nak pakai baju ape" keluh Aisya. Setelah 20 helai baju yang ada di dalam almarinya tidak kena dengan cita rasanya, akhirnya baju blouse menjadi pilihannya. Tudung selendang dililit di kepala. Make up nipis menyerikan lagi wajahnya. Dirinya ditilik di cermin. Setelah berpuas hati kaki melangkah menuruni tangga.
************
Pin!! Pin!!Bunyi hon kereta BMW kedengaran di luar rumah. Aisya menyarung kasut conversnya dan melangkah keluar dari kawasan rumah.
Di Cool Blog
"So nak start dari mana?" tanya Aisya. Annas diam membisu. Muka Aisya ditilik dari dalam kereta lagi. Walaupun hanya berpakaian biasa, Aisya tetap kelihatan cantik di matanya.
"Eherm...cara nak pikat perempuan." jawab Annas.
"Ok....first kalau awak nak tau perempuan ni terpikat dengan ayat romantik."
"Macam mana ayat dia?" tanya Annas.
"Contoh perempuan tu pakai biasa je tapi bila awak kata macam ni 'awak cantik sangat' ayat tu je dah boleh buat dia tergoda tau" jelas Aisya bersungguh. Annas tersenyum melihat gelagat Aisya.
"Awak cantik sangat harini. Wangi. Saya suka" kata Annas. Pada mulanya Aisya terkejut kemudian dia tersenyum kelat.
'Andai ayat itu betul-betul untuk aku' hati Aisya berkata. Agak sedih hatinya.
"Lepastu apa lagi?" soal Annas segera. Riak muka Aisya kelihatan sedih kerana ayat yang disampaikan tadi.
"Eherm...second perempuan akan suka apabila lelaki membuat kejutan untuk dia. Contohnya bagi hadiah untuk dia bila hari jadi dia." jelas Aisya lagi.
"Kau suka ape?" tanya Annas. Aisya diam berfikir.
"Coklat" jawab Aisya pendek sambil tersenyum.
________________"Nia bangun. Kenapa kamu tak bangun lagi ni? Bangun nanti lewat." kejut Datin Fathiah. Aisya bangun daripada baringnya. Tuala berwarna pink di capai lalu masuk ke bilik air. Setelah selesai bersiap kaki melangkah menuruni tangga. Tangan ibunya di salam dan terus masuk ke dalam kereta bapanya.
Tiba di sekolah Aisya melangkah keluar dari perut kereta bapanya. Aisya melajukan langkahnya apabila loceng mula belajar berbunyi. Dengan langkah yang laju, tiba-tiba Aisya dengan tidak sengaja melanggar seorang lelaki. Masing-masing jatuh terduduk ke lantai.
"Aduh!!" Aisya dan lelaki itu mengaduh kesakitan.
"Saya minta maaf. Saya tak sengaja langgar awak." Aisya meminta maaf pada lelaki di hadapannya itu.
"Eh takpe aku ok." kata lelaki itu sambil senyum pada Aisya.
Bersambung

ANDA SEDANG MEMBACA
Si Pelembut Hati
RomanceNurul Aisyania Humaira seorang gadis persis wanita arab, bermata biru dan baik budi pekertinya apabila berbicara. Murid baru dari England yang masuk ke kelas Annas Sufian. Annas Sufian seorang yang sombong dan kasar apabila berkata-kata. Dia hanya b...