Part 22

77 2 0
                                        

"Bosannya hari minggu. Nak pergi kerja malas pulak. Duduk rumah boring. Ape nak buat ni?" kata Annas sambil memikirkan perkara yang patut dilakukan apabila kebosanan tiba. Sedang Annas leka memikirkan aktiviti yang akan dilakukannya, telefon bimbitnya berdering menandakan seseorang menelefonnya.

In conversation

Annas : hello!?

??? : hei my honey. Owh!! Suara you buat hati I bergetar.

Annas : Shaeril want do you want?

Shaeril : nothing, just want hear your voice. I tak percaya you still simpan number i. How sweet you are.

Annas : aku tak simpan pun lah nombor kau. Tak berguna dekat aku pun.

Shaeril : don't be angry honey. Can we meet? I really missed you so much.

Annas : aku malaslah. Lagipun tengok muka kau tu menyakitkan hati.

Shaeril : benci sangat ke you dekat i ? Besar sangat ke dosa i dekat you?

Annas : benci? Aku lagi benci kau dari orang lain yang pernah buat salah dekat aku. Dosa kau tu terlalu besar sampai aku tak dapat nak maafkan kau.

Shaeril : baby ape salah i?

Annas : ape salah kau? Lagi nak tanya? Kau dah bunuh orang yang paling aku sayang. Kau bunuh dia depan mata aku.

Shaeril : oh!! About Quratul Adwa? Perempuan tak guna tu?

Annas : kau siapa nak panggil dia macam tu? Kau perempuan tak guna. Kau rampas orang yang paling berharga dalam hidup aku Shaeril.

Shaeril : ok i'm sorry. Saya tak sengaja buat semua tu.

Tut!! Tut!! Tut!!

End conversation

"Kenapa? Kenapa dia ingatkan aku balik? Tak guna punya perempuan." kata Annas. Memori masa silamnya kembali di ingatan.

8 tahun yang lalu

"Annas tolonglah. I cintakan you tapi kenapa Adwa yang you cintakan? Kenapa bukan i?" tanya seorang gadis bernama Shaeril Ashali.

"Aku tak cintakan kau. Aku cintakan Adwa. Lagipun your not my type. Kau ingat dengan perangai gedik kau tu aku nak dekat kau? Please. Taste aku orang macam Adwa." kata Annas lalu berlalu dari situ.

'Macam tu kau balas cinta aku? How dare you. Ok aku akan pastikan kau cinta aku seorang. Adwa yu wait for me.' kata Shaeril dalam hati. Benci semakin dalam terhadap gadis ayu bernama Quratul Adwa.

**********
"Adwa i nak jumpa you dekat rooftop sekolah ok." kata Shaeril. Adwa hanya menurut. Shaeril diikutnya dari belakang. Tiba di rooftop, Shaeril mengeluarkan sebilah pisau lipat dari poket bajunya.

"Shaeril ape awak buat ni?" tanya Adwa. Langkah kakinya mengundur ke belakang.

"Aku benci kau Adwa. Sebab kau Annas tolak cinta aku. Sebab kau aku hilang kawan." kata Shaeril. Pisau diacukan ke Adwa.

"Saya tak buatlah. Kawan awak yang nak rapat dengan saya. Annas saya cuma anggap dia sebagai sahabat tak lebih dari tu." kata Adwa.

"Kau tipu. Cara kau layan dia lebih dari tu. Aku tak kira aku nak bunuh kau. Kalau kau takde Annas mesti cinta aku. Kawan aku mesti datang dekat aku." kata Shaeril lalu ketawa dengan megah. Shaeril menghampiri Adwa dengan lebih dekat. Adwa ke belakang sehingga tiba di dinding penghalang. Adwa melihat ke bawah. Jalan raya yang dipenuhi kereta yang laju. Adwa memandang ke hadapan dan Shaeril telah mengacukan pisau dilehernya.

"Shaeril tolonglah jangan. Tolonglah Shaeril." kata Adwa. Air matanya laju mengalir. Shaeril turut menangis.

"Aku tak sanggup nak bunuh kau. Tapi kau yang paksa. Sejak kau datang sekolah ni hidup aku tak tenteram. Semua yang aku sayang kau rampas." jerit Shaeril.

"Shaeril!!" jerit seorang lelaki. Shaeril pusing ke belakang.

"Annas!!" bibirnya mengukir senyuman apabila melihat Annas.

"Kau letak pisau tu sekarang." kata Annas.

"Tak i takkan buang pisau ni selagi perempuan ni tak mati. You datang dekat, dia mati." ugut Shaeril. Pisau ditekan ke leher Adwa sehingga mengalir darah. Tanpa membuang masa Annas berlari untuk mendapatkan Adwa. Shaeril yang terkejut telah menolak Adwa jatuh ke bawah. Darah laju mengalir di kepala Adwa.

"Adwa!!!" jerit Annas. Kakinya begitu lemah sehingga Annas jatuh melutut. Air mata laju mengalir di pipi Annas. Gadis yang paling dicintainya. Gadis yang telah dianggap sebagai adik sendiri telah mati dibunuh.

"Hahahahahaha!! Adwa mati. Annas dia dah mati. Sorry. I tertolak. Salah you lah lari sampai buat i terkejut. Hukumannya you kena couple dengan i." kata Shaeril.

"Kau pergi dari sini. Perempuan gila." jerit Annas.

"Sampai hati you. I buat untuk kebahagian kita. I akan dapat cinta you. Dapat kawan-kawannya i. Cikgu-cikgu akan suka i balik. Semua i dapat. Lepasni hidup i akan tenteram balik. Bestnya. " sorak Shaeril.

"Annas you tak happy ke? Oh it's make you sad right. Hahahaha. Sorry it's my fault. Wow!! First time in my life I kil someone who I hate. It's feel better." kata Shaeril.
________________

"Adwa maafkan abang. Semuanya salah abang. Adwa." tangis Annas apabila mengingat kembali peristiwa hitam dalam hidupnya. Seorang sahabat yang setia, seorang adik perempuan yang dicintainya dan seorang kekasih yang berharga itulah Quratul Adwa. Seorang gadis yang paling disayangi Annas. Apabila tiba saat sukar dia datang menjadi sahabat, apabila saat sedih dia tiba sebagai seorang ahli keluarga dan apabila tiba saat buntu dia datang sebagai sang kekasih penunjuk jalan. Semuanya telah lenyap sejak pemergiannya.

Namun kini semua itu kembali diganti dengan seorang gadis yang disayanginya. Hanya dia saja yang dapat menyempurnakan ketiga-tiga watak itu. Masa silam yang hitam, gelap dan menakutkan telah diganti dengan cahaya yang cerah penuh dengan kegembiraan yang berpanjangan. Ianya adalah Nurul Aisyania Humaira. Gadis masa depan Annas yang satu.

Bersambung











Si Pelembut HatiTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang