Part 28

96 2 1
                                        

"Shaeril!! Makanlah. Kamu tak lapar ke? Dah dekat seminggu kamu tak makan. Nanti kamu sakit sayang." kata Datin Lisa.

"Mumy dia tinggalkan Shaeril mumy. Selama ni Shaeril hanya menagih cinta dari dia je mumy. Dia tak pernah cintakan Shaeril. Shaeril nak Annas mumy. Shaeril nak Annas." tangis Shaeril. Selepas mendapat tahu yang Annas telah berkahwin hidupnya kembali gelap tanpa adanya cahaya cinta.

"Shaeril Annas tak pernah sukakan kamu. Dia ada cinta hatinya sendiri. Dulu sebelum Annas berkahwin kamu taknak menagih cinta dia. Kamu hanya pandang si Azlan je. Dahlah tu. Tak baik seksa diri macam ni. Bersihkan diri kamu tu." kata Puan Lisa lalu keluar dari bilik anak perempuannya.

"Aisya perang akan bermula hari ni. Aku takkan bagi belas kasihan dekat kau. Lepas aku bunuh kau akan dapat Annas dan kami akan hidup bahagia selamanya tanpa ada pengganggu. Just wait for me." kata Shaeril. Nafsu membunuhnya mula kembali. Sesiapa yang menghalang pasti akan merasai mati. Itulah prinsip hidupnya. Tiada sesiapa yang boleh menghalang kehendaknya walaupun ibunya sendiri tetap akan dibunuhnya.
_______________

Selepas membersihkan diri, Aisya terus ke dapur untuk memasak. Peti sejuk dua pintu di bukanya untuk melihat barang-barang untuk memasak.

"Alamak!! barang dah habislah. Nak pergi beli barang. Bagitau Annas dululah." kata Aisya selepas melihat barang di dalam peti sejuk itu hanya minuman berkabonat dan sedikit lebihan makanan pada hari sebelumnya.

Telefon bimbitnya yang berada di atas kabinet digapainya. Nombor Annas dicari dan di dailnya.

In conversation

Annas : Hello!! Assalamulaikum!!

Aisya : Waalaikumsalam!! Abang Aisya ni.

Annas : Erm..ada ape sayang?

Aisya : Saya nak pergi ke super market sekejap. Abang boleh temankan tak?

Annas : Alamak!! Tak bolehlah sayang. Kerja abang dekat pejabat ni banyak.

Aisya : Oh yeke? Takpelah kalau macam tu saya pergi seorang. Saya letak dulu.

Annas : Sayang tunggu.

Aisya : ape dia?

Annas : Sorry abang betul-betul busy. Lepasni abang ada meeting dengan company.

Aisya : It's ok. Abang ada kerjakan. Buat betul-betul tau.

Annas : Ok be carefull. Bye.

End conversation

Selepas memberi tahu suaminya, Aisya segera bersiap. Enjin kereta BMW di hidupkan dan memecut keluar dari kawasan perumahan itu. Di pertengahan perjalanan kepala Aisya tiba-tiba terasa sakit. Tekaknya terasa loya. Pemanduannya segera dilajukan ke super market. Setelah tiba hala tujunya hanya satu iaitu tandas.

Segala isi perutnya dikeluarkan. Kepalanya makin terasa sakit. Sakit yang berdenyut sehingga terasa dunia seolah-olah berputar. Telefon bimbitnya dikeluarkan dari beg tangannya. Nombor Annas di dailnya. Namun, tidak diangkat kerana Annas mematikan telefonnya supaya tidak menganggu mesyuaratnya.

Aisya segera keluar dari super market dan ingin pulang ke rumah. Tiba di rumah, Aisya terus ke sofa untuk merehatkan dirinya.

*************
"Assalamulaikum!! Sayang abang dah balik ni." kata Annas. Mukanya berkerut apabila keadaan rumahnya gelap. Suis lampu dicarinya dan dibuka. Apabila lampu sudah terbuka, mukanya terkejut apabila melihat sekujur tubuh Aisya di sofa. Annas datang menghampiri Aisya.

"Sayang..sayang ok tak ni? Sayang sakit ke?" tanya Annas. Kepala Aisya diusapnya.

"Saya rasa tak sihatlah." kata Aisya. Aisya menolak Annas ketepi untuk pergi ke tandas.

"Uwerk!! Uwerk!! Uwerk!!" segala isi perutnya keluar. Annas memapah Aisya ke sofa. Riak wajah risau terpamer di muka Annas.

"Kita pergi klinik ya. Awak silap makan ni. Pagi tadi ada makan tak?" tanya Annas. Aisya menggeleng.

"Masuk angin lah tu. Jom kita pergi klinik." kata Annas.

"Taknak. Ok je ni. Lepasni ok lah. Tak payahlah pergi klinik." kata Aisya.

"Tak boleh taknak. Jom kita pergi klinik. Nanti melaratlah." kata Annas. Dengan terpaksa Aisya hany mengikut perintah Annas.

Di klinik

"Macam mana doktor? Dia demam ke?" tanya Annas.

"Alhamdulilah!! Keadaan dia dan bayi nya sihat." kata doktor wanita itu.

"Wait..dia dan bayi?" tanya Annas pelik.

"Ya!! Oh awak berdua tak pernah datang ke klinik untuk check ke?" tanya doktor itu. Annas menggeleng dan menandang Aisya di sebelahnya.

"Jadi kalau macam tu..tahniah isteri awak mengandung 5 minggu." bersinar wajah Annas mendengarnya. Setelah mendapat berita menggembirakan itu mereka segera pulang ke rumah untuk memberitahu ibu bapa mereka.
_________________

"What?? Aisya mengandung mumy?" tanya Shaeril terkejut.

"A'ah dia mengandung. Aunty Matilda yang hantar moment dekat wechat. Dia kata tak lama lagi dia akan jadi nenek." kata Puan Lisa.

'Tak boleh jadi ni. Aku kena buat misi ni dengan cepat. Seorang je yang aku boleh harapkan.' kata Shaeril.

In conversation

Shaeril : hello!! I nak jumpa you. Dekat tempat kita jumpa dulu.

??? : ok.

End call

"Sorry lambat. Ada ape kau nak jumpa aku?" tanya seorang lelaki pada Shaeril.

"Aku nak kau tolong aku untuk bunuh Aisya." kata Shaeril.

"What?? Taknak aku. Aku taknak masuk penjara macam kau." kata lelaki itu.

"Kalau kau taknak Adhia aku bunuh macam aku bunuh akak dia." kata Shaeril.

"Huhuhu...no way. Adhia cinta hati aku. Adwa kau bunuh pun sebab aku yang arahkan. Kalau tak kan berani untuk bunuh dia." kata lelaki itu.

"Ceh!! Aku pun berani lah maknanya. Kalau aku tak bunuh Adwa kau takkan dapat Adhia macam sekarang ni tau. Jadi kali ni kau kena tolong aku." kata Shaeril.

"Tapi Aisya kawan aku. Aku taknak mengkhianati dia." kata lelaki itu.

"Kau nak Adhia ke Aisya? Kau nak cinta kau yang hilang atau kawan kau?" tanya Shaeril.

"Kawan yang hilang. Aku tak sanggup kehilangan Adhia." kata lelaki itu.

"Good!! Jadi kita kena bersatu." kata Shaeril.

"Jadi ape rancangan kau?" tanya lelaki itu.

"Macam ni.......

Bersambung



Si Pelembut HatiTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang