Part 15

87 3 0
                                    

Kring!! Kring!!

In conversation

Aisya : Hello!!

??? : Nia kau jahat. Sanggup kau tak cakap dengan aku.

Aisya : Eh!! Ape ni Sara? Tiba-tiba je.

Sara : kau tak cakap pun yang kau nak pindah. Sampai hati. Kita dah kawan 9 tahun takkan ni pun kau tak boleh nak bagitau.

Aisya : Sorry aku lupa. Aku minta maaf sangat kalau aku ada salah dengan kau. Tolong maafkan aku.

Sara : Tak payah minta maaflah. Aku dah lama maafkan kau. Kau gerak pergi England bila?

Aisya : Esok dalam pukul 10.00 am.

Sara : Ok set esok aku datang. Bye nak tidur nanti tak bangun pulak esok.

Aisya : Ok bye

End conversation

"Nia cepat penerbangan kita pukul 10.00 pagi ni. Nanti lewat pulak." panggil Dato'Huzaimi. Aisya segera mengangkat beg pakaiannya keluar dari bilik.

"Semua dah siap? Takda ape-ape yang tinggal lagi?" tanya Datin Fathiah risau.

"Semua dah siap. Takda yang tinggal pun. Inshaallah" jawab Aisya tenang.

"Dah cepat masuk kereta nanti lewat pula ke KLIA." kata Dato'Huzaimi lalu menghidupkan enjin keretanya. Kereta BMW itu laju memotong lebuh raya yang penuh sesak.

***************
"Nas bangunlah. Kamu taknak pergi ke KLIA ke?" tanya Puan Matilda. Annas yang masih dalam keadaan pisat membuat muka pelik.

"Buat ape pergi sana? Nas ngantuklah mumy." kata Annas lalu menarik selimutnya menutup tubuhnya.

"Kan hari ni Aisya dengan keluarga dia berlepas ke England . Kamu tak ingat ke?" tanya Puan Matilda. Annas segera bangun dengan kelam kabut dan terus ke bilik air.

'Aduh macam mana boleh lupa ni? Mandi kerbau je lah. Aisya tunggu saya.' kata Annas sendiri. Baju t-shirt hitam disarung. Seluar jeans yang siap terletak di atas sofanya dicapai. Langkahnya ke cermin, rambut dibetulkannya hanya menggunakan jarinya.

Setelah siap Annas terus keluar dari rumahnya. Kereta BMW ibunya di pandu tanpa meminta izin.

***************
'Ish mana Annas ni. Dia taknak tengok aku ke buat kali terakhir? Annas cepatlah datang.' kata Aisya dalam hati.

"Penumpang bagi pesawat MH78 sila menunggu di pintu pesawat sekarang. Pesawat akan berlepas dalam 20 minit lagi" kata petugas di KLIA itu.

"Nia jaga diri tau. Jangan lupakan aku tau" pesan Sara lalu memeluk kawannya.

"Iman aku minta maaf tau kalau ada buat salah dengan kau. Kita dah kawan 5 tahun dah. Jaga diri kau dekat sana. Jangan lupakan aku." kata Syawal Danish kawan Aiman. Kawan baiknya dipeluk erat.

"Kau ni tak payah sedih sangat. Kau contact je aku nanti." kata Aiman. Kakinya mula melangkah mengikut keluarganya ke pintu utama pesawat.

'Kenapa dia tak datang tengok aku? Annas datanglah.' bisik hatinya. Aisya melihat sekeliling mencari kelibat Annas. Perasaannya hampa apabila kelibat Annas tiada di situ. Apabila kakinya mula melangkah namanya dipanggil seseorang. Aisya menoleh mencari kelibat yang menyebut namanya. Hatinya berbunga kembali apabila orang yang ditunggu tidak menghampakannya.

"Aisya!! Tunggu saya jangan pergi dulu." Annas berlari ke arah Aisya. Apabila tiba dekat dengan Aisya, Annas mengambil nafas.

"Saya ingat awak tak datang." kata Aisya.

"Mana boleh tak datang. Kitakan nak berpisah." kata Annas sayu. Aisya mula sedih.

"Jangan lupa jaga diri awak tau. Inshaallah kalau kita jumpa dan masing-masing masih tidak berpunya kita akan kahwin." pesan Annas.

"Yelah..saya pergi dulu. Bye." Aisya mula berlalu dari situ. Kakinya melangkah masuk ke pintu pesawat.

'Dapatkah dia jaga diri untuk aku? Selamat ke dia tanpa aku? Adakah dia akan melupakan aku bila dia dah jumpa orang baru?' bermacam-macam soalan yang berlegar di kotak fikiran Annas.

*************
Annas pulang ke rumah dengan muka yang sedih. Puan Matilda yang duduk di sofa sambil membaca majalahnya terhenti apabila melihat muka anak lelaki tunggalnya.

"Nas kamu ok ke? Sedih je muka? Ada benda buruk yang berlaku ke?" soal Puan Matilda.

"Nas ok je mumy takda benda yang berlaku pun. Cuma Nas sedih sebab Aisya dah pergi." kata Annas.

"Biasalah tu. Kamu kan rapat dengan dia. Nanti dia baliklah tu." kata Puan Matilda memberi semangat pada anaknya.

"Mumy Nas naik bilik dulu." kata Annas lalu kakinya mula melangkah. Tiba-tiba Puan Matilda bersuara.

"Nas!!" panggil Puan Matilda.

"Ya mumy ada ape?" jawab Annas. Badannya di pusing menghadap ibunya.

"Tadi dady ada cakap dekat mumy yang dia nak jumpa kamu dekat office bila kamu dah balik. Nanti kamu pergi ya. Katanya ada hal penting." kata Puan Matilda. Annas hanya mengangguk dan berlalu ke biliknya.

Selepas menunaikan solat zohor, Annas bersiap untuk berjumpa bapanya. Tiba di pejabat bapanya pintu diketuk. Setelah mendengar suara garau bapanya membenarkannya masuk baru Annas melangkah masuk.

"Ada ape dady nak jumpa Nas? " tanya Annas. Kerusi empuk yang berhadapan bapanya di duduknya sambil menunggu jawapan daripada bapanya.

"Sebenarnya ada sesuatu yang dady nak bincangkan. Nas tahukan yang umur dady makin meningkat dan kamu jugalah satu-satunya anak dady. Jadi dady ingat dady nak serahkan syarikat dady pada kamu." terang Tuan Adhli bapa Annas.

"Jadi Nas kena sambung belajar ke?" tanya Annas. Tuan Adhli menggeleng.

"Tak perlu sambung belajar. Dady yang akan ajarkan kamu. Tugas yang mudah je. Hanya perlu belajar dalam masa seminggu." kata Tuan Adhli dengan yakin.

"Nas tak kisah." kata Annas. Tuan Adhli memerhati wajah anak lelakinya yang penuh dengan seribu kerisauan.

"Nas kamu ada masalah ke? Cuba cakap dengan dady." kata Tuan Adhli. Tangan anak lelakinya ditarik ke sebuah sofa dikhaskan di dalam bilik itu.

"Takde apelah dady." kata Annas masih mahu bersembunyi dalam masalahnya.

"Dady tau kamu ada masalah. Kamu risau ape ni?" kata Tuan Adhli masih mendesak anaknya supaya memberi tahu masalah yang dihadapinya.

"Sebenarnya Nas suka dengan seorang perempuan ni. Dia sekarang dah bergerak ke England." kata Annas.

"Jadi ape yang kamu risaukan?" tanya Tuan Adhli.

"Nas risau......

Bersambung

Si Pelembut HatiWhere stories live. Discover now