"Nia bangun tolong teman mama pergi pasar." kejut Datin Fathiah.
"Alah mama...ajaklah Aiman. Nia nak tidur." kata Aisya ingin menyambung tidurnya.
"Aiman memang ikut sebab dia nak beli barang dia. Kamu nanti tolonglah mama. Please Nia." pujuk Datin Fathiah. Akhirnya Aisya mengalah. Dia bangun dari katil dan menuju ke bilik air.
************
"Nia tolong carikan mama yogurt dekat sana." kata Datin Fathiah sambil mata teliti memilih kentang."Erm mana yogurt..ha" baru sahaja tangannya ingin mengambil yogurt seseorang telah mencapainya. Aisya memandang manusia yang mengambil barangnya.
"Annas??" terkejut Aisya. Annas tersenyum sambil menggosok tengkuknya.
"Awak datang dengan siapa?" tanya Aisya. Namun Annas diam. Tiba-tiba Annas hilang daripada pandangannya.
"Kak kau panggil aku ape tadi? Annas? Aik adik sendiri dah tak kenal ke? Ada skandal ek? Cakap dengan mama." kata Aiman lalu berlari membawa yogurt ke ibunya.
'Kenapa aku bayangkan dia pulak ni?' katanya dalam hati lalu kembali ke ibunya. Langkahnya terhenti apabila suara seseorang yang dikenalinya bergema. Suara yang selalu membuatnya cair dengan hanya perkataan. Aisya tidak menghiraukan. Dia yakin dia masih berhayal.
"Ha yang ni lah anak saya. Nia mari sini." panggil Datin Fathiah.
"Nia yang ni kawan mama tegur aunty." suruh Datin Fathiah. Aisya hanya menurut.
"Assalamulaikum aunty. Saya Nurul Aisyania Humaira." Wanita itu terkejut apabila mendengar namanya. Tiba-tiba seorang lelaki daripada belakang menegurnya.
"Eh!! Aisya awak buat ape dekat sini?" tanya seorang lelaki. Aisya berpaling.
"Eh!! Annas awak buat ape pulak dekat sini?" tanya Aisya.
"Saya tolong mumy saya." kata Annas.
"Lah dah kenal ke? Ha ada benda yang kitorang nak cakapkan" kata Puan Matilda. Selepas membayar barang dapur, mereka bergerak ke sebuah food court. Setelah meng'order makanan, mereka mula berbincang sesuatu.
"Sebenarnya mumy dengan mama Aisya dah lama kawan, dari dulu kitorang dah bincang bila kami dapat anak dua jantina, kami nak jodohkan." kata Puan Matilda.
"Jadi?" tanya Annas. Masih tidak faham akan situasi.
"Jadi kami nak kahwinkan Annas dengan Aisya." terang Datin Fathiah. Masing-masing senyap seketika. Setelah beberapa minit, tiba-tiba Aisya bersuara dengan terkejut.
"What kahwin?" Aisya. Mereka memandang sesama sendiri.
"Mama awal lah ma. Nia nak sambung belajar semua lagi." kata Aisya. Annas disebelah dipandangnya. Annas hanya buat bodoh sambil bermain iphone-6 nya.
"Nia yang tu takpelah. Kita tolak tepi dulu. Apa salahnya Nia sambung belajar setelah berkahwin. Lagipun mama taknak ape-ape yang buruk jadi dekat Nia." kata Datin Fathiah. Puan Matilda memandang anak lelakinya.
"Nas kamu ok ke dengan keputusan kami?" tanya Puan Matilda.
"Kalau ikutkan Nas tak kisah pun. Mumy tanyalah orang 'Di Sana' macam mana. Dia nak atau tak dengan orang 'Di sini'." kata Annas. Aisya memandang wajah Annas buat seketika kemudian mula membuat keputusan.
"Eherm yang 'Di sini' rasa nak dengan yang 'Di sana' dengan halal" kata Aisya kemudian tersenyum memandang Annas.
_________________Tuan putera yang enak beradu memimpikan tuan puterinya terjaga apabila bondanya mengejutkan.
"Nas bangun sekolah." kejut Puan Matilda. Annas bergegas bangun. Tuala dicapai lalu masuk ke bilik mandi. Setelah selesai bersiap dia keluar dari bilik menuju ke kereta.
Tiba di sekolah, Annas mencari kelibat Aisya. Namun tidak dijumpainya. Jam di tangan di kerlingya sudah menunjukkan tepat pukul 7 a.m. Dia mengambil keputusan untuk tunggu di kelas.
'Ish mana dia ni? Takkan tak datang kot.' kata hatinya risau. Sara di belakang di soalnya.
"Wei Sara mana kawan kau?" tanya Annas. Sara yang leka membuat kerja matematiknya terganggu. Segera soalan Annas di jawabnya.
"Dia tak datang." jawab Sara pendek lalu menyambung kerja matematiknya yang tergendala.
"Kenapa dia tak datang pulak? Macam mana kau tau dia tak datang?" tanya Annas. Sara mengangkat mukanya kembali bagi menjawab soalan Annas.
"Aku call mak dia tanya kenapa si Aisya 'jantung hati' kau ni tak datang, mak dia kata Aisya demam jadi dia tak datang." terang Sara. Annas mengangguk lemah lalu memusingkan badannya menghadap ke depan.
Sepanjang hari itu Annas hanya termenung. Bercakap dengan kawan rapatnya pun tidak. Balik itu dia membuat keputusan untuk melawat Aisya di rumah.
"Assalamulaikum!!" Pintu diketuk bertalu-talu. Beberapa minit kemudian pintu dibuka dari dalam. Terpacul wajah Aisya yang pucat.
"Eh awak. Ada ape datang ni?" tanya Aisya dengan suara serak.
"Saya datang nak melawat. Awak ok ke? Muka pucat je. Bawaklah baring." kata Annas.
"Awak nak masuk ke?" tanya Aisya.
"Takpelah. Lagipun nanti ape pulak kata orang. Kita tinggal berdua je." kata Annas. Aisya tersenyum mendengar kata-kata Annas. Kakinya melangkah ke sofa lalu membaringkan badannya.
Setelah memastikan Aisya baring, Annas duduk di pondok berdekatan kolam. Tidak lama kemudian enjin kereta BMW kedengaran. Annas berjalan ke kereta Itu.
"Eh!!Annas. Bila sampai?" tanya Datin Fathiah. Tangan tua itu di salamnya.
"Baru je aunty. Saja datang melawat Aisya." kata Annas.
"Oh!! Marilah masuk." jemput Datin Fathiah. Mereka melangkah masuk ke rumah agam mewah itu.
"Nia kenapa tidur sini? Kan mama suruh baring dekat bilik." tegur Datin Fathiah.
"Tak tadi Nia bukakan pintu untuk Annas. Lepastu dia suruh Nia rehat. Nia malas nak naik tu yang Nia baring sini." terang Aisya panjang lebar.
"Yelah. Mama nak masak ni. Erm Annas tolong hantarkan Nia ke bilik dia." kata Datin Fathiah lalu menuju ke dapur. Annas hanya menurut. Dia mengikut Aisya daripada belakang sehingga ke bilik.
"Kau ok tak? Nak ape-ape ke?" tanya Annas. Aisya hanya menggeleng.
"Ok kau rehatlah. Aku keluar dulu. Erm...Aisya." Aisya memandang muka Annas.
"I Love You"
Bersambung
YOU ARE READING
Si Pelembut Hati
RomanceNurul Aisyania Humaira seorang gadis persis wanita arab, bermata biru dan baik budi pekertinya apabila berbicara. Murid baru dari England yang masuk ke kelas Annas Sufian. Annas Sufian seorang yang sombong dan kasar apabila berkata-kata. Dia hanya b...