Prolog

22.1K 510 4
                                    

Majlis akad nikah yang serba sederhana itu benar benar mendebarkan hati Fariz. Bakal isterinya dipandang sekilas. Dia akan cuba mula sayangkan remaja yang berumur 17 tahun itu. Walaupun mereka bernikah atas sebab sebab keluarga, hati Fariz tetap yakin mahu meneruskan segalanya.

" kita mulakan " tok kadi menghulurkan tangan ke arah Fariz yang segak berbaju nikah berwarna putih gading.

" Aku nikahkan dikau dengan Delileane Aliyah Binti Zakri dengan mas kahwin sebanyak seribu ringgit tunai. " tangan Fariz agak sejuk. Sejuk dari yang biasa namun dikentalkan jiwa raganya. Cabaran disahut.

" Aku terima nikahnya Delileane Aliyah Binti Zakri... "

***

Leane hanya memangku dan merenung mukanya di hadapan meja solek. Kini dia sudah menjadi seorang isteri. Dugaan demi dugaan benar benar menghempapnya. Sudahlah dia baharu sahaja kehilangan ibubapanya dalam kemalangan minggu lepas, kini dia masih trauma. Dan hari ini dia perlu bernikah hanya sebab untuk duduk serumah dengan suami ! Air mata yang jatuh berguguran diseka. Dia perlu kuat. Delileane dikenali sebagai bitch woman sejak dari tingkatan 3 di sekolah. Jadi dia perlu kental menghadapi masalah di dunia ini. Ya dia perlu.

" yes ! Aku kan bitch woman. Please air mata jangan jatuh. " tangan dikibas kibaskan ke muka. Pintu yang dikuak mengejutkan Leane. Dirinya berpusing dan menutup matanya lama. Dia cuba untuk tenangkan diri.

" kau buat apa tu ? " soal Fariz. Songkok ditanggalkan dan diletakkan di atas meja. Butang baju melayu juga ditanggalkan sedikit. Sampin dibuka dan dibiarkan begitu sahaja. Fariz menghampiri Leane di meja solek.

" kau menangis eh ? " Fariz meletakkan tangan di meja dan merapatkan muka ke muka Leane.

" mana ada ! " Leane menolak Fariz dan berlalu ke tandas.

" apalah.. cepat sikit ! Nanti turun. " laung Fariz dari luar tandas. Gelak di bibir dikuatkan sedikit.

" ya ! " balas Leane.

" papa.. jangan tinggalkan leane.. pa ! Mama dah tinggalkan leane. Papa !!! " Air matanya mengalir deras. Hanya Puan Maria yang menahannya daripada terus menerjah Encik Zakri dihadapannya.

" leane.. papa mama leane dah tak ada.. biarlah mama papa leane berehat ya..janganlah macam ni nak.. " pujuk Puan Maria lagi. Hati Leane remuk. Dia sendiri juga berada di dalam kereta itu tetapi kenapa perlu Tuhan mengambil nyawa ibubapanya !

" papa nak Leane kawin dengan anak kawan papa. Fariz namanya.. papa harapkan dia je nak jagakan Leane. Ni je permintaan papa. Papa nak berehat. Leane sayang papa, mama, Leane bahagialah dengan dia ya.. " tangan tua yang mengusap tudung yang penuh dengan darah itu terus terjatuh dari mengusapnya terus. Leane mencium jari jemari tua itu dengan air mata yang dibanjiri penuh di atas tangan itu. Alatan bantuan pernafasan terus terhenti. Laungan Leane semakin kuat.

" papa mama ! " jerit Leane. Peluh di dahi dan leher dilap menggunakan hujung lengan bajunya.

" apa kau ni Leane.. " Fariz yang mamai itu terduduk apabila mendengar jeritan Leane.

" dah tidur sayang.. tak payah fikir. " Fariz memeluk bahu Leane dan Leane memandang sekilas wajah Fariz. Apa dia ?! Sayang ?

Please, You're Mine !Where stories live. Discover now