Bab 5

8.3K 268 4
                                    

KELUHAN dilepaskan. Ahhh ! Mesti bosan nanti. Nasi goreng tetap disua kasar ke dalam mulut. Mesti kena hadap muka beruk ni !

" Hm. awakk tolonglah suapkan saya " rungut Fariz. Leane menoleh memandang Fariz di sebelah. Nasi di dalam pinggan langsung tidak disentuh.

" Tangan kau mana? Nak aku potong? Tetiba je buang tebiat panggil awak saya. " rungut Leane. Tetapi, selepas Leane menghabiskan nasinya di dalam pinggan, dia sendawa kecil.

Kenyang pun aku !

" Kau ni mogok ke apa? " soal Leane apabila melihat makanan di dalam pinggan suaminya langsung tidak terusik.

" Kan dah suruh suap.. awak ni tangan nak saya potong ke ingkar arahan suami awak hm? " Leane menjengkilkan mata. Guna kuasa veto nampak? Mahu tak mahu, langkah ke dapur jadi terbatal. Leane menarik semula kerusi dan melabuhkan punggung kasar di atas kerusi.

" Patah tulang pinggul, baru tahu. tak merasa nak ada anak ni nanti. " usik Fariz. eh mamat ni. Leane hanya menjeling.

" merepek. Bukak mulut tu " Leane menarik pinggan Fariz rapat pada dirinya dan mengambil sudu lalu dicedokkan nasi.

" Aaaaaaa " selambanya Fariz berbunyi begitu. Kemudian sudu itu dihumban masuk ke dalam mulutnya secara kasar.

" Apa awak ni sayang? Rabit ( terkoyak ) mulut saya ni karang " adunya . Tetapi makanan masih lagi dia kunyah perlahan lahan.

" Nak sangat saya suap. Gitu lah gayanya " Fariz tersengih. Ewah Leane sudah menggelar dirinya SAYA !

Baru saja masuk beberapa suap, kelihatan Ibu Bapa Fariz turun untuk bersarapan sekali. Turun sahaja Encik Ishak dan Puan Maria, Leane terus tersenyum. Sudu pada tangannya di lepaskan masuk ke dalam pinggan semula.

" Makan sendiri " ujarnya. Makan sendiri or tak makan sendiri, Fariz tersengih. Sesukanya Leane sudah mula berlembut dengannya.

" Makan Mummy Daddy. Harini Isteri Riz yang masak. Kehkeh " gelak yang belakang tu membuatkan Leane menjengkilkan mata pada Fariz. Banyaklah kau punya isteri.

" Wah, eksited pula Mummy. Ni yang best dapat menantu " tambah Puan Maria. Makin segan pulak Leane. Kah!

" Apa lah Mummy ni, sikit je. Ni ha Riz yang nak sangat makan Nasi Goreng. Main campak campak je ramuan kat dapur tu " tangan Leane lincah memasukkan nasi ke dalam pinggan kedua dua mertua itu.

" Campak campak pun, cenggini " tambah Fariz. Dia menunjukkan dua thumbs up pada ibu bapanya.

" Melebih pulak ' puji ' dia ni. Sudahlah. Saya nak pergi basuh pinggan. Makan cepat " matanya di besarkan memandang Fariz. Fariz serta merta tabik pada Leane.

" Yes madam ! "

PENAT. Itu juga yang dirasakan oleh Leane. Usai sahaja solat Zohor berjemaah bersama Fariz, Leane membaringkan dirinya di atas katil. Best juga memandangkan hari sedang hujan. Sejuk sahaja. Fariz yang melihat Leane di atas katil hanya menggeleng perlahan.

" Borak dengan Mummy pun penat ke? Ingatkan perempuan tak reti penat berhenti sembang ni. " Sindirnya. Naik menyala api di mata Leane.

" Ewah, ikut suka kau je. Nak baring pun tak boleh ke? " Balas Leane semula.

" So kemaslah baju. Nanti Mummy bising pula sebab kita lambat. " Nampaknya Fariz pula mahu masuk membebel.

" Nanti lah. Kalau aku tak nak balik tak boleh ke ? " Soal Leane. Bayangan Mak Tok Haslinda mula merawagi fikiran Leane. Ah kejam!

" Kenapa pula ? " Fariz mula duduk bersila bertentangan Fariz apabila Leane bertukar posisi baringnya.

Namun, tiada sahutan daripada Leane. " Jawablah.. kenapa ni? " Soalnya lagi. Leane hanya menggeleng.

Please, You're Mine !Where stories live. Discover now