Bab 9

8.7K 279 8
                                    

PAGI itu, Leane bangkit dari tidur dan terasa bahawa bantal yang mengalas kepalanya terlalu keras. Dalam keadaan mamai, dia menyentuh permukaan yang menjadi alas kepala. Tetiba, dia dapat rasakan itu adalah kulit manusia!

Mata yang mamai terus terang berderang. Dia melihat di sebelahnya. Fariz yang sedang enak tidur berada di sebelah dirinya. Leane membuka pula selimut yang membaluti dirinya. Fuh! Mujur. Tapi terlihat keadaan Fariz yang tidak berbaju itu, dia seakan mengingati sesuatu. Pertama kali dia melihat Fariz mula menjadikan tidur tanpa baju sebagai tabiat utama pada waktu malam.

" hei! Kau tak reti nak pakai baju ke? Nak kata miskin, kaya. Baju bukan main banyak dalam almari ! " Tempik Leane. Tangan masih lagi terdakap pada matanya.

" Bukan aku tak nak, cuma memang aku suka macam ni. " Balasnya selamba.

" Haritu first night kahwin tak ada pun macam ni! Seminggu kahwin reti pulak tunjuk belang. " Laju sahaja Leane membidas kata kata suaminya itu.

" First night tu lain, naik meluat aku pakai baju time tidur. Panas kau tahu. Kalau aku bukak baju time first night, takut tangkap cintan pulak kau dekat aku "

" Rumah ni bukannya tak ada aircorn. Pasang aje lah kuat kuat. " Ujar Leane lagi.

" Malas " Fariz terus menarik selimut ke dada. Mahu tidak mahu, Leane terpaksa juga tidur dengannya. Dengan syarat, jangan ganas ganas.

" Ok tak ni? Sakit lagi ke? " Soal Fariz bimbang. Leane hanya menggeleng. Dia membetulkan posisi dirinya dengan bersandar pada kepala katil.

" Habistu kenapa pulak ni? Sakit bahagian mana? Sini saya tengok " Fariz mula membelek belek perut Leane. Kemudian laju sahaja dia menekan bahagian perut tu. Malaun ni kalau tak tekan, tak sah! Memang sengaja nak makan penampar agaknya.

" Argh.. jangan tekan boleh tak? Mahu pecah perut ni nanti. Nanti kalau sakit balik, yang tanggungnya aku " keluh Leane perlahan.

" I think its not period pain... But... " Fariz sengaja membiarkan ayat terakhirnya tergantung. Leane mengerutkan dahinya.

" But what ? "

" You have a baby. Tengok saya tekan dah sakit "

Geram pulak aku rasa. Laju saja sepit ketam Leane jatuh pada lengan Fariz.

" Terdesak sangat nak anak. Iyh! " Leane terus membaringkan dirinya semula. Selimut ditarik untuk terus menutupi kepalanya. Malas mahu melayan Fariz yang entah betul entah tidak.

" Nanti kalau nak ke mana mana, beritahu. Saya tolong. Jangan paksa diri tu. " Pesan Fariz. Kemudian dia turun daripada katil dan meluru masuk ke dalam bilik air. Mungkin mengambil wudhu untuk menunaikan solat subuh.

" Kalau nak tukar pad pun beritahu! " Tambahnya daripada dalam tandas. Ah itu pun mahu dia tolong ke! Takkan sesekali!

STOKIN disarungkan pada kaki. Disebabkan pagi itu terlalu sejuk, Leane menyarungkan stokin pada kaki untuk mengekalkan suhu badan. Bukan apa, dia takut kerana terlalu sejuk, perutnya akan buat hal.

" Makan jom " ajak Fariz. Dia baru sahaja selesai mandi. Tadi juga, semasa mandi, mulalah idea jahat Fariz muncul mahu mengenakan Leane. Mahu sahaja dia menolong untuk memandikan Leane. Dasar gatal!

" Hm boleh jugak " Leane bangun perlahan lahan. Sudah gaya orang berpantang. Jalan juga terbongkok bongkok. Perutnya akan terasa sakit jika terus berjalan seperti biasa.

" Dah macam orang baru lepas bersalin. Lambat. " Bebel Fariz. Dia memaut bahu Leane dan berjalan bersamanya untuk ke dapur. Leane akui, dia terkejut kerana diperlakukan sebegitu rupa kerana Fariz yang dikenali adalah seorang yang tidak akan melayan orang. Sama sekali tidak akan.

Please, You're Mine !Where stories live. Discover now