Bab 45

4.5K 249 132
                                    

" YA ALLAH Leane, kenapa ni? " Taufiq terus mendapatkan Fariz yang terkelu kata kata itu. Bibirnya yang masih merah tiba tiba sahaja mengeluarkan darah kecil.

" Sampai hati kau.. Riz.. Aku benci kau! " mata Leane berkaca kaca apabila mengungkap perkataan itu. Sungguh, dia kecewa dengan sikap Fariz.

Leane menolak Fariz yang menghalang dirinya untuk masuk ke dalam kelas. Begnya di kemaskan. Kemudian dia berlalu keluar daripada kelas dengan begnya.

Hakim tergelak kecil melihat Fariz. Kemudian kepalanya digeleng.

" Puas hati kau Fariz? " Soal Hakim. Fariz menoleh ke arah Hakim.

Belum sempat Fariz berkata kata, dia memutuskan untuk pergi mengejar Leane.

Nadine menahan Fariz daripada terus keluar daripada kelas.

" Riz, dia perlukan ketenangan " Ujarnya. Fariz menolak tangan Nadine yang cuba menahannya.

Langkah Fariz terhenti apabila dia melihat Haziq juga turut di luar kelas. Dia tersenyum dan mengangkat bahu.

" Kau.... " tangan Fariz dihala ke arah Haziq.

" yes? "

Fariz melepaskan keluhan berat. Adakah Haziq telah menceritakan segala galanya kepada Leane? Fariz terus mengejar ke arah Leane yang masuk ke dalam pejabat sekolah. Kaki Fariz terhenti apabila melihat tubuh lelaki yang memakai uniform polis lengkap. Itu seaakan abang Muiz!

Apa yang dia buat di sini?

Fariz mengundur beberapa tapak ke belakang. Kemudian dia bersembunyi di sebalik dinding. Bibirnya yang berdarah itu dikesat. Sakit di bibirnya tidak dipedulikan. Sakit lagi hatinya melihat Leane begitu secara tiba tiba.

Fariz memerhatikan langkah Muiz yang masuk ke dalam pejabat. Tidak lama kemudian, dia keluar semula. Tetapi, dia bawa Leane bersamanya.

Fariz keluar daripada tempat persembunyiannya. Leane.. balik?

Fariz meraup wajahnya. Rambutnya diselerakkan. Satu..satu masalahnya hadir.

" Fariz? Apa awak buat dekat sini? " Cikgu Yusni yang hendak menghantar dokumen pelajar menegur Fariz yang berada di hadapan pejabat.

" hah? Saya... saya.. saya cari cikgu Hamzah untuk ambil barang kem aritu.. " tipu Fariz. Dia meraup kembali rambutnya dalam keadaan asal.

" sekarang waktu saya kan? Yang awak merayap kenapa? Nak kena denda duduk luar ke? " soal Cikgu Yusni bertubi tubi. Fariz menggelengkan kepalanya.

" saya nak masuk kelas dah ni.. " Fariz terus mengangkat kaki masuk ke dalam kelas. Mukanya ditampar kiri dan kanan. Pembuat memberi semangat.

KAKI masuk ke dalam rumah dengan perlahan lahan. Fariz tahu hanya Leane sahaja di dalam rumah tika ini kerana kereta Muiz tiada di luar rumah.

Kakinya terus melangkah masuk ke dalam bilik mereka. Pintu bilik dikuak. Mata Fariz dihalakan kiri dan kanan. Mencari susuk tubuh itu.

Fariz masuk ke dalam bilik. Pintu bilik ditutup. Beg sekolah diletakkan di sebuah kerusi kayu di sebelah pintu bersama kotnya. Baju kemeja yang disingsing sehingga siku dileraikan ke bawah semula. Kemudian butang pada pergelangan tangan dibuka. Selepas itu, 4 butang daripada leher dibuka dan dilepaskan begitu sahaja.

Stokin juga ditanggalkan diletakkan di bawah kerusi.

Fariz melangkah masuk ke dalam bilik itu.

Katil yang agak bersepah berbanding pagi tadi membuatkan Fariz tahu Leane di dalam bilik ini. Namun ke manakah dia?

Tiba tiba sahaja Fariz dapat menangkap bunyi cucuran air daripada dalam tandas. Dia melepaskan keluhan lega. Dia perlu menunggu Leane mandi.

Please, You're Mine !Where stories live. Discover now