Bab 24

5.3K 196 5
                                    

SEJAK kes 'cium' pada beberapa hari yang lepas, masing masing membuat keputusan untuk mendiamkan diri.

Fariz juga tidak menelefon dirinya. Mesej pun tiada. Rindu? Jauh sekali.

Cuma, kadang kadang pada waktu dia ke sekolah, Fariz ada mengkhabarkan bahawa dia akan ke rumah untuk mengambil beberapa barang miliknya.

Leane hanya akur. Malas mahu mengambil tahu tentang lebih lanjut walaupun terdapat banyak persoalan yang bermain di fikirannya.

Leane menyarungkan kot pada badan selepas puas bermonolog di hadapan cermin. Hari paling membencikan. Hari Isnin. Hari di mana perhimpunan bakal berlaku.

Leane mencapai beg dan terus berjalan keluar daripada rumah.

SAMPAI sahaja di hadapan pintu pagar, Leane menyapa pengawas yang berada di muka pintu untuk bertugas. Tetapi kakinya berhenti menapak selepas melihat si mangkuk itu di situ.

Fariz berjalan ke arahnya. Fariz kelihatan sudah sihat. Mungkin sudah boleh ke sekolah seperti biasa barangkali.

" hai " sapa Fariz. Tangannya juga dilambai lambaikan.

" errrr...ha------- " tangan Leane diangkat sedikit untuk menyambut lambaian itu.

" HAI " laung seseorang daripada belakang.

Lantas Leane menoleh ke belakang. Afiqah sedang membalas lambaian Fariz dengan penuh keterujaan.

" cuti dah habis ke? " Soal Afiqah. Fariz mengangguk. Kedua kedua tangannya diseluk ke dalam poket.

Leane menarik nafas dengan mendalam dan melepaskannya perlahan. Dia mengemaskan beg pada bahu. Dan menghentak kaki ke tapak perhimpunan.

" Assistant Chief, harini awak bertugas untuk emcee tau " ujar salah seorang junior untuk mengingatkan Leane. Leane mengangguk. Seusai dia meletakkan beg di tepi koridor, dia bersiap sedia di tepi pentas.

" haiii " tegur Haziq. Leane tersenyum.

" hey, baru habis ronda ke? " Haziq mengangguk.

" sesak aku tengok dekat depan tu sejak Fariz dah masuk sekolah hari ni " beritahu Haziq melepaskan keluhan kecil. Tidak terkawal jadinya.

" biarlah.. " gumam Leane. Malas mahu melayan.

" nanti rehat sekali jom? " ajak Haziq. Dia berharap sangat agar Leane menerima pelawaannya.

Belum sempat Leane memberikan kata putus, namanya sudah dipanggil oleh Cikgu Hazmah.

" jap tau " Ujar Leane. Haziq mengangguk dan membiarkan Leane berjalan ke arah cikgu yang memanggilnya.

Tidak lama kemudian, Leane kembali dengan senyuman di mukanya.

" kenapa? " soal Haziq.

" rasanya kita kena post pone lah untuk makan sekali " Haziq mengerutkan kening. Kenapa pula?

" kenapa? "

" cikgu suruh aku umumkan untuk ketua lembaga , rehat ni kita ada meeting " Haziq menepuk dahi. Aduh, meeting lagi.

" nak bincang apa pulak ni sampai ada cikgu? " soal Haziq. Risau juga jikalau guru dari unit disiplin sendiri yang membuat panggilan rollcall.

Naya kalau unit pengawas sendiri buat silap. " lately kita ada apa apa tak? " soal Haziq. Leane termenung seketika. Berfikir.

" tak rasanya " balasnya. Haziq mengurut pelipisnya.

" kenapa eh? "

" entah, positif je lah " Haziq mengangguk perlahan. Tetapi otakknya masih serabut memikirkan tujuan sebenar. Yalah, dia sebagai ketua harus memastikan segalanya berjalan lancar. Meeting seperti ini biasanya diadakan sekiranya benar benar penting sahaja.

Please, You're Mine !Where stories live. Discover now