Bab 49

4.4K 187 74
                                    

FAIL yang berada di atas mejanya dipandang sepi. Betulkah apa yang dia dengar tadi? Jawatan Fariz dilucut? Tetapi atas sebab apa? Leane menarik fail di hadapannya.

Dia menyelak satu persatu kertas kes yang berada di hadapannya. Pen berwarna hitam diambil daripada bekas pensil. Hujung pen itu ditekan untuk mengeluarkan matanya.

Pada kertas kes sebelum ni, ditandatangan oleh Fariz di ruangan disemak. Tetapi kali ini Leane pula yang terpaksa mengambil tugas tersebut.

Selama 3 hari Fariz tiada bersamanya, kenapa Fariz tidak memberitahunya bahawa jawatannya dilucut? Kenapa Fariz mendiamkan perkara ini?

Tandatangan Leane diturunkan pada satu kertas kes. Cop namanya diambil dan dia mengecop namanya pada bahagian nama penyemak.

Leane tidak sanggup untuk menandatangan kertas kes yang lain. Dia tahu, ini bukan kerjanya. Ini kerja unit berkuasa kaunseling.

Pen diletakkan kembali di atas meja selepas pelaras mata pen ditutup. Fail diselak dengan penuh ketidak kereleaan. Dia memicit kepalanya yang pening memikirkan kemanakah Fariz menghilang di sepanjang minggu ini.

" Assistant Chief, ni borang aktiviti pelajar bulan ni. Cikgu Nisa nak esok untuk dihantar pada pengetua. Haziq tak ada. Jadi saya hantar pada Assistant Chief je la ye? " takut takut setiausahanya itu berkata apabila melihat muka Leane yang seakan tiada mood itu. Silap langkahnya, pasti dia akna diterkam oleh Leane!

" letak kat situ " pinta Leane. Dia menunjukkan satu kawasan di tepi mejanya.

" Assistant Chief nak apa apa? " soalnya sebelum berlalu pergi. Leane tetap menyandarkan tubuh pada kerusi dan memicit kepalanya.

Tiga orang ahli jawatankuasa hilang selama 3 hari. Dan kerja milik 3 jawatankuasa itu kini diambil alih oleh Leane. Leane harus periksa, Leane harus tandatangan. Semua diletakkan atas bahu Leane.

Tetapi tiada seorangkah mahu memberitahu padanya ke manakah tiga orang itu pergi!?

" saya pergi dulu lah assistant Leane.. " takut suaranya ingin keluar daripada tekak untuk bercakap dengan Leane.

" jap. " Leane membetulkan duduknya. Dia menarik kerusi rapat pada mejanya.

" awak tahu selain Haziq, Hakim, Fariz, Afiqah.. siapa lagi yang tak ada minggu ni? " soal Leane tegas.

" oh.. ada sorang lagi. Nadhirah dari kelas 5C. " balasnya menjawab soalan Leane.

" Dee? " soal Leane kembali meminta kepastian. Setiausahanya mengangguk pasti.

" pergi mana? "

" saya tak tahu... " Leane pasrah. Dia melepaskan keluhan berat.

" keluar " tegas suara Leane berkata kata. Setiausahanya mula kecut perut. Lantas dia mengorak langkah untuk keluar.

Telefon Leane dikeluarkan daripada poket baju. Telefon yang mati itu lantas dihidupkan. Lalu Leane mencampakkan telefonnya itu di atas meja sementara dia menunggu untuk hidup.

Tidak lama kemudian, Leane mencapai kembali telefon di atas meja. Terdapat 1 mesej daripada Fariz dan Haziq.

Leane menekan mesej daripada Fariz dahulu.

Fariz : soon, aku balik. Don't forget to miss me sayang!

Ya Allah Riz, boleh tak kau jangan berlakon bodoh? Aku dah tahulah. Takkan kau tak frustrated? Leane membuka pula mesej daripada Haziq.

Haziq : Sorry Sweetie, Aku tak bertugas minggu ni. Ada kes. Sorry sebab kena ambik tugas aku. I regret it and miss you.

Leane tidak membalas, sebaliknya dia mencari log contact Fariz. Nombor Fariz didail. Dia perlu bercakap dengan Fariz.

Please, You're Mine !Where stories live. Discover now