Bab 44

4.8K 201 125
                                    

" ASSALAMUALAIKUM " Fariz menolak pintu rumah. Lalu dia berjalan naik ke tangga dan masuk ke dalam bilik. Bahagian rumahnya sudah gelap, mungkin sudah tidur barangkali. Begitu juga biliknya. Sudah gelap. Leane sudah tidur agaknya.

Fariz mencampakkan jaket hitam miliknya di dalam bakul baju kotor. Dia melabuhkan punggung pada kerusi di meja solek.

Tiba tiba sahaja lampu meja sisi dihidupkan. Siapa lagi jikalau bukan Leane?

" aku terkejutkan kau ke? " soal Fariz. Dia dapat melihat Leane membetulkan kedudukannya daripada cermin meja solek dihadapannya.

" tak adalah.. " balas Leane dalam keadaan separa sedar.

" tidur lah balik " Fariz menuju ke arah katil. Dia duduk bersimpuh di sebelah katil Leane. Kemudian dia menepuk perlahan tubuh Leane. Meminta untuk gadis itu tidur seperti bayi.

" hmm " Leane terasa begitu mengantuk. Entah mengapa, hari ini dia benar benar berasa berat kepala dan tidak terasa ingin berjaga seperti selalu.

Selepas beberapa minit, Fariz bangun dan menuju ke arah meja solek. Medical kit yang digunakan oleh mereka tadi , tidak diletakkan kembali ke tempat asalnya. Mungkin kerana Leane tidak larat untuk berjalan untuk menyimpan kotak itu.

Fariz membuka perlahan kotak itu. Dia mengeluarkan beberapa barangan untuk merawat mukanya termasuk kapas.

" auch " aduh Fariz ketika mengisi ubat di bibirnya. Perit juga. Ini kali pertama dia ditumbuk seperti ini. Terkoyak sel bibirnya.

Selepas selesai merawat dirinya sendiri, Fariz menuju masuk ke dalam bilik air. Ingin membasuh kaki dan muka sebelum tidur. Baju t shirt miliknya juga ditanggalkan. Panas mula membahang pada dirinya.

Selesai itu, Fariz naik ke atas katil. Comforter dibuka. Kemudian dia membaringkan dirinya. Harinya berlalu dengan panjang buat hari ini. Fariz baring menghadap Leane yang sedang membelakanginya.

Fariz merapatkan tubuhnya ke arah Leane. Dia gembira, hubungannya telah menuju ke arah positif. Fariz memeluk erat tubuh Leane.

" kenapa ni? " soal Leane yang tersedar. Dia menoleh tubuhnya menghadap Fariz. Matanya masih lagi tertutup.

" tak adalah. Rindu " ya, aku rindukan hubungan kita yang dulu. Leane hanya diantara dengar dan tidak dengar sahaja. Dirinya begitu mengantuk.

Fariz tersenyum tipis melihat wajah isterinya itu. Sungguh, kehadirannya mengubah corak hidupnya. Wajah ini yang membuatkan dia yang berada dalam masalah hanyut dalam masalahnya. Muka bahagia barangkali.

Fariz merapatkan bibirnya pada dahi Leane. Lama. Sama seperti semasa dia mencium Leane pada hari pernikahannya. Bezanya, jika dulu, dia mencium dahi wanita itu atas kerana paksaan camera man, kali ini, dia alirkan perasaan cinta yang mendalam terhadap Leane.

" i love you sayang. Tidurlah " Bisik Fariz. Leane tersenyum. Tetapi matanya masih lagi tertutup. Kemudian menarik tubuh itu masuk ke dalam dakapannya.

AKU RASA semalam aku bermimpi. Kenapa indah sangat? Leane menampar pipinya sekali.

" dah kenapa tu? " soal Fariz yang sedang mengikat tie pada bajunya di hadapan cermin meja solek. SAH AKU TAK BERMIMPI. Sama dengan Leane, sedang memakai tali leher di leher.

" tak ada apa " Leane jeling lelaki di sebelahnya. Fariz yang perasan akan riak Leane yang tidak keruan memandangnya terus menhadiahkan isterinya sebuah kenyitan mata.

Leane meneguk bergelen gelen air liur. Alamak. Jantung!

Leane menarik tali leher untuk mengemaskannya. Dalam masa yang sama, dia cuba untuk tidak senyum dan menahan jantungnya daripada terus berdegup secara tidak normal!

Please, You're Mine !Where stories live. Discover now