Bab 39

10.9K 238 44
                                    

AFIQAH laju meluru ke arah Fariz ketika dia melihat Fariz kembali ke tapak perkhemahan. Dirinya asyik bermundar mandar berfikir tentang keselamatan lelaki itu.

" Riz.. kau okay ta.....k? " Afiqah terpegun melihat muka Fariz yang lesu itu. Dia merapati Fariz. Dilihatnya lelaki itu daripada atas sehingga ke bawah.

" kenapa dengan chief.. " ujarnya. Fariz melihat Afiqah dengan pandangan kosong.

Kemudian, Haziq pula yang masuk ke tapak perkhemahan, dia mengendong Leane di belakangnya.

Melihat keadaan Leane yang separa sedar dan rambut Leane yang hitam itu separuh kelihatan. Makin besar lopongan Afiqah.

" korang buat apa dalam hutan..? " soal Afiqah. Masing masing hanya membiarkan soalan Afiqah itu tanpa sebarang jawapan dan membiarkan sahaja semua itu menjadi tanda tanya oleh sesiapapun.

Nadine yang sedari diam daripada tadi terus berlari meluru ke arah Haziq. Dia terkejut selepas mendengar Leane tertinggal bersama Fariz di dalam hutan. Kecoh di seluruh kawasan hutan itu. Selepas sampai ke kawasan tapak perkhemahan, Nadine terus bergerak bersama rakan kumpulannya untuk membuang air kerana telah menahannya daripada ekspedisi tadi lagi.

" Leane... Ya Allah apa jadi kat kau? " Nadine menekup mulutnya akibat terkejut melihat keadaan Leane. Manakala Taufiq dan Amirul membantu membawa beg kedua dua mangsa itu.

" Jaga jaga kaki dia " Ujar Haziq. Dia menurunkan Leane dan Nadine pula mengambil alih untuk memapah Leane. Mata Nadine jatuh pada kain yang diikat pada kaki Leane. Terdapat setompok darah yang banyak pada kaki tersebut.

" hati hati " suruh Nadine. Leane menurunkan kakinya dan dia memeluk leher Nadine. Dia mengorak langkah dengan cara yang tempang. Cikgu Nisa mengikutinya dengan membawa medical kit untuk merawat luka Leane.

" aku nak cakap dengan kau Riz " beritahu Haziq. Dia berjalan di sebelah Fariz menuju ke tapak perkhemahan lelaki.

Fariz yang dikerumuni dengan soalan Afiqah terus berlalu pergi.

Afiqah bengang dengan sikap Fariz yang tidak mempedulikannya.

" Fiqah, boleh tak kau biar Fariz tu dulu? Tak kesian ke kat dia? " tegur Hakim. Afiqah mendengus geram. Lalu dia pergi ke tapak perkhemahan perempuan.

" Menyampah betul! " dengus Afiqah. Dia menhentakkan kaki masuk ke dalam khemah.

Dee yang sedang mengurut mukanya terkejut dengan kelakuan Afiqah yang tiba tiba sahaja memberontak.

" kau dah kenapa? " tegur Dee. Afiqah menjeling sahaja rakannya seorang itu.

" Fariz dengan Leane dah balik " balas Afiqah. Dia memasamkan mukanya.

" seriouslah? " tangan Dee terus berhenti daripada terus mengurut mukanya. Afiqah hm kan sahaja. Dee terus menyimpan tisu basah yang berteraburan di atas kanvas dan dia mencapai tudung di atas beg sandangnya.

" kau nak ke mana? " soal Afiqah. Tiba tiba sahaja dia tergesa gesa.

" jenguk Leane lah, apa lagi? " tempelak Dee. Dia menyarungkan selipar pada kakinya.

" woi! Aku baru nak cerita ni! " marah Afiqah. Dee melambai lambai tangannya daripada luar khemah. Malas mahu melayan Afiqah. Tahu tahu sahaja, pasti mahu bercakap tentang Fariz.

" APA KAU buat dengan Leane dalam hutan tadi? " tegas Haziq bertanya. Fariz hanya memicit kepalanya.

" kitaorang tak buat apa apalah " balas Fariz. Dia ingin mengangkat kaki untuk pergi daripada situ. Ingatlah kenapalah Haziq memanggil dirinya sebentar tadi. Rupanya untuk bercakap tentang perkara yang tidak penting.

Please, You're Mine !Where stories live. Discover now