Bab 29

4.9K 208 31
                                    

LEANE lebih memilih untuk diamkan diri sahaja. Seharian dia bersama Fariz, seharian dia berasa runsing memikirkan nasib hubungan mereka.

" dik, makan kasi habislah " tegur Muiz. Muiz perasan akan perubahan dua merpati ini. Diam sahaja. Biasanya ada saja modal hendak bergaduh di meja makan.

" Riz, lepasni nak pergi mana? " Soal Muiz cuba memecah kesunyian.

" mana mana je lah bang " jawapan daripada Fariz membuatkan Muiz bertambah kerutan di dahi.

" awat hangpa dua macam broken sangat ni? " kan dah terkeluaq kedah dia.

" apa? " serentak Leane dan Fariz berkata. Mata mereka bertaut sekejap. Kemudian Leane laju mengalihkan pandangannya.

" Riz nak balik, ada jumpa kawan " Fariz mengangkat pinggan nasi milikknya dan terus berlalu ke dapur.

" jumpa kawan ke jumpa scandel heh " bisik Leane sendiri apabila melihat Fariz begitu.

" apa dik? " soal Muiz pelik. Berbisik sendiri pulak.

" takde apa apa, nak naik atas " Leane pula mengangkat pinggannya apabila melihat Fariz muncul dari dapur semula. Fariz menarik tisu dan mengelap tangannya.

Muiz terkedu melihat perangai dua adiknya yang aneh. Gaduh ke?

" gerak dulu bang " Fariz menarik tangan kiri Muiz untuk bersalaman. Kemudian terus keluar daripada rumah.

Leane yang selesai membasuh pinggan terus berjalan naik ke atas.

Muiz menggelengkan kepala.

FARIZ tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Dia.. lebih kepada bingung.

" Riz, dahlah tu, termenung apa lagi? Jomlah join " Ajak Amirul untuk mengajak Fariz untuk berkaraoke bersamanya.

" pergi lah dulu " Fariz menserabutkan rambutnya. Seserabut akal fikirannya.

" kau kenapa ni ? " soal Hakim. Jarang sekali dia melihat rakan baiknya sebegini.

" masalah kau ni, lain macam.. macam gaduh dengan perempuan " beritahu Taufiq.

" memang dengan perempuan pun "

" HAHH?! " Laju tiga serangai itu menjerit. Terkejut weh!

" sejak bila Fariz? "

" asal aku tak tahu apa apa? "

" Fariz dah bercinta!! "

Fariz mendengus geram. Rasa nak hempuk je kepala mereka bertiga ni.

" dengan Afiqah eh? " soalan daripada Hakim membuatkan Fariz meluat mendengarnya. Dia menggeleng.

" apa kau ni, dengarlah apa dia nak cakap " marah Taufiq. Dia menolak kepala Hakim.

" aku nak beritahu sesuatu ni, sebab aku percayakan korang. " ujar Fariz.

" uish , serius betul tu bunyinya ? " bidas Amirul.

" aku... "

" apa apa? " sebutan Fariz yang meleret leret membuatkan mereka bertiga bingung memikirkan apa ayat yang hendak dikatakan oleh Fariz.

" sebenarnya dah kahwin "

" HAH!???????? " Terbeliak habis mata mereka apabila mendengar kata kata itu.

" kau tipu ni " Ujar Taufiq tanda tidak percaya.

" tipu apanya " marah Fariz.

" dengan siapa? " soal Amirul. Dia tidak begitu terkejut dengan Fariz.

Please, You're Mine !Where stories live. Discover now