Bab 42

5.6K 224 144
                                    

MAJALAH maskulin pada tangannya langsung tidak menarik perhatian Fariz untuk terus membacanya. Fariz mencapai telefonnya pula. Dia membalas beberapa mesej yang dihantar kepadanya.

" Riz " panggil Leane dari dalam tandas. Fariz meletakkan semula telefonnya di atas meja sisi katil kemudian menuju ke arah tandas.

" datang ni " Fariz memulas perlahan pintu tandas. Dia membantu memapah Leane untuk masuk ke dalam bilik selepas gadis itu meminta untuk mandi.

Fariz memapah Leane yang sudah siap berbaju ke meja solek. Kerusi diletakkan di hadapan meja itu untuk Leane duduk. Medical kit diambil dan Fariz duduk bersila di hadapan Leane.

" pasni kau tak payah buat macam ni dah lah, susahkan kau je " ujar Leane. Dia serba salah melihat keikhlasan lelaki itu membantunya.

" dalam rumah tangga tak pernah wujud perkataan menyusahkan " balas Fariz tegas. Dia mencuci meletakkan plaster pada kaki Leane.

" tapi... "

" tak ada tapi tapi Leane. Kau sakit, aku bantu, aku sakit, kau bantu. Betul? " Fariz mendongak kepalanya memandang Leane. Gadis itu mengangguk perlahan.

" aku nak pesan, kalau satu masa nanti, aku dah tak ada -- " ayat Fariz dibiarkan tergantung apabila sesuatu menganggu mereka.

[RINGTONE]

Telefon Fariz berbunyi di atas meja sisi katil. Fariz meletakkan barang barang untuk merawat Leane lalu dia lantas berdiri dan menuju ke meja di tepi katil untuk mendapatkan telefonnya. Fariz memberi isyarat meminta Leane mengemaskan medical kit yang bersepah di atas lantai.

Fariz melangkah kaki ke luar beranda. Panggilan si pemanggil di angkat.

" NAK ke mana Riz? " soal Leane yang masih lagi duduk di meja solek. Tiba tiba sahaja Fariz menukar bajunya selepas mendapat panggilan daripada seseorang.

" nak keluar " Fariz mencapai jaket hitam miliknya dari dalam almari.

" dengan siapa? " soal Leane lagi. Fariz menoleh sekilas pada Leane. Sejak bila Leane rajin bertanya sebegitu padanya? Sejak bila Leane mengambil kisah?

" jumpa Hakim, cari Afiqah " balas Fariz jujur. Dia menyarungkan jaket hitam itu pada badannya. Kemudian dizip ke atas.

" Buat apa? " Fariz merapati Leane. Dia membelai rambut hitam itu perlahan.

" Leane, kenapa ni? " Fariz duduk mencangkung di hadapannya. Dia menarik menggengam kedua dua tangan Leane.

" apa? " Leane mengutuk diri di dalam hati. Aduh, kenapa aku banyak tanya pulak? Mesti Fariz dah fikir bukan bukan.

" aku keluar sekejap je. Nanti aku baliklah. Nanti jangan tunggu aku. Tidur je " pesan Fariz. Leane diam sahaja. Malu.

" aku rasa tak sedap hatilah, tak payah pergi boleh ke? " luah Leane. Nampak sangat Leane risau akannya. Fariz gembira dalam hati. Tahu juga risau isterinya seorang ini.

" aku tak pergi lama lah.. kejap je.. nanti aku balik pada kau. " Fariz menepuk tangan yang berada pada gengamannya. Leane hanya menundukkan kepala.

" jangn risau ok? " pujuk Fariz lagi. Dia bangun dan melepaskan gengaman Leane. Kemudian dia mengambil telefon miliknya yang dicas pada meja tersebut.

" kalau jadi apa apa, aku janji aku call je ok? " pesan Fariz pada Leane. Leane mengangguk. Kemudian Fariz berlalu keluar daripada bilik meninggalkan Leane.

Leane meletakkan tangan kanan pada dada kirinya di mana tempat jantung berada.

" ish jantung. Janganlah menggila. Afiqah je pun. Tu kan kawan dia.. " pujuk Leane. Dia menepuk perlahan dadanya.

Please, You're Mine !Where stories live. Discover now