Bab 41

6.7K 199 87
                                    

Fariz memapah Leane masuk ke dalam rumah manakala Muiz membantu membawa beg kedua kedua adik iparnya itu. Sampai sahaja di hadapan tangga, Leane berhentikan langkahnya. Fariz yang berada di belakangnya juga berhenti.

" naiklah? " Leane menjeling ke arah Fariz. Dia ingat senang ke nak naik tangga dengan gaya tempang macam ni?

" apa? " kecut jantung Fariz apabila melihat Leane menberikan jelingan tajam kepadanya.

" ohya aku tahu " Fariz meletakkan beg di tepi tangga. Dia mengambil tongkat milik Leane dan turut diletakkan di tepi tangga.

" eh macam mana nak naik? " marah Leane. dia ingin mengambil kembali tongkatnya tetapi Fariz menghalangnya.

" Jom naik " Fariz mendukung gadis itu. Leane meletakkan tangannya pada leher Fariz.

" kau nak buat apa ni? Turunkanlah! " marah Leane. Muiz perasan akan gelagat sepasang pasangan itu hanya tersenyum dan ketawa kecil.

" diam lah, buat malu je Muiz tengok "  bisik Fariz ke telinga Leane. Dia terus menapak naik ke atas menuju ke bilik mereka. Sempat Leane menjeling ke arah Muiz yang sedang ketawa terkekk kekek di tepi televisyen.

Leane merenung wajah di hadapannya kini. Wajah yang memberikan aku perasaan yang aku tidak tahu dan penuh rasa ragu ragu. Sejauh manakah perasaan aku padanya hingga kini? Siapakah dia bagi aku ?

" Bukakkan pintu " pinta Fariz. Leane menurunkan tangan kanannya dan dia memulas tombol pintu perlahan. Kemudian, Fariz meletakkan tubuh Leane duduk di atas katil. Pintu bilik ditutup olehnya. Penghawa dingin dibuka.

" caskan " Leane mengeluarkan telefon daripada poket seluarnya dan dihulur kepada Fariz. Fariz mengambil telefon bimbit itu dan dia menyambungkan wayar USB ios itu kepada telefon Leane. Telefon miliknya juga dikeluarkan dan diletakkan bersebelahan telefon Leane.

Fariz berlalu ke arah medical kit yang berada di sebelah almari bilik Leane. Kemudian dia bawa kepada Leane.

Fariz duduk bersila di kaki Leane. Di atas lantai bersebelahan katil.

Kaki Leane dibelek. Kemudian di perlahan lahan membuka pin pembalut. Pembalut itu dileraikan perlahan lahan. Selepas pembalut itu sudah ditanggalkan kesemuanya, Fariz mengambil sarung tangan getah yang berwarna putih dan disarungkan pada kedua dua tangannya.

Leane terpaku dengan sikap Fariz yang mengambil berat terhadapnya. Tanpa disedari, dia akui kekacakkan yang dimiliki oleh Fariz. Beruntungnya dia.

" yang ni, tahan sikit " Fariz menanggalkan gauze yang mempunyai tompokkan darah menggunakan forsep. Kemudian dia menilik luka itu.

" tak lama ni baiklah.. sikit je ni " Leane mengiyakan sahaja di dalam hati. Kadang kadang Leane mengerutkan muka ketika Fariz membelek kakinya. Pedih.

Fariz mengambil kapas dan dia meletakkan ubat luka berwarna kuning. Dia menggunakan forsep untuk meletakkan ubat itu di situ

" auch! " Leane memegang bahu Fariz. Menahan sakit. Sejuk dan pedih buat masa yang sama.

" tahan jap jee " pujuk Fariz. Dia meletakkan sehelai gauze baharu di kawasan itu. Tape putih yang berads di dalam kotak itu di ambil dan dia memotongnya sedikit. Lalu dilekatkan pada gauze itu.

" tak payah balut la ye? Sebab dah tak teruk mana pun " Leane mengangguk. Berpuas hati dengan layanan Fariz.

" cita cita kau nak jadi doktor ke? " soal Leane. Fariz sedang mengemas semula barang barang medical kembali ke dalam kotakknya.

" tak ada lah " balas Fariz.

" habistu? "

" cita cita aku nak jadi suami terbaik dekat dunia ni, nak bimbing isteri di jalan Allah dan bawa ke jannah " Balas Fariz selamba. Dia menutup kotak medic kit dan lantas berdiri. Kemudian dia mengantung semula kotak itu di sebelah almari.

Please, You're Mine !Where stories live. Discover now