Bab 8

8.2K 284 2
                                    

KUKU seaakan terhakis apabila Leane mengigitnya daripada tadi. Boleh pula dia tak bawa alatan yang penting sebegitu pada saat saat begini. Yang kecemasan yang selalu dia bawa juga sudah digunakan semasa di R&R.

" Aduh, macam mana ni? " Gerutu Leane sendiri. Dia sendiri buntu. Dirinya kini masih lagi dalam keadaan berkemban. Dan dia juga risau jika darahnya keluar dengan banyak. Dia sudah pun mengenakan pantiliner tetapi sudah pasti, tidak tahan lama. Aduh. Kalau bocor lepas ni, memang dia akan dilihat seperti orang gugur!

Fariz yang sedari tadi melihat isterinya memgerutkan kening. " Kenapa tak pakai baju lagi ? Nak saya ngap eh? "

" Mengarut! Mak usu ada tak kat luar tu ? " Leane tahu, wanita itu pasti ada. Ye dia pasti.

" Ada je. Nak apa dengan dia? " Bingo! Telefon pantas di cari di dalam beg tangan. Kemudian group whatsapp family Fariz dibuka. Dia mencari nombor mak usu di dalam contact itu.

You : mak usu! Assalamualaikum ! Urgent ni. Balas cepat. Leane ni.

Mak Usu : ya Leane. Kenapa? Dalam rumah pun nak whatsapp ke?

You : mak usu ada pad tak? Leane tertinggal 😭

Mak Usu : nanti mak usu carikan. Suruh Riz ambil.

You : eh mak usu. Nanti kantoilah. Mak Usu tolong bungkuskan so nanti tak kantoi.

Mak Usu : dengan Riz pun nak malu. Yalah. Suruh je dia ke mari.

Fuh! Akhirnya. Dapat juga. Mahu sahaja dia meminta Mak Usu yang hantar tetapi difikirkan orang itu sudah baik hati mahu memberinya, jadi dibatalkan sahaja niat itu. Fariz yang sedang asyik berzikir di atas sejadah hanya mampu menahan iman. Dia juga memalingkan wajah ke arah lain. Hatinya berdebar.

" Riz. Minta tolong boleh? " Leane bertanya takut takut.

" Apa dia? "

" Pergi bilik mak usu sekejap. Ada barang dia nak bagi. "

" Awak pinjam baju dalam mak usu eh? "

" Ingat saya tak mampu nak beli ke hah? Dah pergi sana. " Fariz mengangkat bahu seraya melipat sejadah itu terus. Kemudian berlalu keluar.

30 MINIT juga Leane menunggu. Hampir masuk ingin dirinya kini. Ah Fariz ni pergi ambil pad or buat pad ! Darahnya mula mengalir di bahagian peha kemudian ke kaki. Sah! Bocor. Perutnya terasa memulas. Leane cuba duduk seperti itik di tandas itu. Tangannya mengenggam bahagian tepi kolah itu. Nak ambil telefon juga tak guna sebab berada di bilik.

Panggilan Mak Usu di hadapan tandas mengejutkan Leane. Dia cuba berdiri perlahan lahan dan membuka pintu tandas itu perlahan.

" Eh Leane. Fariz tak balik lagi ke ? " Pertanyaan daripada Mak Usu membuatkan kening Leane bertaut.

" Fariz pergi mana? " Alahai malaun ni, time macam ni lah dia nak keluar. Orang suruh ambil pad dekat Mak Usu bukan dekat kilang Kotex tu!

" Lah, pad mak usu habis. Ni rasanya dia keluar pergi beli kot. Sebab Mak Tok mana ada. " Kacau. Ah! Malunya. Teruk benar dia rasakan.

" Mak Usu nak guna tandas ke? " Wnaita itu menggeleng.

" Ingatkan siapa dekat tandas ni. Tu yang panggil je nama Leane sebab Tok Aki dengan Mak Tok ada je dekat depan. " Leane hanya mengangguk perlahan. Kemudian dia menutup kembali pintu tandas itu. Dia memegang bahagian rahim yang terasa menyucuk yucuk. Sakitnya!

Ketukan pada pintu lagi membuatkan dia terasa bagai nak pitam. Sungguh, sakitnya usah dikata.

" Leane, saya ni. Bukalah " Leane berjalan perlahan pada pintu tandas itu. Kemudian dia menghulurkan tangan tanpa muka. Meminta barang hang diminta.

Fariz terus menghulurkan baju tidur dan barang itu padanya.

" Saya tak reti nak memilih, tetapi rasanya betul dah tu saiz awak " laung Fariz.

Sejak bila pad ada saiz? Ah lantaklah!

SAKITNYA tiada siapa yang tahu. Leane terbaring lemah di atas katil. Biarlah jika dia dikatakan sebagai merajuk kerana tidak mengikuti mereka makan malam. Tetapi dia sampai tahap tak boleh bangun langsung!

" Wahai perut. Janganlah buat aku macam ni. " Rungut Leane sendiri. Dia mahu letak minyak angin, tetapi tiada. Mahu bertungku, rasanya memang tak lah!

Fariz membuka pintu bilik dan terus ke meja solek untuk mengemaskan rambut. Dah nak tidur pun masih sempat lagi. Dari balik cermin , dia memerhati Leane yang terbaring membelakanginya.

" Leane, tak nak makan ke? Nanti sakit susah pulak " Soalnya masih lagi lincah membetulkan rambut.

" Leane? " Panggilnya lagi sekali.

" Takkan dah tidur pulak? Awal lagi kot " Fariz berjalan menghampiri Leane di atas katil. Dia menarik tubuh itu. Muka pucat Leane dipandangnya.

" Leane. Leane! " Pipi Leane ditepuk perlahan. Namun tiada sahutan.

" Sakit " bisik Leane perlahan. Tangannya masih lagi di perut.

" Kau kenapa ni doe? Leane! " Dengan pantas, Fariz menghampiri beg baju mereka. Shawl Leane di ambil kemudian dililit ke muka Leane begitu sahaja. Entah bagaimana rupanya. Fariz pula menukar kain pelikat kepada seluar jeans.

" Stay on. " Dicepung tubuh Leane dan dibawa keluar. Mahu melawan, Leane sudah tiada kudrat.

" Hang nak pi mana tu Riz! " Jerit Mak Tok apabila mereka melintasi ruang tamu. Tok Aki juga terkejut.

Leane diletakkan di tempat sebelah pemandu. Kerusi itu dibetulkan kedudukannya ke belakang agar Leane dapat baring dengan lebih elok.
Terus sahaja dia menghidupkan kereta dan meluncur keluar daripada kawasan kediaman Hajah Haslinda.

" Sakit "

" Ya sabar. Tahan sekejap "

MENUNGGU dan menunggu. Fariz mundar mandir di kawasan kecemasan itu sambil menunggu Leane dirawat. Selang beberapa minit kemudian, seorang doktor keluar daripada ruangan itu menuju ke arah Fariz.

" Encik? "

" Fariz. " doktor perempuan itu mengangguk.

" Cik Leane cuma mengalami period pain, di mana rahimnya mengalami prosess pengeluaran darah haid. Jadi, dia perlu jaga diri dia, kerana, otot rahim ingin mengeluarkan darah pada rahim, dia perlu makan secara teratur untuk memudahkan proses tersebut. Sebab itu ototnya jadi memulas kerana tiada tenaga yang diperlukan badan. Jadi, apa yang saya boleh nasihat, dia perlu jaga pemakanan lagi lagi semasa haid. " Fariz mengangguk tanda mengerti. Mana dia tahu akan semua itu. Dia sendiri tidak pernah melihat Mummy sakit sebegitu rupa ketika haid.

" Encik ni siapa ya? " Aduh! Nak kata apa ni? Takkan suami pula? Mesti orang fikir yang bukan bukan. Kata abang lagilah! Tak kena dengan umur sama. Kembar? Lagilah merepek! Ahh bantai sahaja lah!

" Bakal suami dia yang sah. Dia anak yatim. Jadi dia tinggal dengan saya. Saya pula tak tahu menahu fasal perempuan ni. Tengok dia pucat sampai macam tu sekali, takut pula rasanya " ujar Fariz. Doktor itu mengangguk perlahan. Padahal dia itu memang sudah suami isteri. Rasanya beritahu Bakal Suami Yang Sah lagi merapu!

" Tak apa, ni kami dah beri ubat tidur pada dia supaya dia rehat. Nanti Encik boleh bawa dia balik ya selepas air dia habis " Fariz hanya mengangguk dan melihat doktor itu pergi. Dia merapati katil Leane. Dilihat wajah pucat yang sedang lena tidur. Wajah yang tiada kerutan seperti tadi kerana menahan kesakitan. Sedang dia asyik menyentuh muka itu, tangannya terus menyentuh bahagian rahim wanita itu. Kempis dan terasa sedikit keras. Apabila ditekan, dia mula mengerutkan muka kembali membuatkan Fariz menarik tangannya daripada buat begitu. Sengaja cari nahas!

" HM " Fariz meletakkan Leane di atas katil sebaik sahaja pulang ke rumah. Masa sudah berginjak ke 2 pagi. Melihat Leane yang lena, dia ke tandas untuk membasuh kaki. Setelah itu, dia duduk di atas katil. Bantal peluk di tengah tengah yang menjadi pemisah antara mereka berdua ditepuk perlahan. Itulah syarat yang Leane berikan sebelum tidur dengannya. Sebelum menarik selimut, Leane merengek perlahan kerana kesakitan. Fariz dengan selambanya mengangkat bantal peluk itu dan letak di bawah katil. Fariz mula baring dan merangkul tubuh Leane supaya rapat dengannya. Leane bagaikan tidak sedar terus membalas pelukan itu. Ini adalah kali pertama mereka berpelukan dan berada dalam kedudukan seperti ini sejak perkahwinan mereka. Mata dikatup rapat. Cuba menahan iman dan diri. Semoga tiada yang berlaku pada esok hari.

Please, You're Mine !Where stories live. Discover now