Bab 28

4.7K 216 23
                                    

" CERAI ? " soal Leane. Dia cuba untuk memastikan mukanya tidak terlalu ketara kerana terkejut dengan perkataan itu.

" hmm " itu sahaja yang mampu Fariz katakan.

Mereka pun senyap.

Tangan Leane ditarik. Dia mengenggam rapat tangan itu.

" aku tahu, aku bukan suami yang baik. Aku tak mampu bimbing kau dengan usia yang muda. Aku nak mintak satu je. Jaga diri. In shaa Allah, hubungan kita ke syurga Allah. " pesan Fariz. Pesannya yang begitu mendalam meninggalkan erti yang begitu besar.

Hati Leane yang terguris mulai terubat dengan kata kata Fariz. Dia mengangguk perlahan.

" thanks, sebab jadi suami aku " Fariz membalasnya dengan senyuman. Leane pantas menarik tangannya supaya lepas daripada genggaman Fariz.

" aku masuk dulu " ujar Leane. Dia ambil beg tangan dan keluar daripada kereta. Dia juga mencapai beg sekolah serta patung patung di dalam kereta.

" bye sayang! " Fariz melambaikan tangan ke arah Leane yang masuk ke dalam rumah. Suasana mulai sepi.

Fariz menoleh kepada ke belakang. Dia terlihat akan patung beruang yang memegang kepingan love di belakang. Memang sengajakah Leane meninggalkan patung disitu?

" okaylah Mr Hunny, jom balik " Fariz menarik seatbelt di belakang lalu dipakaikan ke pada patung beruang itu. Comel. Dia menepuk kepada Mr Hunny perlahan.

" good boy " pujinya lalu membawa kereta membelah jalan raya.

LEANE mencampakkan kesemua patung yang berada di atas katil. Leane meletakkan beg tangan di atas meja solek dan telefonnya dikeluarkan untuk disambungkan kepada pengecas di sebelah meja itu. Dia mencampakkan tubuhnya di atas katil. Dia memegang dadanya. Berdebarnya. Sayang?

Dia menggelengkan kepala. Salah dengar kot. Lalu Leane pun mencapai tuala dan bergerak berlalu ke tandas untuk membasahkan diri sebelum tidur.

Tidak lama kemudian, Leane masuk ke dalam biliknya dengan memakai baju tidur satin. Dia mencapai telefon di atas meja solek.

Terdapat banyak misscall daripada Haziq. Apakah yang penting sangat itu?

Dia membuka applikasi WhatsApp. Terdapat beberapa mesej daripada 5 chats. Dua daripadanya adalah daripada group. Namun tiga lagi adalah daripada Haziq, seseorang yang tidak diketahui dan Nadine.

Dia membuka mesej daripada Nadine dahulu yang bertanyakan tentang kerja sekolah. Kemudian dia membuka mesej daripada Haziq yang bertanyakan tentang proses perkhemahan dan terakhirnya dia membuka mesej daripada seseorang yang tidak diketahui.

Mesej itu baru sahaja dihantar beberapa puluh minit yang lalu.

Unknown : 📷 Image

Unknown : date tengah malam?

Unknown : pandai kau orang buat maksiat ye?

Leane membuka gambar yang dihantar. Gambar itu adalah gambar dia baru sahaja turun daripada kapal layar terbang bersama Fariz. Gambar di mana dia bergelak ketawa. Gambar di mana dia memegang tangan Fariz untuk mengajaknya bermain tangkap patung.

Leane : siapa kau?

Laju sahaja nombor yang tidak diketahui itu online dan membalas.

Unknown : siapa aku tidak penting. Yang pasti, aku akan pastikan satu sekolah tahu yang kau perampas teman lelaki orang!

Leane : teman lelaki kau?

Unknown : oh, agaknya kau ni perempuan simpanan Fariz lah?

Unknown : kesian kau, mesti kau dah dipermainkan Fariz.

Please, You're Mine !Where stories live. Discover now