Bab 2

13.1K 385 14
                                    

Leane menguak pintu bilik itu perlahan. Dilihat Fariz yang baru sahaja melipat sejadah. Baru habis solat barangkali. Beg sekolah diletakkan di satu tempat khas dan tudung sekolah dicabut serta kot pengawasnya digantung di dalam almari.

" suka menggatal dengan Haziq ? Ingat tak nak balik dah. " Leane baru sahaja baring di atas katil mencerlung tajam memandang Fariz. Tak sindir tak boleh ke ?

" aku bertugasla. Apa lah sangat nak jealous. Kau balik awal sangat asal ? Tahulah ketua tak payah buat kerja. Orang kanan je melantak kerja kau " balas Leane dalam bahasa sindirnya juga. Masing masing mahu berlawan.

" are you sure ada orang bertugas pada hari pertama sekolah ? " soal Fariz. Tangannya disilangkan dan dia sudahpun berdiri di sebelah katil.

" haaa--- haa yelah ada. Ingat sikit, aku ni Penolong Pengawas. Kau just pengawas kaunselor yang tak penting " Fariz tergelak kecil.

" habistu Ketua Pengawas kau penting lah ni ? Okay. " Leane hanya terdiam. Dia tidak pasti sama ada itu teguran mahupun nasihat.

" dahla malas nak gaduh. Aku nak mandi. " Leane bangkit dari katil dan dia sempat menjeling ke arah Fariz. Fariz menarik tangannya dan mencengkam kasar.

" Pangkat kita bukan sebab untuk kita bandingkan. Aku tetap suami kau. And kau kena tahu and hormat tu. Dan.. haziq tu hanya habuk bagi aku Delileane. " Tangan Leane dilepas kasar. Nafas Fariz jelas seperti orang marah. Tidak semerta itu, air mata Leane jatuh.

" ni ke orang yang papa harapkan ? Ni ke orang yang boleh jaga Leane ? " gumam Leane sendiri. Dia pergi mencapai tuala dan menghempas kasar pintu tandas itu.

*****

" mummy tengok, Fariz dengan Leane ni tak mesra macam suami isteri langsung. Gaduh apa ni ? " Leane memandang Mummy Maria yang baru sahaja menghampirinya bersama Daddy Ishak.

" mana nak mesra mummy, Leane asyik cari gaduh "

" mana tak gaduhnya kalau Fariz yang start dulu " posisi mereka yang sedang menonton televisyen itu bertukar. Leane berpusing membelakangi Fariz dan Fariz juga melakukan hal yang sama. Kedua dua tangan mereka disilangkan.

" awak ajarlah anak awak berdua ni cara nak melayan suami isteri " arah Daddy Ishak. Leane memanjangkan lagi muncungnya.

" awak ajarlah anak lelaki awak tu ha. Sama je macam kita dulu " Mummy Maria menyiku lembut lengan Daddy Ishak.

" sini Leane, Fariz " panggil Daddy and Mummy serentak. Leane dan Fariz berpandangan sekilas kemudian berdiri berlalu ke arah Mummy Daddy. Mummy melakukan motivasi bersama Leane, Daddy melakukan motivasi bersama Fariz pada malam itu.

Seusai sahaja mereka mengeshare tips tips suami isteri, mereka berdua balik ke bilik. Disaat Leane tiba di muka pintu, tubuh Fariz juga muncul di hadapan pintu. Mereka berdua memegang tombol pintu itu bersama.
" eiii tepilah " tolak Leane. Fariz membuat muka dibelakang Leane. Geram pula rasanya.

" Mummy cakap apa dengan kau ? "

" Daddy cakap apa dengan kau ? "

Leane memegang bibirnya. Kenapa malam ini semuanya berlaku secara serentak ? Fariz mendekatinya denganpandangan yang agak menakutkan. Leane mengundur kebelakang. Tiba tiba kakinya tersekat untuk terus berjalan. tubuhnya sudah rapat ke dinding. Fariz merapatkan mukanya ke telinga Leane. Leane hanya menutup matanya. Dia tidak rela !

" Daddy suruh jalankan tanggungjawab. " bisik Fariz. Bibirnya dibasahkan.

" ta---tangg---tanggungjjaw---tanggungjawab apa ! " bentak Leane tergagap gagap. Esok sudahla sekolah. Mahu tidur tetapi masih awal lagi.

" alah sayang ni, buat buat tak tahu pulak, tanggungjawab bina pasukan softball " Rambut Leane dielus lembut oleh Fariz. Pipi Leane disentuh.

" esok sekolah. Lupakanlah Riz. " Ujar Leane. Dia belum bersedia. Dibuatnya dia mempunyai isi semasa bersekolah, tak ke naya ?

" esok sekolah. Hujung minggu ni boleh ? " bisik Fariz dalam keadaan yang cukup mengoda. Adakah ini suara ini yang menjadi kegilaan pelajar perempuan di sekolah ?

" or tak pun sekarang lah.. "Tambah Fariz. Dia merapatkan mukanya sehingga hidung mereka bersentuh. Bergerak sahaja Leane walaupun sedikit pasti akan tercium Fariz.

" okayla aku joke je. Aku tak nak anak and aku tak suka budak. So jangan berangan nak beranak. " Leane menterbeliakkan matanya. Jangan berangan nak beranak dia kata !? Fariz yang sedang melabuhkan dirinya di atas katil direnung tajam. Kaki Leane laju melangkah menghampiri Fariz yang sedang bermain telefon.

" apa kau cakap !? Jangan berangan nak beranak ? Habistu apa function kita kahwin !? " Fariz mencerutkan mukanya dan menyimpan telefon di atas meja sisi katilnya.

" habistu kau nak ke aku baham kau malam ni ? Eh boleh je. Ha cepat buka baju kau " Leane memeluk tubuh. Fariz memandang Leane dengan penuh nakal.

" sekolah pun tak habis lagi ada hati nak buat ! " muka Leane naik merah. Merah kerana menahan malu. Bantal di sebelah Fariz di ambil dan Leane keluar dari bilik itu. Dia takut Fariz akan melakukan benda itu betul betul dengannya. Pintu bilik Fasha punya menjadi mangsa.

" alahai apa lah nasib, kahwin tak sampai seminggu, isteri dah tidur bilik lain " Fariz menarik selimut ke dada. Tangannya didepakan.

" Fasha! Kak Leane ni. Bukak la pintu " panggil Leane dari luar. Puas mengetuk pintu bilik Fasha ni. Dah tidur agaknya.

" apa kak Leane nak malam malam ni ? Siap bawak bantal lagi. " Leane tersengih di hadapan pintu. Fasha yang agak mamai itu menguap di hadapan bilik itu.

" kak Leane nak tidur sini " Leane masuk ke bilik Fasha dan melompat di atas katil Fasha sesuka hatinya. Fasha terus segar bugar dari kantuknya menahan Leane dari terus melompat. Habis bersepah biliknya.

" ye kak Leane boleh tidur ni. Kak Leane dah kahwin pun tak boleh nak control perangai macam seorang isteri. Apalah "

*****

" Leane, nanti sampai rumah siapkan terus barang sekolah tu. Tak payah tangguh tangguh. Mama bangga sebab Leane dah jadi Penolong Pengawas " Leane tersenyum. Mama serta Papa juga tersenyum memandang ke arahnya.

" nanti Mama dengan Papa datang tau time watikah perlantikan. Dulu Mama Papa selalu datang bila Leane jadi pengawas je. Sekarang Leane dah jadi Penolong Pengawas. " ujar Leane dengan bersungguh sungguh.

" ya Mama Papa datang kalau ada rezeki dan masa " jawapan daripada Mama membuatkan Leane tersenyum hambar.

" Leane, ingat ye, walau apa yang terjadi, Mama, Papa selalu sokong Leane. Jadi, Leane jangan kalah dengan apa sahaja yang berlaku. Kalau Mama Papa tak ada nak tolong Leane, Leane mintak tolong je dengan orang yang akan jaga Leane. Leane pun kena lah jaga orang yang akan jaga Leane nanti. Kalau suami Leane buat hal, Leane jangan marahkan dia. Bincang dengan dia okay sayang? Leane jaga mata, jaga butir bicara, jaga hati, jaga minda, jaga iman dan jaga orang yang sayang Leane ok. Sayang Leane. " Papa menyentuh Mata, bibir, kepala dan juga dada. Tangan kirinya masih lagi memegang stereng mengawal pemanduan. Air mata Leane jatuh. Tidak pernah pernah Mama Papa berkata sebegini kepadanya.

" abang ! " jeritan Mama menghentikan segalanya. Pandangan Leane turut berhenti apabila ingatan Leane hanya samar samar mengingati orang ramai mengangkat keluar mereka sekeluarga.

Please, You're Mine !Where stories live. Discover now