Bab 48

4.4K 182 103
                                    

TANGAN mula merawang mencari telefon yang asyik berbunyi menandakan azan subuh telahpun masuk. Leane mendengus di pagi hari. Fariz ini pun satu, dah tahu alarm tu memekak, tolonglah matikan!

Selepas 5 minit berlalu, telefon Leane masih lagi rancak berbunyi memanggil dirinya untuk bangun daripada tidur. Leane mengosok matanya perlahan lahan.

" Riz? Kenapa tak matikan alarm? Bising tahu tak " rungut Leane. Kemudian dia bangun dan duduk di atas katil.

" Riz? " Leane melihat sebelah tempat tidurnya yang kosong. Fariz tidak pulangkah malam tadi?

Hati Leane dipagut rasa risau. Telefonnya di ambil lalu dia mematikan alarm yang memekak. Leane turun daripada katil. Tangannya asyik mengurut pelipisnya.

" kau pergi mana Riz.. sampai tak balik.. first time ni.. " gumam Leane. Namun, fikirannya mula berfikir negatif selepas dia mengingati tindak tanduk Fariz yang jelas berbeza pada malam tadi.

" Leane, aku keluar kejap tau " Fariz menukar baju tshirt lengan pendeknya kepada t shirt lengan panjang di hadapan almari.

" nak ke mana? " soal Leane dari luar balkoni.

" jumpa Hakim " mendengar jawapan Fariz, hati Leane mula dipagut pelbagai soalan.

Bukan ke mereka sedang bergaduh?

" nanti , kalau aku balik lambat, tidur je. Jangan tunggu " pesannya lalu Fariz menghampiri Leane. Dia menarik kerusi di hadapan Leane.

" salam? " Fariz menghulurkan tangannya di hadapan Leane. Leane mengangkat kening. Eh untuk apa pulak salam?

" salamlah cepat " Fariz menarik tangan kanan Leane. Kemudian dia memaksa Leane mencium tangannya.

" baguss baru bau syurga macam ni. " Kerutan pada dahi Leane makin bertambah. Ya Allah, laki aku ni nak mati dah ke?

" aku pergi dulu tau " Fariz bangkit dari tempat duduknya. Dia berdiri di hadapan Leane yang sedang duduk. Kemudian, badannya ditundukkan sedikit. Fariz mencium bahagian ubuh ubuh Leane.

" assalamualaikum " pesannya. Lalu berlalu keluar daripada bilik begitu sahaja. Leane berasa aneh dengan sikap Fariz. Kenapa dia.. begitu aneh?

Ting!

Leane yang sedang memeluk tubuh itu lantas menjenguk telefon yang berbunyi di subuh hari.

Fariz : Morning sayang. Aku tak masuk kelas harini, pergi sekolah baik baik tau. Sorry sebab tak balik.

Leane melepaskan keluhan lega. Di benak fikirannya mula berfikir sesuatu yang menakutkan. Takut jika terjadi pada Fariz. Leane masih lagi diselubungi tanda tanya.

Ke mana kah suaminya itu?

Di mana kah dia tidur ?

Buat apakah?

Kenapa dia tak masuk kelas pula?

Leane menggelengkan kepala. Dia meminta agar dirinya jauh daripada perspektif negatif. Leane berlalu ke arah almari. Dia mencapai tuala yang tersangkut di dalam almari. Telefon diletakkan di atas meja solek. Dia pun masuk ke dalam tandas untuk membasahkan diri.

2 Hari Kemudian...

" KENAPA dah tiga hari Fariz dengan Hakim tak masuk kelas? " soal Nadine secara berbisik pada Leane. Leane yang sedang memfokuskan dirinya pada subjek matematik moden terus menoleh ke arah rakan rapatnya.

" aku tak pasti lah weh, Fariz pun dah 3 hari tak balik rumah selepas dia cakap nak jumpa Hakim " balas Leane juga dalam nada berbisik. Riak wajah Nadine berubah. Dia mula berfikir kenapa. Dia membalas jawapan Leane dengan anggukan kecil.

Please, You're Mine !Where stories live. Discover now