Bab 33

4.7K 207 52
                                    

" WEH Kim, mana Fariz pergi? " soal Taufiq. Dia baru perasan Fariz tiada bersama mereka ketika cikgu Hamzah memintanya untuk membantu guru lain mengangkat barang di parkir kereta.

Muka Hakim berkerut. " eh, dia tak ada dengan kita eh? "

" dari tadi dia tak ada, aku fikir dia dengan kau " Ujar Amirul pula.

" eh mana ada, aku fikir dia dengan kau " balas Hakim lagi.

" ah sudah, takkan dah hilang? " soal Hakim. Dia mengaru kepala yang tidak gatal.

" Afiqah ada tak? " Taufiq berfikir jika Fariz tiada, sama ada bersama Leane, ataupun Afiqah yang mengheretnya ke tempat lain.

" tu Dee, cuba kau tanya " pinta Amirul. Hakim meletakkan kotak perkakas di atas tanah lalu bergerak ke arah Dee.

" Dee " panggil Hakim. Dia yang sedang mengikat gadget memalingkan muka ke arah Hakim.

" Apa? " melihat muka pemuda yang berpeluh itu, berjaya mencuit hati Dee.

" nampak Afiqah tak? " Dee yang sedang mencangkung terus berdiri. Dia mengerutkan kening.

" dia pergi masuk hutan dengan Fariz. Cari kayu api " terbeliak mata Hakim mendengar jawapan daripada Dee.

" bila?! "

" dah lama dah, dalam 30 minit macam tu lah "

Hakim terdiam. Apa yang difikirkan Fariz sehingga masuk ke hutan bersama Afiqah?

" kenapa? " soal Dee apabila melihat pemuda itu seaakan terkejut dengan jawapannya.

Hakim menggelengkan kepala. Dia menepuk perlahan bahu kanan Dee. " okay thanks "

Dee terpinga pinga. Tangan kirinya memegang bahu yang disentuh Hakim. Awww...

" weh macam mana? " soal Taufiq dengan nada risau. Hakim menggeleng apabila mengenangkan sikap Fariz.

" dia masuk hutan dengan Afiqah dah hampir setengah jam " terlopong mulut Taufiq dan Amirul mendengar kata kata Hakim.

" seriouslah bro? " tanya Amirul tanda tidak percaya.

" ya.. "

" dorang buat apa? " soal Taufiq pula.

" cari kayu api " beritahu Hakim dengan perlahan.

" bukan sepatutnya Leane dengan Nadine ke? Kenapa dorang berdua boleh pergi pulak? " tempelak Amirul tanda tidak puas hati.

" aku tak tahu cerita sebenar ni, tak nak tanya Dee sebab takut dia fikir lain. Kita pergi khemah Nadine jom? " ajak Hakim. Yang lain mengangguk.

Mereka bertiga berjalan ke arah khemah Nadine dengan penuh berhati hati. Takut jika dilihat guru guru, pasti akan dimarahi kerana zon khemah perempuan merupakan zon larangan lelaki manakala begitulah sebaliknya.

Tika ini semua orang sedang sibuk menyiapkan kerja untuk makan tengahari, jadi rasanya kemungkinan untuk ditangkap itu pasti tipis.

" Nadine " panggil Taufiq secara berbisik di hadapan khemah Nadine. Dia mengoncangkan sedikit khemah itu agar Nadine sedar akan kehadiran mereka bertiga.

" Rul, kau jaga sikit " arah Hakim apabila Taufiq dan Hakim menukar posisi mereka dalam keadaan menunduk.

" ya, cepat sikit " ujar Amirul. Dia berdiri sedikit untuk memastikan tiada guru dapat melihat mereka di situ.

" jap jap " sahutan daripada Nadine membuatkan mereka semua bergerak ke belakang khemah. Risau jika didengari oleh orang lain.

" nak apa? " Nadine membuka zip khemahnya dan menjengkulkan kepalanya.

Please, You're Mine !Where stories live. Discover now