Bab 52

4.7K 189 119
                                    

" KAU TAHU tak, beza kau dengan matahari? " soal Fariz sebaik sahaja mereka baring di atas rumput di taman itu.  Dia ingin melepaskan rasa penat selepas seharian bermain di funfair itu.

" eleh, apa? " soal Leane yang turut baring di sebelah Fariz.

Tangan kiri Fariz bertaut di tangan kanan Leane. Dia mengangkat gengaman itu.

" Kalau matahari menyinari siangku, kau menyinari malamku. " Sungguh, senyuman Leane mekar di bibir sehingga ke telinga.

" merepeklah " tempelak Leane. Fariz menarik muka.

" Okay satu lagi " Leane mengangkat kening dengan senyuman yang tidak putus putus terukir.

" Go ahead "

" Kau tahu, apa beza cinta di dunia nyata dengan cinta di dunia sana ? "

Leane menggeleng. " sama je.. dua dua cinta. "

" Cinta di dunia nyata memberi kebahagiaan. Cinta di dunia sana memberi syurga dan keindahan. " cekap Fariz berkata kata. Senyuman Leane naik lagi sehingga dia rasa bibirnya mulai mahu koyak akibat mendengar ayat gulaan Fariz.

" dan, aku nak hubungan dan cinta kita dibawa sehingga ke dunia sana. Syurga dan keindahan ..... " sambung Fariz lagi. Dia meletakkan gengaman itu di atas dadanya.

" tapi aku tak cintakan kau " bidas Leane dengan selamba.

" tak apalah, aku pergi syurga sorang sorang. " gengaman di tangan Leane dilepaskan. Dia mula bangkit daripada pembaringan dan duduk di atas rumput.

" dah tu, kau nak cakap aku masuk neraka lah? " Fariz mengangkat bahu. Dia mulai berdiri untuk mempersiapkan diri untuk lari.

" aku tak cakap. bye ahli neraka! " ejek Fariz dan berlari pergi daripada situ.

Leane membuka muka ( -_- ) Kurang asam punya laki!

" EH DANIEL " ujar Muiz sambil menyalami lelaki itu di hadapan pintu. Daniel menyambutnya dengan senyuman juga.

" masuklah " Daniel mengangguk dan menanggalkan kasut. Dia menapak menaiki tangga untuk masuk ke dalam rumah .

" Liya!! " teriakan di hadapan pintu daripada Opah membuatkan Leane cepat cepat mengemaskan bajunya di dalam beg. Kemudian dia melangkah  ke muka pintu.

Dedaun pintu dibuka. " Liya, bersiap sekarang. "

Mata Leane dikerdipkan berkali kali. Eh dah kenapa pulak?

" kenapa ? "

" bersiap aje lah.. " pintanya. Leane mengerutkan kening.

" hm yalah.. " dedaun pintu ditutup semula. Dah kenapa pulak Opah suruh aku bersiap? Keluar dengan Muiz kot.

Selepas beberapa minit, Leane keluar daripada bilik. Dia hanya mengenakan baju blouse berwarna pink belacan. Kakinya melangkah ke arah ruang tamu.

" Dah siap pun " ujar Muiz apabila dia bertentangan mata dengan Leane di hadapan ruang tamu.

" cantiknya adik abang.. " sambung Muiz lagi. Leane tersipu malu.

" tak payah tersenyum macam beruk. kita ada tetamu kat luar sana, adik jenguklah. Abang nak makan jap kat dapur " senyuman Leane mati mendengar Muiz berkata senyumannya seperti beruk. Dia mendengus. Abang siapa entah ini!. Lalu kakinya menapak ke luar rumah. Dia dapat dengar suara Opah yang bersuara di hadapan rumah.

" Opah " Leane menjengulkan kepalanya di hadapan pintu. Tetapi matanya masih lagi tidak boleh melihat gerangan yang bertandang ke rumah tetapi daripada gaya belakang, dia tahu itu lelaki.

Please, You're Mine !Where stories live. Discover now